Seindah KalamNya

Showing posts with label Kuasa Forex. Show all posts
Showing posts with label Kuasa Forex. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidil adha

Share


Owh, I just realize that I didn`t update my blog in last two months..patot la berhabuk dah, but still masih ramai yg mengikuti perkembangan blog ini selama tempoh ia dibiarkan berserawang..maknanya masih ramai yang berminat untuk mengkaji dan memahami bagaimana ekonomi boleh mengubah kehidupan..Even in Prophet saying also was taught us about how economic influential can improve ur life and ur country as a whole..
Terima kasih kerana lawatan yang masih tidak putus2, menunjukkan kesedaran dan keinginan kita SAMA. Ekonomi inilah alat untuk mencapai matlamat, bukan matlamat untuk dicapai. Harus anda faham, ekonomi adalah alat. Jika anda ingin mengubah kebahagiaan keluarga anda, meningkatkan kualiti kehidupan anak, mengubah masyarakat mahupun menumbangkan sebuah negara sekalipun maka ekonomi adalah alat yang harus anda tidak ambil mudah. Tak Percaya?
Anda lihatlah bagaimana kehidupan orang yang berkemampuan, pendidikan anak2 mereka..lebih terurus bukan, but I know it`s not the value of happiness rite? Memang kebahagiaan tidak boleh dibeli, sebab itu saya kata ekonomi adalah alat untuk sebuah wawasan dan matlamat. Bila ekonomi menjadi alat, anda harus tahu bagaimana untuk mengimbangkan pencapaiaan dan usaha anda dengan apa yang anda ingin capai.
Katakan matlamat anda untuk membina keluarga sakinah atau Keluarga Bahagia, anda harus tahu apa elements yang perlu untuk membina keluarga bahagia, mendidik anak2 yang tidak pincang moralnya. Pasti ciri2 yang perlu ada adalah umah yang selesa, makan minum yang terjaga, pendidikan yang terbaik..betul tak? Dan fikirkan pula bagaimana untuk memberi pendidikan terbaik kalau duit tidak ada?
The key answer is in urself, how do u achieve ur ultimate vision for ur life. The money is only a conceptual approach, but determination of ur path is the trail of success in ur life. In other words, to get what u r meant to be is how do u plan ur future, looking for options which are scarcely in source. Then u will realize the money and financial managements are the best answer. Then everything u needs in ur life, u can buy with a card (debit or credit) except life and its value.
So u see how important economy kan, sebenarnya saya tidak berniat untuk menceritakan sebarang konsep lebih details untuk post ini. Sekadar mengupdate ‘beliau’ yang sekian lama kontang dan gersang kasih sayang. But insya Allah i`ll update with some valuable informations after dis. Jangan risau, bercerita tentang ekonomi anda akan rasa ia adalah ilmu kehidupan yang sangat bernilai. Bukan macam ilmu2 lain, sebab tu Baginda s.a.w pernah bagitahu perniagaan(ekonomi) adalah 9/10 sumber rezeki. Kenapa perniagaan? Kenapa bukan kerja2 di bawah kerajaan? Kenapa bukan makan gaji?
Sebab mudah, dalam PERNIAGAAN adanya usaha, kegigihan, ketekunan, kebebasan untuk membuat keputusan, keberanian, ketakutan dan pergantungan terhadap kekuasaanNya, mengkreatifkan jiwa2, dan membangkitkan tenaga2 perjuangan dalam diri ummah. Pastinya benda2  ni takkan anda rasa kalau bekerja makan gaji dalam government, even u feels it`s more secure position kan..malah, kalau nak mintak bercuti untuk menjaga isteri sakit pun anda perlu menulis laporan dan mengisi borang. Bagaimana kehidupan anda, andalah penentunya.
Maaflah, lately ni saya sangat sibuk. Final exam belum habis, paper last adalah pada 11 Nov ni. Next week la maksudnya, pastu bukan boleh bercuti. Kena sambung keje, owh lupa..skang saya sudah bekerja di sebuah firm sebagai town planner sambilan, sebelum menjadi permanent staff bila sudah grad nanti. Apapun offer tersebut masih ditimbang-timbang, terlalu banyak perkara yang harus diambil kira..termasuk bondaku yang kesunyian di kampung sana.Btw alhamdulillah, sometime life is soO unpredictable..
After raya plak, saya akan ke Hong Kong. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik, terlalu busy buat masa ni. Insya Allah, segala ilmu yang saya belajar sepanjang saya bekerja akan saya perturunkan di sini. Semoga dapat membantu dan memberi panduan kepada anda semua.
Korbankan sebahagian hartamu untuk menghayati perjuangan dan pengorbanan Nabi Yaakub dan Nabi Ismail, sehingga sanggup menyerahkan leher dan nyawa sebagai mahar perjuangan. Anda bagaimana? Dan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua ummat Islam di seluruh pelusuk benua.. =)

