Sudah banyak kali percubaan yang saya lakukan, akhirnya kegagalan demi kegagalan yang saya terima akhirnya memberi saya satu pengajaran yang teramat besar. Kehilangan wang pelaburan dalam ratusan dolar sebelum ini hampir membuat saya berputus asa dari dunia Forex.
Dan akhirnya pembelajaran demi pembelajaran serta kajian di internet membuat saya akhirnya faham bagaimana sebenarnya melabur dalam dunia Forex. Saya berjaya mengenal pasti kegagalan sebenar saya dalam dunia Forex. Punca kegagalan paling besar ialah apabila saya melabur tanpa sebarang ilmu yang cukup, sekadar bergantung kepada e-books yang saya beli sebelum ini.
Dan saya rasa kegagalan adalah guru paling cemerlang dalam memberi arah yang lebih betul sebelum anda melabur. Orang yang tak pernah gagal tak mungkin tahu bagaimana perasaan sebenar kepedihan dan keperitan kehilang wang dalam ratusan dolar, lebih-lebih lagi bagi pelabur kecil seperti saya. Dan putus asa bukan jalan yang terbaik untuk lari dari kegagalan, sebaliknya kita harus tempuhi dengan penuh perasaan cekal.
Saya akan terangkan bagaimana kegagalan berjaya membuka mata saya, bukan untuk berhenti. Tetapi terus melabur dengan mengurangkan kerugian yang saya pernah saya alami sebelum ini. Ilmu dan pengetahuan yang secukupnya amat perlu sebelum anda melabur di dalam dunia Forex.
Jatuh bangun sendiri, akhirnya membuat saya bersedia untuk seterusnya. Apapun terima kasih kegagalan ..=)
Forex atau nama sebenarnya di dalam i.c beliau adalah Foreign Exhange.. dalam bahasa kita panggil dia Tukaran Asing seperti yang selalu disebut dalam berita TV3 “Ringgit di tutup tinggi berbanding Yen”..contohnya sahaja. Maknanya Forex adalah satu bentuk Tukaran Matawang Asing bagi seluruh dunia.
Tukaran matawang ini dibuat dalam bentuk berpasangan, contohnya Euro & US Dollar atau US Dollar & Japanese Yen. Cuma bezanya pasaran matawang ini tidak ada satu pusat khusus macam Saham yang ada bursa atau pelaburan lain.
Sesiapa sahaja boleh menjadi pelabur dalam Forex ini, dan ia tidak had bagi pelaburan.Kalau jumlah modal besar, maka banyaklah pelaburanboleh dilakukan. Cuma anda perlu ingat, dalam Forex risikonya terlalu besar dan kecairan asset atau modal juga sangat baik.
Waktu pelaburan juga tiada had, maknanya pelaburan boleh dilakukan selama 24 jam di sepanjang tempoh pasaran dibuka selama 5 hari seminggu. Pasaran dibuka pada pukul 3 pagi hari Isnin (waktu tempatan) dan ditutup pada pukul 4 pagi hari Sabtu (waktu tempatan). Ada dua sumber utama pelaburan mata wang ini:
Pelaburan asing (5%). Syarikat-syarikat BELI dan JUAL produk di negara asing, di tambah dengan keuntungan tukaran matawang negara lain ke nilai matawang mereka.
Spekulasi yang membawa kepada perubahan pasaran (95%).
Dan pesanan saya, bukan setiap masa anda boleh melabur, kerana anda perlu bijak meneliti keadaan pasaran dan menganalisis setiap risiko. Di awal pasaran dibuka dan diakhir pasaran akan ditutup pada setiap minggu adalah waktu berbahaya untuk dilabur kerana pasaran terlalu perlahan dan tidak stabil.
Apapun, ia bukanlah alasan kerana semakin besar pulangan keuntungan semakin besar juga risiko yang perlu diteliti. Yang penting, kebijaksanaan anda dalam menilai dan menganalisa pasaran matawang dunia ini.
• Jual beli ialah menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.
HUKUM
• Harus
HIKMAH JUAL BELI
• INDIVIDU
– Penjual
(a) Mendapat rahmat dan keberkataan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatkan
(b) Dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat mengkhianati antara satu sama lain.
– Pembeli
(a) Berpuas hati di atas urusniaga yang dijalankan kerana peniga menjalankan urusan mengikut syariat islam.
(b) Mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah di atas urusniaga yang berlandaskan syariat Islam
(c) Terhindar daripada siksaan api neraka.
• MASYARAKAT
(a) Menyenangkan manusia bertukar-tukarfaedah harta dalam kehidupan seharian
(b) Menghindarkan kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki harta
(c) Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.
• NEGARA
(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(b) Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara.
