Terlalu banyak ‘ter’ untuk ditulis di sini, yang paling tak disangka..adalah apabila ia membuat saya terkelu bahasa..hebat sangatkah artikel itu? Melawati kembali artikel yang sekian lama ditinggalkan, sungguh membuatku tidak menyangka..
Daun yang gugur takkan membenci angin..cuba anda search tajuk artikel ini di google, tengok berapa banyak senarai laman yang menyiarkannya. Malah, ada yang mengatakan ia sama sekali tidak dapat diedit.. rasa-rasanya artikel itu hanya sekadar ayat-ayat biasa, tak kusangka pula ia menarik minat banyak pihak. Apapun, Alhamdulillah..segala puji Tuhan yang Mencipta Sekalian Alam.
Artikel Daun yang gugur takkan membenci angin sebenarnya hanyalah analogi sebuah perjuangan. Ia mengisahkan ukhuwwah dua insan, dalam kembara perjalanan menongkah arus kehidupan. Namun, di pertengahan perjalanan salah seorang sahabat itu terpaksa mengundurkan dirinya. Setelah menyedari hadirnya hanya dianggap menghalang khusyu` perjuangan sahabatnya, dia dengan rela hati berkorban dengan memberi ruang dan laluan untuk sahabatnya.
Biarpun terluka, dia masih mampu menghadiahkan senyuman..kebahagiaan untuk sahabatnya lebih utama. Dan hanya pada Tuhan yang Mengatur Pertemuan,dia mengadu kelemahan.. selebihnya, anda boleh menghayati sendiri artikel yang ditulis tersebut.
Dalam perjuangan seorang dai`e akan hadir banyak dugaan dan rintangan..fitnah, mehnah dan tribulasi adalah ramuan kehidupan insan. Samada bersama atau sendirian, perjuangan tetap harus diteruskan..
Artikel asal ditulis di iluvislam.com, boleh lawati di sini. Sebelum ia disalin dan di copy paste oleh ramai pembaca. Anda juga diizinkan untuk share, kalau anda berminat. Kerana penulis asalnya adalah saya.. =)
Ramai orang silap dalam berniaga, apabila mereka mengukur keupayaan sesebuah syarikat bergantung kepada jumlah pekerjanya mahupun rupa bentuk fizikal sesebuah syarikat. Dan natijahnya, ramai syarikat bumiputera jatuh tersungkur sebelum dapat melangkah ke anak tangga yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, sebab utama mengapa usahawan bumiputera MUFLIS setelah mereka melaburkan banyak modal termasuk wang ringgit dan titik peluh adalah kerana kos operasi yang melebihi dari jumlah pendapatan.
Maaf, saya di sini bukan menjual sebarang perniagaan MLM atau skim cepat kaya. Sila ambil tempat duduk buat mereka yang ingin belajar bagaimana untuk berniaga, ambil nafas dalam-dalam. Sekejap lagi, kita akan mengembara ke alam perniagaan.Sambung baca jika anda sudah benar-benar bersedia.
Ok, terima kasih kerana memenuhi permintaan saya. Kembali kepada topik asal.
Jika anda orang baru dalam berniaga, mahupun anda yang telah sekian lama dalam rencah perniagaan Fikirkan sejenak apa yang saya katakan, majunya syarikat atau perniagaan anda bukan terletak pada bilangan pekerja anda atau luas lantai kedai/ syarikat anda. Ingat, anda harus faham di antara ASET dan LIABILITI. Maaf, saya bukan orang ekonomi. Mari saya terangkan apa itu ASET dan LIABILITI dalam bahasa kampong saya.
Assets:
Assets are generally those possessions of an individual that have a good market value or are quite valuable. Assets are mainly classified into three types:
Current Asset- the cash is the most basic asset of any individual. The money that is being held in accounts like the checking and savings accounts is also included in the cash.
Fixed Asset- comprises of all the tangible valuable things like property, machines, equipments, land and the like that are not meant to be sold.
Intangible Asset- incorporates all the untouchable things like copyrights, patents, and trademarks etc. that have tremendous monetary significance.
Faham?! Ok, saya tahu bahasa orang kampong saya kadang-kadang agar terlalu complex. Usahlah dibuka kamus, mari saya terangkan secara mudahnya. Aset adalah apa sahaja makhluk atau benda yang mempunyai NILAI, yang ada pada anda dan memberikan pulangan/keuntungan/kebaikan. Maknanya, sekiranya dirumah anda ada sebuah kereta tetapi ia milik bapa anda. Maka ia bukan asset kerana kereta itu bukan milik anda, mudahkan cerita.