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Share



Kedatangan syawal kali ini benar-benar berlainan, mungkin kerana tahun ini last saya dapat duit raya..sebaik sahaja habis berkhutbah di pagi raya, maka bermulalah sesi membilang duit raya..dan jumlahnya membeliakkan anak mata, hehe..
Belum pun tengah hari jumlah duit raya saya dah mencecah RM2500..hehe, hepi sekejap..tapi duit tu nak diguna untuk ke hongkong, sesi mengutip derma belum habis..hehe
Tapi.. ada tapi gak,jumlahnya belum cukup ni..bagaimana untuk menggandakan jumlah seciput ni?? PELABURAN..tak sia-sia ambik subjek Pelaburan dan Penilaian Hartanah..tapi saya bukan nak beli umah ke real estate lagi, mana cukup ni..tapi konsep pelaburan tu tetap boleh diguna..
Cuma risiko yang tinggi merisaukan saya, bagai tindakan berani mati je..tapi macam mana pun, orang cakap senang kan..kita yang ada rezeki seciput ni kena pikir jauh, hidup bukan untuk hari ini je..berani atau tidak, duit yang ada ni kena dibuat melabur..dah hampir 5 bulan saya observe market, dalam tempoh tu jugak banyak test market saya dah buat..Cuma untuk melabur, modal xbanyak..apapun insya Allah, rezekiNya ada di mana-mana

Friday, August 20, 2010

Pelaburan dalam keberkatan Ramadhan

Share


Sengaja ingin saya kongsikan kegembiraan yang diterima lewat petang tadi melihat graf pasaran trading yang daripada deficit meningkat naik menjadi profit. Walaupun keuntungan tersebut adalah milik kawan saya, yang baru cuba untuk bermain forex.
Sebenarnya kawan saya ini masih tersangat baru dalam dunia Forex, masih teraba-raba bagaimana untuk melabur dan mengambil risiko dalam dunia Forex. Maka oleh kerana saya sudah menjadi pemerhati Forex dalam tempoh yang agak lama, maka tidaklah menjadi masalah untuk melihat trend pasaran dan menjangkakan pasaran masa akan datang.
Lihat jumlah profits
Cuba lihat angka keuntungan yang beliau perolehi, 2000 dollars ?! Tukarkan kepada RM dengan mendarab RM3.60=1 dollar, maka pasti anda tahu berapa jumlahnya. Itu cuma pelaburan selama 3 hari sahaja, saya memasuki pasaran setelah melihat perkembangan matawang semasa. Dan saya menutup sebelum hari trading off..
Dalam dunia Forex, tidak boleh ada perkataan TUNGGU DULU!  Orang tamak biasanya selalu rugi, ingat risiko melabur dalam dunia pasaran yang di luar batasan anda. Anda harus menjangkakan segala kemungkinan, dan bersedia menerima keuntungan yang sedikit.
Namun, sebagai sifu terhadap kawan saya ini, maka keuntungan yang dilaburkan hasil tunjuk ajar saya turut melimpah ke poket saya.Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan..hehe ^_- 
Sekadar sedikit perkongsian, dan maafkan saya kerana tidak boleh membocorkan teknik Forex.  Sebab tak semua orang berani menerima risiko..teknik ini hanya untuk mereka yang benar-benar berani dan sabar.. =)


Thursday, August 12, 2010

Teknik Bottom Up Vs Top Down

Share


Pertama sekali anda perlu faham apakah bentuk pelaburan menggunakan teknik Bottom Up dan Top Down ni. Macam management konsep la lebih kurang, kerana pelaburan juga memerlukan perancangan dan pengurusan yang sangat teliti untuk mengurangkan kerugian dan memaksimumkan sebanyak mungkin keuntungan.
Top Down konsep sebenarnya lebih kepada pelaburan untuk jangka masa panjang, apabila anda mengambil kira segala factor pelaburan yang lebih global. Faktor tersebut merangkumi trend semasa pelaburan, keadaan pasaran, kestabilan politik negara yang kita melabur dan banyak lagi. Selalunya pelabur cuba meramal keadaan pasaran akan datang dan biasanya pelabur menghadapi risiko perubahan trend yang sangat tinggi.
Manakala bagi teknik Bottom Up, pelabur hanya melihat keadaan pasaran semasa dalam tempoh jangka masa yang lebih pendek. Biasanya pelabur akan melabur mengikut trend semasa dan mengunakan melabur untuk spot-spot yang tertentu sahaja. Pelabur jenis ini biasanya selalu terperangkap dengan perubahan pasaran kerana ketidakstabilan pasaran.
Dan hasil kajian, saya mendapati bahawa kekurangan bagi dua teknik ini boleh diperbaiki dan dimantapkan dengan cara anda mengabungkan keduanya sebelum memasuki pasaran. Masa yang terbaik untuk melabur adalah apabila kedua-dua teknik ini memberi isyarat trend pasaran yang sama arah, anda boleh meneliti pergerakan graf bagi jangka masa singkat dan juga untuk tempoh masa yang lama.
Hasilnya, saya berjaya memperbaiki kegagalan saya sebelum ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. =)

