Seindah KalamNya

Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Aset & Liabiliti

Share


Ramai orang silap dalam berniaga, apabila mereka mengukur keupayaan sesebuah syarikat bergantung kepada jumlah pekerjanya mahupun rupa bentuk fizikal sesebuah syarikat. Dan natijahnya, ramai syarikat bumiputera jatuh tersungkur sebelum dapat melangkah ke anak tangga yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, sebab utama mengapa usahawan bumiputera MUFLIS setelah mereka melaburkan banyak modal termasuk wang ringgit dan titik peluh adalah kerana kos operasi yang melebihi dari jumlah pendapatan.
Maaf, saya di sini bukan menjual sebarang perniagaan MLM atau skim cepat kaya. Sila ambil tempat duduk buat mereka yang ingin belajar bagaimana untuk berniaga, ambil nafas dalam-dalam. Sekejap lagi, kita akan mengembara ke alam perniagaan.Sambung baca jika anda sudah benar-benar bersedia. 
Ok, terima kasih kerana memenuhi permintaan saya. Kembali kepada topik asal.
Jika anda orang baru dalam berniaga, mahupun anda yang telah sekian lama dalam rencah perniagaan Fikirkan sejenak apa yang saya katakan, majunya syarikat atau perniagaan anda bukan terletak pada bilangan pekerja anda atau luas lantai kedai/ syarikat anda.  Ingat, anda harus faham di antara ASET dan LIABILITI. Maaf, saya bukan orang ekonomi.  Mari saya terangkan apa itu ASET dan LIABILITI dalam bahasa kampong saya.
Assets:
 Assets are generally those possessions of an individual that have a good market value or are quite valuable. Assets are mainly classified into three types:

Current Asset- the cash is the most basic asset of any individual. The money that is being held in accounts like the checking and savings accounts is also included in the cash.

Fixed Asset- comprises of all the tangible valuable things like property, machines, equipments, land and the like that are not meant to be sold.

Intangible Asset- incorporates all the untouchable things like copyrights, patents, and trademarks etc. that have tremendous monetary significance.

Faham?! Ok, saya tahu bahasa orang kampong saya kadang-kadang agar terlalu complex. Usahlah dibuka kamus, mari saya terangkan secara mudahnya. Aset adalah apa sahaja makhluk atau benda yang mempunyai NILAI, yang ada pada anda dan memberikan pulangan/keuntungan/kebaikan. Maknanya, sekiranya dirumah anda ada sebuah kereta tetapi ia milik bapa anda. Maka ia bukan asset kerana kereta itu bukan milik anda, mudahkan cerita.
Ayuh, sekarang kita tengok pula liability. Kita sudah kehilangan banyak masa bercerita benda-benda yang sangat mudah untuk difaham oleh budak tadika sekalipun. Cepatkan minda anda menyerap bahasa ekonomi yang sangat simple, tetapi PERLU untuk difahami.
Liability:
A liability is something that takes money out of your pocket every month, weather you work or not. This is anything with monthly payments but usually a house, car, or other luxury.
Liabiliti sebenarnya simple untuk difahami, apa sahaja makhluk atau benda yang menjadi tanggungan a.k.a bebanan bagi anda dari segi financial term. Jangan pulak menganggap anak isteri itu liability, kerana mereka adalah asset anda di hari tua. Mentang-mentang belajar asset dan liability :P

Kita akan sembang lagi dalam cerita OUTSOURCE dalam perniagaan.

Saturday, May 15, 2010

Jual Beli::Hikmah dan Jenisnya

Share


PENGERTIAN JUAL BELI
• Jual beli ialah menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.

