Seindah KalamNya

Sunday, July 25, 2010

Di puncak 4

Share


Kenangan
Banyak kenangan taaruf yang meninggalkan memori dan warna-warna indah dalam lembaran hidup saya di bumi UIA. Kenangan suka duka bersama, saat mengharung pahit getir masalah dan rintangan yang mendatang. Jalinan ukuwwah terlalu erat tersimpul, sekalipun pertemuaan-pertemuan itu hanya sekejap cuma.
Pertama kali saya join taaruf, saya hanya menjadi committee biasa di bahagian preparation and technical. Kali kedua, saya dilantik untuk menjadi ketua biro preparation and technical. Kali ketiga, saya juga dilantik sebagai ketua biro tetapi di bahagian discipline and ibadah. Dan inilah kali keempat, saya diberi penghormatan untuk menjadi Program Manager.
Di kesempatan yang ada ini, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga buat teman-teman seperjuangan..barisan ikhwan dan akhawat yang tidak pernah loket tenaga dan idea untuk membantu, sentiasa memberi saya semangat saat jiwa lesu.. dan yang sentiasa menegur dan membimbing saat langkah kelemahan..
Terima kasih juga buat insan-insan yang mewarnai hari-hari di taaruf dengan ukhuwwah yang terlalu indah..alhamdulillah, di sepanjang saya memimpin taaruf samada menjadi headcom mahupun PM, saya tidak pernah diuji dengan masalah-masalah dalaman sesama kami..meskipun sewaktu saya baru di tahun dua, saya terpaksa menjadi ketua bagi yang sudah pun di tahun akhir..respect, toleransi, dan juga tolak ansur menjadi kunci kejayaan. Di sinilah, ukhuwwah kami sebagai family kecil untuk terus berhubung.
Dan yang masih tertanya-tanya umur saya, sengaja saya rahsiakan. Kerana saya masih muda, sedang anak-anak buah saya ramai yang jauh lebih matang usia mereka. Walaupun sebenarnya usia tidak pernah mematangkan manusia, hanya ilmu dan pengalaman membuat kita lebih berharga. =)
Belum cukup sepenuhnya..July Taaruf 2010/2011
Dinner
Makan2..
Nak?
Tak boleh..saya punya! :P
Peace!
Nak tambah?!
Malu2..hehe, main board
Muka penat..dikandid
Fokus ke belakang..abaikan si baju biru..he3

Program Manager a.k.a Wea @ Wewe
 

Saturday, July 24, 2010

Di puncak 3

Share


Hari-hari  Kejadian
Hari yang dinanti akhirnya tiba jua,ketika dalam kenaifan kepimpinan yang saya rasakan terlalu lemah. Namun saya dibarisi oleh committee2 yang sangat tinggi semangat juangnya, dan merekalah segala kaki dan tangan saya sewaktu hari-hari yang dihadapi. Hari pertama, seperti biasa pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru. Kesempatan untuk saya berkenalan dan bertemu bual dengan kebanyakan ibu bapa yang hadir.
Malah tanpa sedar, ada di antara mereka yang cukup saya segani yang sempat saya bertemu, Maklumlah, ada di antara mereka merupakan Dato` dan Tan Sri…yang tidak ingin saya sebutkan di sini. Juga kehadiran sepasukan pegawai Polis Diraja Malaysia, yang menyambung di bahagian undang-undang yang turut membuat saya agak cuak.
Seperti biasa, majlis pertama selepas pendaftaran adalah pengenalan diri. Namun malang sekali, kerana waktu itu PM harus menghandle sendiri program tersebut tanpa MC disediakan, yang turut dihadiri oleh pegawai dari pihak atasan UIA. Berterabur English saya ketika itu, walaupun dalam cool ada juga perasaan gementar berhadapan dengan beribu-ribu bijik2 mata yang sedang memerhatikan saya.
Dengan 2 bahasa ibunda, English dan arab saya berjaya membuat kebanyakan mereka ternganga. Hehe.. Apalagi saya hanya dari kuliah architecture sahaja, bukan bidang arab atau agama untuk petah berucap dalam arabic. English adalah bahasa yang sememangnya rasmi dalam kampus, manakala arab adalah bahasa pilihan. Kerana di hadapan saya, ada beratus-ratus foreigners dari pelbagai negara.
Hari-hari yang dilalui terlalu meletihkan, tempoh 4 hari tersebut terlalu penuh dengan slot speech dan talk semata-mata. Dan setiap malam, saya menerima lebih 300 sms dari pelajar2 baru. Sampaikan tidak larat untuk saya membaca segala macam mesej yang panjang lebar setiap satu. Ada yang merungut, ada yang mengkritik, ada yang memuji..dan yang paling dashyat,ada yang ingin berkenalan. Penyalahgunaan kemudahan no. para committee yang tidak dapat diterima..
Tidak semua sms yang diterima saya reply, kalau saya reply sekadar balasan pendek..’ok’ atau ‘baiklah’..penat untuk melayan sms yang memenuhkan inbox saya, ada sms yang saya forwardkan kepada headcom untuk tindakan yang selanjutnya.
Begitulah hari-hari yang terpaksa saya lalui waktu itu, selain terpaksa memantau teman-teman committee agar menepati tentative dan juga flow program. Ibarat semua benda perlu dihafal di dalam kepala, dari mula sampai hujungnya. Kadang-kadang terpaksa untuk tegas dalam membuat keputusan, banyak benda yang kita tidak dapat jangkakan akan berlaku saat-saat akhir. Kerana kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan.