Ayuh, sekarang kita tengok pula liability. Kita sudah kehilangan banyak masa bercerita benda-benda yang sangat mudah untuk difaham oleh budak tadika sekalipun. Cepatkan minda anda menyerap bahasa ekonomi yang sangat simple, tetapi PERLU untuk difahami.
Liability:
A liability is something that takes money out of your pocket every month, weather you work or not. This is anything with monthly payments but usually a house, car, or other luxury.
Liabiliti sebenarnya simple untuk difahami, apa sahaja makhluk atau benda yang menjadi tanggungan a.k.a bebanan bagi anda dari segi financial term. Jangan pulak menganggap anak isteri itu liability, kerana mereka adalah asset anda di hari tua. Mentang-mentang belajar asset dan liability :P
Kita akan sembang lagi dalam cerita OUTSOURCE dalam perniagaan.
Kita semua menamakan diri orang-orang Muslim, dan kita yakin Allah melimpahkan rahmatNya kepada orang-orang Muslim. Tetapi marilah kita buka mata kita dan kita lihat apakah rahmat Allah dilimpahkan kepada kita atau tidak. Apa pun yang terjadi di akhirat, itu adalah urusan nanti, tetapi yang penting marilah kita lihat kedudukan kita di dunia ini. Kita kaum Muslimin di Hindustan ini berjumlah 90 juta orang (sebelum India terbahagi menjadi India dan Pakistan) jumlah kita demikian besar sehingga bila masing-masing kita melemparkan sebuah batu, maka longgokan batu itu akan menjadi sebuah gunung.
Tetapi di negeri yang begitu banyak orang-orang Muslimnya ini, pemerintahan berada di tangan orang-orang kafir. Tengkuk kita berada dalam cengkaman tangan mereka, dan mereka memutar kepala kita ke arah mana sahaja yang mereka sukai. Padahal seharusnya kepala kita tidak kita tundukkan di depan siapa pun juga kecuali Allah, tetapi sekarang kita tunduk di hadapan manusia - manusia yang sama seperti kita juga.
Kehormatan kita yang semestinya tidak boleh dinodai oleh sesiapa pun juga, sekarang berlumuran tanah. Tangan kita yang selama ini selalu di atas sekarang berada di bawah dan menadah di hadapan orang-orang kafir. Kebodohan, kemiskinan dan hutang telah merendahkan darjat kita di mana-mana.
Apakah ini semua rahmat Allah? Apabila ini semua bukan rahmat melainkan kemurkaan, maka alangkah anehnya bahawa kita sebagai orang-orang Muslim mendapatkan kemurkaan Allah! Kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita berkubang dalam lumpur kehinaan, kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita hidup sebagai budak-budak!
Situasi seperti ini kelihatannya betul-betul tidak mungkin, seperti tidak mungkinnya suatu benda dalam waktu yang sama berwarna hitam dan putih. Bila seorang Muslim adalah seorang yang dicintai Allah, bagaimana mungkin hidup terhina di dunia ini?
Apabila kita percaya bahawa Allah bukanlah penindas dan bila kita percaya bahawa balasan kepatuhan kepada Allah tidak mungkin berupa kehinaan, maka kita semua harus mengakui bahawa ada sesuatu yang salah dalam pengakuan kita sebagai orang-orang Muslim. Walaupun dalam kad penduduk kita tercatat sebagai orang-orang Muslim, tetapi Allah tidak memberikan penilaian berdasarkan keaslian kad penduduk yang dikeluarkan oleh pemerintah.
Allah punya pejabat sendiri. Kita harus mencari dalam daftarNya untuk melihat apakah nama kita termasuk dalam kelompok hamba-hambaNya yang patuh ataukah dalam kelompok yang tidak patuh?
Allah mengirimkan KitabNya kepada kita, hingga dengan membacanya kita dapat mengenalNya dan tahu cara-cara untuk menjadi hambaNya yang patuh.