HUKUM
• Harus

HIKMAH JUAL BELI
• INDIVIDU
– Penjual
(a) Mendapat rahmat dan keberkataan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatkan
(b) Dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat mengkhianati antara satu sama lain.
– Pembeli
(a) Berpuas hati di atas urusniaga yang dijalankan kerana peniga menjalankan urusan mengikut syariat islam.
(b) Mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah di atas urusniaga yang berlandaskan syariat Islam
(c) Terhindar daripada siksaan api neraka.
• MASYARAKAT
(a) Menyenangkan manusia bertukar-tukarfaedah harta dalam kehidupan seharian
(b) Menghindarkan kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki harta
(c) Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.
• NEGARA
(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(b) Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara.
(c) Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat sesama negara islam
RUKUN JUAL BELI
  1. PENJUAL DAN PEMBELI
• mukallaf ( akil baligh )
• Waras
• kemahuan sendiri
• Bebas membuat pilihan
• Penjual dan pembeli pihak yang berlainan
• Boleh melihat
• tidak muflis
• Islam (untuk jual beli al-quran dan hadis )
• RUKUN JUAL BELI
2. BARANG JUALAN DAN HARGA
• bersih dan suci
• berfaedah
• Bernilai menurut syara’
• milik penjual atau wakil
• boleh diserah kpd pembeli ketika akad (Wujud Barang)
• keduanya tahu jenis, kadar dan sifat barang
• RUKUN JUAL BELI
3. HARGA
• barangan suci
• harga ( wang ) milik pembeli
• boleh diserahkan kpd penjual n keduanya tahu jenis mata wang
IJAB DAN QABUL
• Tidak terpisah antara waktu ijab dan qabul
• Lafaz qabul bertepatan dengan lafaz ijab
• tidak diselangi dgn perkataan lain
• tidak ditaklikkan dengan syarat atau tempoh tertentu

KHIYAR
• Khiyar dari segi bahasa : Pilihan
• Dari Itilah Syara’ : Kedua-dua belah pihak yang telah melakukan akad diberi pilihan dan berhak untuk meneruskan atau menarik balik akad jual beli tersebut.
Jenis-jenis Khiyar
• Khiyar Majlis
– Kedua-dua yang berakad berhak menarik balik akad jualbeli tersebut, walaupun akad tersebut telah sempurna, dipersetuji dan disahkan dengan syarat ia masih berada dalam majlis dan ,mereka masih belum berpisah
• Khiyar Syarat
– Apabila salah-satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan syarat bahawa dia mempunyai hak untuk membatalkan akad dalam tempoh yang tertentu. Syarat tersebut boleh dnyatan ketika memeterai akad atau selepas daripada itu tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut
– Syarat sah khiyar syarat
• Terhad kepada tempoh tertentu
• Tempoh yang ditetapkan tidak lebih tiga hari
• Tempoh mesti berturutan dan bersambung dengan akad
• Khiyar Aib
• Apabila akad jual beli telah dimeterai dan pembeli telah memperolehi barangan yang dijual tanpa mengetahui sebarang kecacatan pada barangan tersebut kemudian baru disedari kewujudan kerosakan /kecacatan barangan tersebut, maka pembeli diberikan pilihan samada merelakan kecacatan tersebut atau memulangkan kembali barangan tersebut kepada penjual dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
JUAL BELI YANG DILARANG DAN TIDAK SAH
• Menjual buah-buahan yang belum masak atau bulu haiwan yang masih belum diketam dan susu yang masih belum diperah
• Jual beli yang mengandungi unsur perjudian
• Jualan Munabazah ( campak mencampak )
• Jualan Mulamasah ( sentuh – menyentuh )
• JUAL BELI YANG DILARANG DAN TIDAK SAH
  • Jual beli benda Haram
  • barangan tidak dimiliki dgn sempurna spt jual burung di udara
  • Kontrak dua dalam satu
  • Jual beli cengkeram (Urbun )
  • Jual hutang dengan hutang
  • Menjual barangan sebelum diterima.
  • Jual beli yang berunsur Riba
JUAL BELI DILARANG TETAPI SAH
  1. Beli barang dgn tujuan menyekat org lain membeli barang tersebut
  2. Membeli barang yg sedang dibeli org lain
  3. Menyekat penjual yang sedang dlm perjalanan dgn tujuan utk membeli dgn harga murah
  4. Monopoli dalam jual beli
  5. Jual beli barang yg halal tetapi digunakan utk maksiat
  6. Melakukan penipuan
  7. Mengurangkan sukatan dan timbangan 