Gambar semasa dan selepas.. 
Semua family datang..besarnya harapan mereka
Di kandid bersama guard..
Tak habis2 kena kandid..kamera memburu PM
Bahagian kaunter dalam CAC
Slot pertama..bersama students
Yang mana satu VIP?
3000+- (new intake july 2010)
SRC IIUM 2010/2011
SRC IIUM




Prepare untuk Baiah
Waiting senate members enter the hall..
Pelbagai gaya..sister side
Under oath..

Baiah..senate members (Rector and Deans IIUM)
Rector IIUM (Syed Arabic Aidid)
Finally..
The most grateful part..hehe
Well done..
Once in life..sebaris dengan senate members ^_^

Wednesday, July 21, 2010

Di puncak 2

Share

Kami mengadakan beberapa program kecil sepanjang persediaan itu, termasuk slot bertemu muka dengan ketua-ketua biro dan bacaan Yaa sin & solat hajat. Bagi saya, memimpin sebuah program ibarat memimpin solat berjemaah, setiap inci perbuatan dan tindakan harus diteliti dalam memastikan setiap rukun dan wajib jemaah dipenuhi. Anda tahu apa yang paling sukar dalam solat?
Ia adalah melawan bisikan syaitan dari dalam hati dan minda, begitu juga dalam kepimpinan. Ia tidak ubah seperti anda bersolat, dugaan kepimpinan dari dalam itu lebih mencabar, perbalahan dan silap faham yang kecil di antara barisan pejuang boleh sahaja menyebabkan kepimpinan anda lemah bila-bila masa. Kemantapan rohani dan penyerahan terhadap yang Maha Esa adalah kunci kejayaan sebenar.
Begitulah setiap kali saya berpeluang bertemu mata dalam slot-slot kecil, benda yang paling saya tegaskan adalah kekuatan dan ukhuwwah dari dalam. Banyak di antara mereka yang memimpin program, tidak sedar terhadap perkara seperti ini. Atau mereka menganggap remeh terhadap ukhuwwah dan persefahaman di antara setiap ahli yang menggerakkkan sesebuah program. Lebih mudahnya, mereka lebih suka berada di puncak kuasa dan mengarahkan sahaja setiap benda yang mereka rasakan betul. Sebab itu, program kecil pun boleh gagal tanpa kefahaman dan ukhuwwah dari setiap ahli.
Dan saya rasakan, setiap ahli committee saya banyak yang sedar dalam hal ini. Peringatan demi peringatan yang saya berikan, Alhamdulillah mencurahkan hasil. Saya bukan kategori mereka yang suka memegang jawatan, kerana itu walaupun saya menjadi PM saya lebih suka membuat kerja2 yang pernah saya lakukan sewaktu saya menjadi ahli biasa.
Bermacam masalah yang saya tempuhi, namun sedaya mungkin saya atasi dengan penuh rasional dan bijaksana. Emosi dan perasaan harus diketepikan, sekalipun saya sendiri kadang2 tertekan. Namun inilah hasil latihan yang saya terima di bidang perancangan Bandar, saya lebih matang dalam menguruskan perasaan sendiri di waktu-waktu getir . Kami diuji dan di torture minda, anda tahu apa yang paling penat?
Yang paling penat adalah apabila minda anda di torture, dan hasil kerja anda dikutuk dan diperlekehkan. Di situ anda akan rasa give up, ada yang terus collapse.Anda masih boleh membuat kerja kalau hanya physical anda penat, tetapi anda akan tewas sekiranya minda anda sudah pun lemah.  Namun alah bisa tegal biasa. Dalam program atau apapun event yang anda handle, sikap professional adalah kunci diplomasi. Hanya mereka yang bijak memahami jiwa orang bawahan sahaja yang mampu menjadi pihak atasan yang berjaya.
Di sepanjang tempoh persediaan untuk hari kejadian, banyak juga benda yang membuat kepala saya haru biru. Jumlah kemasukan sebenar pelajar yang asyik berubah, bajet yang tidak mencukupi, alatan hilang di saat-saat akhir, perselisihan dengan antara department dan jabtan malah banyak lagi. Kadang-kadang, kasihan juga saya melihat ketua dan penolong setiap biro di bawah saya, kelam kabut dan ketensionan jelas terpancar. Terpaksa pula saya redakan ketegangan mereka, memberi kembali semangat yang hilang dan cuba sedaya mungkin membantu yang termampu.

