Ramai orang silap dalam berniaga, apabila mereka mengukur keupayaan sesebuah syarikat bergantung kepada jumlah pekerjanya mahupun rupa bentuk fizikal sesebuah syarikat. Dan natijahnya, ramai syarikat bumiputera jatuh tersungkur sebelum dapat melangkah ke anak tangga yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, sebab utama mengapa usahawan bumiputera MUFLIS setelah mereka melaburkan banyak modal termasuk wang ringgit dan titik peluh adalah kerana kos operasi yang melebihi dari jumlah pendapatan.
Maaf, saya di sini bukan menjual sebarang perniagaan MLM atau skim cepat kaya. Sila ambil tempat duduk buat mereka yang ingin belajar bagaimana untuk berniaga, ambil nafas dalam-dalam. Sekejap lagi, kita akan mengembara ke alam perniagaan.Sambung baca jika anda sudah benar-benar bersedia.
Ok, terima kasih kerana memenuhi permintaan saya. Kembali kepada topik asal.
Jika anda orang baru dalam berniaga, mahupun anda yang telah sekian lama dalam rencah perniagaan Fikirkan sejenak apa yang saya katakan, majunya syarikat atau perniagaan anda bukan terletak pada bilangan pekerja anda atau luas lantai kedai/ syarikat anda. Ingat, anda harus faham di antara ASET dan LIABILITI. Maaf, saya bukan orang ekonomi. Mari saya terangkan apa itu ASET dan LIABILITI dalam bahasa kampong saya.
Assets:
Assets are generally those possessions of an individual that have a good market value or are quite valuable. Assets are mainly classified into three types:
Current Asset- the cash is the most basic asset of any individual. The money that is being held in accounts like the checking and savings accounts is also included in the cash.
Fixed Asset- comprises of all the tangible valuable things like property, machines, equipments, land and the like that are not meant to be sold.
Intangible Asset- incorporates all the untouchable things like copyrights, patents, and trademarks etc. that have tremendous monetary significance.
Faham?! Ok, saya tahu bahasa orang kampong saya kadang-kadang agar terlalu complex. Usahlah dibuka kamus, mari saya terangkan secara mudahnya. Aset adalah apa sahaja makhluk atau benda yang mempunyai NILAI, yang ada pada anda dan memberikan pulangan/keuntungan/kebaikan. Maknanya, sekiranya dirumah anda ada sebuah kereta tetapi ia milik bapa anda. Maka ia bukan asset kerana kereta itu bukan milik anda, mudahkan cerita.
Ayuh, sekarang kita tengok pula liability. Kita sudah kehilangan banyak masa bercerita benda-benda yang sangat mudah untuk difaham oleh budak tadika sekalipun. Cepatkan minda anda menyerap bahasa ekonomi yang sangat simple, tetapi PERLU untuk difahami.
Liability:
A liability is something that takes money out of your pocket every month, weather you work or not. This is anything with monthly payments but usually a house, car, or other luxury.
Liabiliti sebenarnya simple untuk difahami, apa sahaja makhluk atau benda yang menjadi tanggungan a.k.a bebanan bagi anda dari segi financial term. Jangan pulak menganggap anak isteri itu liability, kerana mereka adalah asset anda di hari tua. Mentang-mentang belajar asset dan liability :P
Kita akan sembang lagi dalam cerita OUTSOURCE dalam perniagaan.
0 comments:
Post a Comment