Seindah KalamNya

Saturday, May 15, 2010

Forex

Share


Forex atau nama sebenarnya di dalam i.c beliau adalah Foreign Exhange.. dalam bahasa kita panggil dia Tukaran Asing seperti yang selalu disebut dalam berita TV3 “Ringgit di tutup tinggi berbanding Yen”..contohnya sahaja. Maknanya Forex adalah satu bentuk Tukaran Matawang Asing bagi seluruh dunia.

Tukaran matawang ini dibuat dalam bentuk berpasangan, contohnya Euro & US Dollar atau US Dollar & Japanese Yen. Cuma bezanya pasaran matawang ini tidak ada satu pusat khusus macam Saham yang ada bursa atau pelaburan lain.
Sesiapa sahaja boleh menjadi pelabur dalam Forex ini, dan ia tidak had bagi pelaburan.Kalau jumlah modal besar, maka banyaklah pelaburanboleh dilakukan. Cuma anda perlu ingat, dalam Forex risikonya terlalu besar dan kecairan asset atau modal juga sangat baik.
Waktu pelaburan juga tiada had, maknanya pelaburan boleh dilakukan selama 24 jam di sepanjang tempoh pasaran dibuka selama 5 hari seminggu. Pasaran dibuka pada pukul 3 pagi hari Isnin (waktu tempatan) dan ditutup pada pukul 4 pagi hari Sabtu (waktu tempatan).
Ada dua sumber utama pelaburan mata wang ini:
  • Pelaburan asing (5%). Syarikat-syarikat BELI dan JUAL produk di negara asing, di tambah dengan keuntungan tukaran matawang negara lain ke nilai matawang mereka.
  • Spekulasi yang membawa kepada perubahan pasaran (95%).

Dan pesanan saya, bukan setiap masa anda boleh melabur, kerana anda perlu bijak meneliti keadaan pasaran dan menganalisis setiap risiko. Di awal pasaran dibuka dan diakhir pasaran akan ditutup pada setiap minggu adalah waktu berbahaya untuk dilabur kerana pasaran terlalu perlahan dan tidak stabil. 
Apapun, ia bukanlah alasan kerana semakin besar pulangan keuntungan semakin besar juga risiko yang perlu diteliti. Yang penting, kebijaksanaan anda dalam menilai dan menganalisa pasaran matawang dunia ini.

Jual Beli::Hikmah dan Jenisnya

Share


PENGERTIAN JUAL BELI
Jual beli ialah menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.

HUKUM
Harus

HIKMAH JUAL BELI
• INDIVIDU
– Penjual
(a) Mendapat rahmat dan keberkataan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatkan
(b) Dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat mengkhianati antara satu sama lain.
– Pembeli
(a) Berpuas hati di atas urusniaga yang dijalankan kerana peniga menjalankan urusan mengikut syariat islam.
(b) Mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah di atas urusniaga yang berlandaskan syariat Islam
(c) Terhindar daripada siksaan api neraka.
• MASYARAKAT
(a) Menyenangkan manusia bertukar-tukarfaedah harta dalam kehidupan seharian
(b) Menghindarkan kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki harta
(c) Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.
• NEGARA
(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(b) Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara.
(c) Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat sesama negara islam
RUKUN JUAL BELI
  1. PENJUAL DAN PEMBELI
mukallaf ( akil baligh )
Waras
kemahuan sendiri
Bebas membuat pilihan
Penjual dan pembeli pihak yang berlainan
Boleh melihat
tidak muflis
Islam (untuk jual beli al-quran dan hadis )
RUKUN JUAL BELI
2. BARANG JUALAN DAN HARGA
bersih dan suci
berfaedah
Bernilai menurut syara’
milik penjual atau wakil
boleh diserah kpd pembeli ketika akad (Wujud Barang)
keduanya tahu jenis, kadar dan sifat barang
RUKUN JUAL BELI
3. HARGA
barangan suci
harga ( wang ) milik pembeli
boleh diserahkan kpd penjual n keduanya tahu jenis mata wang
IJAB DAN QABUL
Tidak terpisah antara waktu ijab dan qabul
Lafaz qabul bertepatan dengan lafaz ijab
tidak diselangi dgn perkataan lain
tidak ditaklikkan dengan syarat atau tempoh tertentu

