Seindah KalamNya

HakCipta@Me

Share


Penulis blog ini merupakan seorang perancang bandar, bekerja di sebuah firma di Puchong. Juga merupakan bekas pelajar Fakulti Senibina, Universiti Islam Antarabangsa, lulusan awal di sebuah Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong,Kelantan. Susur galur hidupnya terlalu ‘simple’ untuk diceritakan, menceburi ruang penulisan blog untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang sedia ada.

Berada di ruang lingkup perancangan bandar, mencelikkan segala indera keupayaan untuk turut sama berkongsi tentang realiti pembangunan fizikal, fiscal,social dan spiritual ummah di tanah air. Kelahiran golongan celik pandai telah mengubah hampir keseluruhan landskap pembangunan Negara, termasuk politik, ekonomi dan juga sosial bangsa. 

Banyak informasi yang menarik untuk dicelotehkan bersama di ruang lingkup pembangunan bangsa, dan juga sekadar berkongsi ceritera kisah perjalanan ‘hamba’ dan kerenah manusia sekeliling. Apapun segala kandungan blog ini hanyalah sekadar pandangan peribadi penulis semata-mata,  tidak ada kena mengena dengan mana-mana makhluk ciptaan yang lain. >_<

Apapun, sebarang komen, cadangan mahupun kritikan boleh dialamatkan ke emel: wamida@yahoo.com