Tuesday, July 20, 2010

Di puncak 1

Share


“Tiada jalan mudah untuk ke atas, kcuali adanya iltizam untuk berjuang dari bawah.”
Sekadar  mengisi ruang kenangan dan permintaan adik-adik(mcm saya tua sangat..keh3) yang banyak kali bertanya. Kisah ini saya coretkan sewaktu saya sempat memimpin barisan committee yang lebih dari 250 orang untuk program UIA. Saya menyertai program Taaruf UIA tidaklah sekerap mereka yang lain, memandangkan saya bukanlah di antara mereka yang aktif. Dan ini hanya kali ke-empat dalam tempoh 4 tahun saya di UIA, dan ianya kali terakhir sebelum saya bersara.
Justifikasi Program
Program kali ini adalah yang paling mencabar, dengan jumlah batch junior yang terbesar pernah diterima di kampus Gombak iaitu seramai lebih 3000 pelajar baru. Dan saya hanya dimaklumkan jawatan Program Manager pada hari Kursus Induksi dijalankan. Bayangkan, di waktu itu saya sedang praktikal di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Kelantan, bertempat di SUK Negeri.
Dalam terkejut, saya menolak jawatan tersebut memandangkan saya bukan di antara mereka yang layak. Ditambah pula saya masih ada hari-hari praktikal yang masih panjang berbaki, namun rayuan itu ditolak mentah-mentah. Haru saya dibuatnya. Alhamdulillah saya diberi pembantu2 yang sangat gigih, semuanya dari akhawat yang berlainan kuliah. Mereka banyak berjasa dalam menguruskan program ini di sepanjang ketiadaan saya.
Dan saya sampai di bumi tercinta UIA pada hari pertama preparation dilakukan, iaitu sehari selepas saya habis praktikal. Kepenatan memandu 5 jam dari bumi Kelantan diabaikan, memandangkan komitmen besar sedang menunggu. Sampai sahaja saya di sana, saya terus ke bilik operasi program. 
Briefing
Sign
Bertemu mata dengan anak-anak buah, yang lebih 250 orang yang kebanyakkannya tidak saya kenali. Kami berbeza kuliah, malah majority di antara mereka adalah muka-muka baru dan pelapis bagi kami yang sudah sampai masa untuk di’out’kan dari bumi UIA. Masa yang berbaki tidak memungkin saya untuk berkenalan dengan semua orang, tetapi saya mengambil pendekatan untuk bersama mereka setiap kali ada kesempatan.
Pelbagai kerenah, bermacam ragam harus saya tempuhi. Bukan senang untuk memastikan setiap arahan di terima oleh semua committee di semua peringkat. Saya menolak sebarang kerenah birokrasi, yang perlu merujuk kepada ketua mereka sekiranya ada masalah. Saya lebih suka mengambil pendekatan agar mereka terus kepada saya untuk apa sahaja masalah yang berlaku.
Biro tag
Discussion

Teamwork

Hardwork

Production day

Saat-saat sukar yang saya lalui adalah apabila melihat banyak muka-muka baru, kadang-kadang saya sendiri tertukar mereka dengan pelajar yang tidak terlibat dengan program ini. Fikirkan, bagaimana harus saya menghafal setiap pattern muka dan nama mereka yang lebih 250 orang dalam tempoh yang terlalu singkat yang kurang dari seminggu. Sekalipun untuk mereka yang menghafaz Quran macam saya, ia benar-benar menguji diri saya waktu itu.
 Namun, saya sebaik mungkin cuba memaniskan wajah agar setiap ahli yang melihat saya rasa bersemangat untuk meneruskan kerja dan tugas yang masih berbaki. Saya sedar dan saya tahu, mereka ini tersangat kepenatan. Kerana mereka juga manusia seperti saya, dan sebagai ucapan penghargaan, saya sering mengucapkan terima kasih kepada mereka yang di bawah saya.
Stage decoration
Signage
Emergency Training
Yang paling banyak mengukir kenangan..Mr cameraman
Kalau anda tahu, bukan senang menjadi ketua yang disayangi. Anda harus dan PERLU menghormati dan mengasihi mereka, agar mereka boleh melakukan kerja seikhlas hati dan yang lebih penting mereka enjoy dengan tugasan yang diberi. Mereka tidak ditekan, dan saya tidak tertekan ^_-

Kesian
  
backstage_Multimedia
Special Task
Check bajet..aduhh, xcukup nie.. :P