KHIYAR
• Khiyar dari segi bahasa : Pilihan
• Dari Itilah Syara’ : Kedua-dua belah pihak yang telah melakukan akad diberi pilihan dan berhak untuk meneruskan atau menarik balik akad jual beli tersebut.
Jenis-jenis Khiyar
• Khiyar Majlis
– Kedua-dua yang berakad berhak menarik balik akad jualbeli tersebut, walaupun akad tersebut telah sempurna, dipersetuji dan disahkan dengan syarat ia masih berada dalam majlis dan ,mereka masih belum berpisah
• Khiyar Syarat
– Apabila salah-satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan syarat bahawa dia mempunyai hak untuk membatalkan akad dalam tempoh yang tertentu. Syarat tersebut boleh dnyatan ketika memeterai akad atau selepas daripada itu tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut
– Syarat sah khiyar syarat
• Terhad kepada tempoh tertentu
• Tempoh yang ditetapkan tidak lebih tiga hari
• Tempoh mesti berturutan dan bersambung dengan akad
• Khiyar Aib
• Apabila akad jual beli telah dimeterai dan pembeli telah memperolehi barangan yang dijual tanpa mengetahui sebarang kecacatan pada barangan tersebut kemudian baru disedari kewujudan kerosakan /kecacatan barangan tersebut, maka pembeli diberikan pilihan samada merelakan kecacatan tersebut atau memulangkan kembali barangan tersebut kepada penjual dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
JUAL BELI YANG DILARANG DAN TIDAK SAH
Menjual buah-buahan yang belum masak atau bulu haiwan yang masih belum diketam dan susu yang masih belum diperah
Jual beli yang mengandungi unsur perjudian
Jualan Munabazah ( campak mencampak )
Jualan Mulamasah ( sentuh – menyentuh )
JUAL BELI YANG DILARANG DAN TIDAK SAH
  • Jual beli benda Haram
  • barangan tidak dimiliki dgn sempurna spt jual burung di udara
  • Kontrak dua dalam satu
  • Jual beli cengkeram (Urbun )
  • Jual hutang dengan hutang
  • Menjual barangan sebelum diterima.
  • Jual beli yang berunsur Riba
JUAL BELI DILARANG TETAPI SAH
  1. Beli barang dgn tujuan menyekat org lain membeli barang tersebut
  2. Membeli barang yg sedang dibeli org lain
  3. Menyekat penjual yang sedang dlm perjalanan dgn tujuan utk membeli dgn harga murah
  4. Monopoli dalam jual beli
  5. Jual beli barang yg halal tetapi digunakan utk maksiat
  6. Melakukan penipuan
  7. Mengurangkan sukatan dan timbangan 

Sunday, May 2, 2010

KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?

Share


Saudara-saudara sesama Muslim..

Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka. Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir.

 Padahal seorang kafir juga adalah dari keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan,.kaki, mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka, kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?

APAKAH PERBEZAANNYA HANYA SOAL NAMA SAHAJA?

Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorangkafir, tidak mungkin disebabkan yang seorang benama Abdullah dan Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan Robertson; atau kerana yang seorang dikhatan dan yang lain tidak; atau kerana yang seorang tidak memakan daging babi dan yang lain memakannya.

Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak mungkin bertindak sedemikian kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya, hanya kerana soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hambaNya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.

PERBEZAAN ISLAM DAN KUFUR YANG SEBENARNYA

Apabila, memang, perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khatan dan daging babi. Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya? Jawapannya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur. Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur bererti ketidakpatuhan kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah. Tetapi yang satu, berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintahNya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikanNya bila ia tidak mematuhi perintah-perintahNya.

Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang tinggi itu kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya. Inilah sebabnya mengapa Allah senang kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurnia syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.