(c) Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat sesama negara islam
RUKUN JUAL BELI
PENJUAL DAN PEMBELI
• mukallaf ( akil baligh )
• Waras
• kemahuan sendiri
• Bebas membuat pilihan
• Penjual dan pembeli pihak yang berlainan
• Boleh melihat
• tidak muflis
• Islam (untuk jual beli al-quran dan hadis )
• RUKUN JUAL BELI
2. BARANG JUALAN DAN HARGA
• bersih dan suci
• berfaedah
• Bernilai menurut syara’
• milik penjual atau wakil
• boleh diserah kpd pembeli ketika akad (Wujud Barang)
• keduanya tahu jenis, kadar dan sifat barang
• RUKUN JUAL BELI
3. HARGA
• barangan suci
• harga ( wang ) milik pembeli
• boleh diserahkan kpd penjual n keduanya tahu jenis mata wang
IJAB DAN QABUL
• Tidak terpisah antara waktu ijab dan qabul
• Lafaz qabul bertepatan dengan lafaz ijab
• tidak diselangi dgn perkataan lain
• tidak ditaklikkan dengan syarat atau tempoh tertentu
KHIYAR
• Khiyar dari segi bahasa : Pilihan
• Dari Itilah Syara’ : Kedua-dua belah pihak yang telah melakukan akad diberi pilihan dan berhak untuk meneruskan atau menarik balik akad jual beli tersebut.
Jenis-jenis Khiyar
• Khiyar Majlis
– Kedua-dua yang berakad berhak menarik balik akad jualbeli tersebut, walaupun akad tersebut telah sempurna, dipersetuji dan disahkan dengan syarat ia masih berada dalam majlis dan ,mereka masih belum berpisah
• Khiyar Syarat
– Apabila salah-satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan syarat bahawa dia mempunyai hak untuk membatalkan akad dalam tempoh yang tertentu. Syarat tersebut boleh dnyatan ketika memeterai akad atau selepas daripada itu tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut
– Syarat sah khiyar syarat
• Terhad kepada tempoh tertentu
• Tempoh yang ditetapkan tidak lebih tiga hari
• Tempoh mesti berturutan dan bersambung dengan akad
• Khiyar Aib
• Apabila akad jual beli telah dimeterai dan pembeli telah memperolehi barangan yang dijual tanpa mengetahui sebarang kecacatan pada barangan tersebut kemudian baru disedari kewujudan kerosakan /kecacatan barangan tersebut, maka pembeli diberikan pilihan samada merelakan kecacatan tersebut atau memulangkan kembali barangan tersebut kepada penjual dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
JUAL BELI YANG DILARANG DAN TIDAK SAH
• Menjual buah-buahan yang belum masak atau bulu haiwan yang masih belum diketam dan susu yang masih belum diperah
• Jual beli yang mengandungi unsur perjudian
• Jualan Munabazah ( campak mencampak )
• Jualan Mulamasah ( sentuh – menyentuh )
• JUAL BELI YANG DILARANG DAN TIDAK SAH
Jual beli benda Haram
barangan tidak dimiliki dgn sempurna spt jual burung di udara
Kontrak dua dalam satu
Jual beli cengkeram (Urbun )
Jual hutang dengan hutang
Menjual barangan sebelum diterima.
Jual beli yang berunsur Riba
JUAL BELI DILARANG TETAPI SAH
Beli barang dgn tujuan menyekat org lain membeli barang tersebut
Membeli barang yg sedang dibeli org lain
Menyekat penjual yang sedang dlm perjalanan dgn tujuan utk membeli dgn harga murah
Monopoli dalam jual beli
Jual beli barang yg halal tetapi digunakan utk maksiat
"Allah!
None has the right to be worshipped but He, the Ever Living, the One Who
sustains and protecs all the exists. It is Who has sent down the Book (Al
Quran) to you with the truth, confirming what came before it, and He sent
down the Taurat (Torah) & the Injil (Gospel)."(Surah Ali
Imran: 2-3) "And We have
sent down to you the Book (Al Quran)as an exposition of everything,
have submitted themselves (to Allah as Muslims)." (Surah
an-Nahl: 89)
.:Sekadar Renungan:.
"Sewajarnya bagi seorang Hamilul (penghafaz) Quran mengetahui malamnya (memeliharanya) di masa manusia sedang tidur, siangnya di masa manusia sedang berbuka, kedukaannya di kala manusia sedang bersukaria, tangisnya di kala manusia sedang bergelak ketawa, diamnya di kala manusia sedang berbual dan khusyu`nya di kala manusia sedang bermegah-megah"
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas`ud daripada Nabi Muhammad S.A.W
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh
Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته
محصورة؛ هو راع في ...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...