Apakah kita pernah mencuba untuk mengetahui apa yang tertulis dalam Kitab itu? Allah mengutus RasulNya kepada kita untuk mengajar kita cara menjadi seorang Muslim. Apakah kita pernah mencuba mengetahui apa yang diajarkan oleh utusanNya itu ? Allah menunjukkan kepada kita jalan untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan di dunia ini dan di
akhirat nanti.
Apakah kita sudah menuruti jalan tersebut? Allah dengan jelas memberitahukan kepada kita perbuatan-perbuatan yang bagaimana yang dapat merendahkan kedudukan manusia di dunia ini dan di akhirat nanti. Apakah perbuatanperbuatan tersebut sudah kita hindari? Jawapan apa yang dapat kita berikan kepada pertanyaan-pertanyaan ini?
Bila kita mengetahui bahawa kita tidak mempunyai pengetahuan dari Kitab Allah dan dari kehidupan UtusanNya dan tidak pula mengikuti jalan yang ditunjukkan olehNya, maka bagaimana kita boleh disebut orang-orang Muslim yang patut menerima rahmatNya? Pahala yang kita perolehi adalah sebanding dengan darjat kita sebagai Muslim, dan kita akan memperoleh balasan yang seperti itu pula diakhirat nanti.
Sekadar hiasan
Saya telah menyatakan sebelumnya bahawa secara mutlak tidak ada perbezaan antara seorang Muslim dengan seorang kafir, kecuali dalam masalah pengetahuan dan perbuatan. Apabila pengetahuan dan perbuatan seseorang sama dengan pengetahuan seorang kafir, sedangkan dia menyebut dirinya seorang Muslim, maka ucapannya itu adalah dusta yang tidak tahu malu. Seorang kafir tidak suka membaca al-Qur'an dan tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya.
Apabila seseorang yang mengaku Muslim keadaannya juga demikian, bagaimana ia dapat disebut seorang Muslim? Seorang kafir tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw dan jalan lurus yang telah ditunjukkannya untuk menuju kepada Allah. Apabila seorang yang mengaku dirinya
Muslim sama bodohnya seperti ini, bagaimana ia boleh disebut seorang Muslim?
Seorang kafir hanya mengikuti kemahuannya sendiri, bukan perintah Allah. Apabila seorang yang mengaku Muslim sama seperti ini, keras-kepala, dan hanya mengikuti fikiran dan pendapatnya sendiri, mengacuhkan Allah, dan menghamba kepada kemahuannya sendiri, maka bagaimana ia mempunyai hak untuk menyebut dirinya seorang Muslim (hamba Allah yang patuh)? Seorang kafir tidak membezakan antara yang halal dan yang haram, dan mengambil apa sahaja yang menguntungkan dan menyenangkan baginya, tanpa mempedulikan apakah itu halal atau haram dalam pandangan Allah.
Apabila seorang yang menyebut dirinya Muslim tingkah-lakunya sama dengan seorang yang bukan
Muslim, apa bezanya dia dengan seorang kafir? Ringkasannya, apabila pengetahuan seorang Muslim tentang Islam sama bodohnya dengan pengetahuan seorang kafir tentang Islam, dan ia (Muslim) melakukan perbuatan-perbuatan yang dilakukan seorang kafir, maka bagaimana ia dapat dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada seorang kafir? Atau bukankah hal ini sama dengan perbuatan seorang kafir? Ini adalah masalah yang harus kita renungkan dalam keadaan yang tenang.
"Allah!
None has the right to be worshipped but He, the Ever Living, the One Who
sustains and protecs all the exists. It is Who has sent down the Book (Al
Quran) to you with the truth, confirming what came before it, and He sent
down the Taurat (Torah) & the Injil (Gospel)."(Surah Ali
Imran: 2-3) "And We have
sent down to you the Book (Al Quran)as an exposition of everything,
have submitted themselves (to Allah as Muslims)." (Surah
an-Nahl: 89)
.:Sekadar Renungan:.
"Sewajarnya bagi seorang Hamilul (penghafaz) Quran mengetahui malamnya (memeliharanya) di masa manusia sedang tidur, siangnya di masa manusia sedang berbuka, kedukaannya di kala manusia sedang bersukaria, tangisnya di kala manusia sedang bergelak ketawa, diamnya di kala manusia sedang berbual dan khusyu`nya di kala manusia sedang bermegah-megah"
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas`ud daripada Nabi Muhammad S.A.W
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh
Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته
محصورة؛ هو راع في ...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...