Monday, June 14, 2010

Kegagalan Adalah Guru Saya

Share

Sudah banyak kali percubaan yang saya lakukan, akhirnya kegagalan demi kegagalan yang saya terima akhirnya memberi saya satu pengajaran yang teramat besar. Kehilangan wang pelaburan dalam ratusan dolar sebelum ini hampir membuat saya berputus asa dari dunia Forex.
Dan akhirnya pembelajaran demi pembelajaran serta kajian di internet membuat saya akhirnya faham bagaimana sebenarnya melabur dalam dunia Forex. Saya berjaya mengenal pasti kegagalan sebenar saya dalam dunia Forex. Punca kegagalan paling besar ialah apabila saya melabur tanpa sebarang ilmu yang cukup, sekadar bergantung kepada e-books yang saya beli sebelum ini.

Dan saya rasa kegagalan adalah guru paling cemerlang dalam memberi arah yang lebih betul sebelum anda melabur. Orang yang tak pernah gagal tak mungkin tahu bagaimana perasaan sebenar kepedihan dan keperitan kehilang wang dalam ratusan dolar, lebih-lebih lagi bagi pelabur kecil seperti saya. Dan putus asa bukan jalan yang terbaik untuk lari dari kegagalan, sebaliknya kita harus tempuhi dengan penuh perasaan cekal.
Saya akan terangkan bagaimana kegagalan berjaya membuka mata saya, bukan untuk berhenti. Tetapi terus melabur dengan mengurangkan kerugian yang saya pernah saya alami sebelum ini. Ilmu dan pengetahuan yang secukupnya amat perlu sebelum anda melabur di dalam dunia Forex.
Jatuh bangun sendiri, akhirnya membuat saya bersedia untuk seterusnya. Apapun terima kasih kegagalan ..=)

Saturday, May 15, 2010

Forex

Share


Forex atau nama sebenarnya di dalam i.c beliau adalah Foreign Exhange.. dalam bahasa kita panggil dia Tukaran Asing seperti yang selalu disebut dalam berita TV3 “Ringgit di tutup tinggi berbanding Yen”..contohnya sahaja. Maknanya Forex adalah satu bentuk Tukaran Matawang Asing bagi seluruh dunia.

Tukaran matawang ini dibuat dalam bentuk berpasangan, contohnya Euro & US Dollar atau US Dollar & Japanese Yen. Cuma bezanya pasaran matawang ini tidak ada satu pusat khusus macam Saham yang ada bursa atau pelaburan lain.
Sesiapa sahaja boleh menjadi pelabur dalam Forex ini, dan ia tidak had bagi pelaburan.Kalau jumlah modal besar, maka banyaklah pelaburanboleh dilakukan. Cuma anda perlu ingat, dalam Forex risikonya terlalu besar dan kecairan asset atau modal juga sangat baik.
Waktu pelaburan juga tiada had, maknanya pelaburan boleh dilakukan selama 24 jam di sepanjang tempoh pasaran dibuka selama 5 hari seminggu. Pasaran dibuka pada pukul 3 pagi hari Isnin (waktu tempatan) dan ditutup pada pukul 4 pagi hari Sabtu (waktu tempatan).
Ada dua sumber utama pelaburan mata wang ini:
  • Pelaburan asing (5%). Syarikat-syarikat BELI dan JUAL produk di negara asing, di tambah dengan keuntungan tukaran matawang negara lain ke nilai matawang mereka.
  • Spekulasi yang membawa kepada perubahan pasaran (95%).

Dan pesanan saya, bukan setiap masa anda boleh melabur, kerana anda perlu bijak meneliti keadaan pasaran dan menganalisis setiap risiko. Di awal pasaran dibuka dan diakhir pasaran akan ditutup pada setiap minggu adalah waktu berbahaya untuk dilabur kerana pasaran terlalu perlahan dan tidak stabil. 
Apapun, ia bukanlah alasan kerana semakin besar pulangan keuntungan semakin besar juga risiko yang perlu diteliti. Yang penting, kebijaksanaan anda dalam menilai dan menganalisa pasaran matawang dunia ini.