Wednesday, April 7, 2010

Mutiara Perniagaan

Share


Panduan perniagaan berdasarkan Al- Quran dan hadis, sebagai satu wadah perjuangan dalam kehidupan ummah telah banyak diperkatakan melalui kalamNya dan juga sunnah Rasulullah s.a.w:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (An- Nisa` :29)
“Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.” (Baqarah: 198)
“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli/perniagaan. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: ‘Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan’, dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Al Jumaah:9-11)
Rasulullah juga bersabda:
“Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti shalat, puasa, dll).” (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)
“Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan terampil (professional atau ahli). Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza wajalla.” (HR. Ahmad)
“Barangsiapa pada malam hari merasakan kelelahan dari upaya penat lelah kedua tangannya pada siang hari maka pada malam itu ia diampuni oleh Allah.” (HR. Ahmad)
“Sesungguhnya di antara dosa-dosa ada yang tidak bisa dihapus (ditebus) dengan pahala solat, sedekah atau haji namun hanya dapat ditebus dengan kesusah-payahan dalam mencari nafkah.” (HR. Ath-Thabrani)
“Sesungguhnya Allah Ta’ala senang melihat hambaNya bersusah payah (lelah) dalam mencari rezeki yang halal.” (HR. Ad-Dailami)
“Seorang yang membawa tambang lalu pergi mencari dan mengumpulkan kayu bakar lantas dibawanya ke pasar untuk dijual dan wangnya digunakan untuk mencukupi keperluan dan nafkah dirinya maka itu lebih baik dari seorang yang meminta-minta kepada orang-orang yang terkadang diberi dan kadang ditolak.” (Mutafaq’alaih/ HR Bukhari & Muslim)
“Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangan sendiri.” (HR. Bukhari)
“Apabila dibukakan bagi seseorang pintu rezeki maka hendaklah dia melestarikannya.” (HR. Al-Baihaqi)

Dalil-dalil di atas menekankan bagaimana ekonomi boleh membantu ummah melalui cara muamalah dalam perniagaan melalui panduan yang jelas dan berhikmah. Perniagaan bukan sekadar jalan untuk memperoleh kekayaan, bahkan ia adalah salah satu senjata yang harus kita sedar lebih runcing dari peluru yang membidik. Cuma ia memerlukan keberanian dan juga kebijaksanaan kita dalam meneruskan langkah yang sepatutnya.

Sunday, March 21, 2010

Ekonomi & Perniagaan

Share


Menyebut tentang perjuangan melalui ekonomi, pasti yang hadir dalam kepala minda kita adalah duit, emas dan pelbagai lagi asset yang mempunyai nilai. Namun yang lebih penting adalah bagaimana untuk mewujudkan kekayaan seperti yang kita bayangkan.
Ekonomi bergantung seberapa banyak kemampuan dan keinginan masyarakat untuk mewujudkan proses putaran permintaan dan juga kesediaan bekalan pasaran. Ketidak seimbangan di dalam proses pusingan yang berlaku akan menyebabkan wujudnya inflasi ataupun defisit terhadap ekonomi. Dan proses ini disebut sebagai perniagaan ataupun perdagangan seperti yang kita amalkan di dalam kehidupan seharian.
Perniagaan, atau perdagangan yang dalam Al-Quran disebut sebagai at-tijaroh adalah suatu bentuk kegiatan yang dalam kehidupan seharian untuk meraih rezeki dengan pelbagai cara yang halal dan bermaruah. Al-Quran banyak memberi panduan tentang perniagaan dalam beberapa ayatnya. 
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari adzab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,” (As-Saff :10-11)
Bersambung..