Seindah KalamNya

Wednesday, January 2, 2013

Bulan madu bertamu lagi. Ahlan 2013

Share

Bismillahirrahmani Rahim..selamat tahun baru 2013 Masihi buat semua..Sudah agak lama tidak ada mempunyai ruang dan kesempatan untuk mengupdate tulisan di sini. Setelah berjalan bersama family menjejaki kaki Gunung Kinabalu,makan seafood dan ikan bakar segar di pasar Filipina yang kebetulan terletak di depan Hotel kami, Le Meridien. Kemudian pulang dari Sabah menghadiri Hari Keluarga di Tasik Kenyir Resort. Aktiviti yang padat bersama keluarga, Alhamdulillah akhirnya kembali ke UTM menghabiskan langkahan yang bersisa.[dh abis berseronok]

Pulang sahaja dari Kenyir, saya dihambat kesibukan yang teramat untuk menyiapkan draft kedua thesis. Berhempas pulas beberapa hari akhirnya nafas lega mampu dihembuskan. Alhamdulillah siap jua tugasan sukar itu. Kini hanya beberapa assignment yang menanti untuk dihantar, kebanyakannya Alhamdulillah sudah disiapkan.

Cuma menanti tarikh exam pada 9Jan,walau hanya satu paper tetap ia suatu penantian yang membosankan. [huhu]. Dan ada satu lagi, pembentangan atau viva untuk thesis pada 15Jan. [Insya Allah]. Kemudian tamatlah larian saya untuk master, menyudahkan larian pantas dalam dua sem. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Yang Maha Penyayang.

Sementara penantian itu, hari ini saya terkejar-kejar untuk menyelesaikan masalah application untuk PHD. [Eh dah PHD, ops] . Rupanya saya sudah terlambat menghantar borang untuk kemasukan Feb, namun di atas kebaikan budi dan hati pihak pengurusan UTM mereka membenarkan untuk menerima boring dengan bersyarat. Harusnya saya melampirkan satu surat rasmi daripada supervisor PHD yang juga supervisor saya untuk master.


Alhamdulillah, sememangnya supervisor saya juga sangat baik dan sangat membantu. Walaupun dia terpaksa memilih pengambilan studentnya kali ini kerana beliau mempunyai kesibukan terhadap komitmen lain. Namun beliau masih membuka tangan untuk terus mencurahkan saya ilmu dan tunjuk ajarnya, katanya beliau melihat potensi dalam diri saya yang beliau ingin gilap. Dan beliau nampak sy outstanding dan indepent ketika membuat research master. [tersangatlah perasan saya ketika dikata sebegitu. Hehe] Dan beliau mengharapkan saya akan mampu menyambung tugasnya sebagai seorang murabbi.[Insya Allah.]

Dan saya, walaupun sudah dua tawaran PHD di oversea saya terima. Pertama dari National University of Ireland dan satu lagi dari Institute of Transport Leeds,UK [conditional offer] nampaknya masih dalam isktikharah. Namun saya tidak juga lupa untuk meminta dalam negara, dan satu-satunya yang ada untuk course seperti saya adalah UTM.   Kerana bonda saya seakan berat untuk mengizinkan saya ke luar negara seorang diri, apa lagi untuk PHD yang memakan masa yang agak lama.

Memahami tanggungjawab terhadap bonda dan cita-cita saya, kemungkinan besar saya akan terus di sini. Menyambung langkahan di UTM, kerana tujuan saya meninggalkan dunia pekerjaan sebelum ini adalah kerana Al Quran di dada yang dipisahkan dengan kesibukan dunia. Dan saya memilih untuk membuang kehidupan yang menyenangkan dan mengambil jalan sukar untuk bersama Al Quran. Maka belajar adalah tempoh bulan madu yang baik, saya dan dia tidak diganggu sesiapa. [Alhamdulillah].

Doa saya lalu untuk meminta setahun agar boleh bersama Al Quran, rupanya dimakbulkan dan diberi lagi tempoh 3/4 tahun untuk ke peringkat lebih tinggi. Maha Suci Tuhanku Yang Maha Penyayang. [Syukran lillah]. Dan episode seterusnya, hanya DIA lah Yang Maha Mengetahui.
Dan doakan saya untuk sem ni sekali lagi 4.0 flat. =) Amin. Doa untuk kamu juga, semoga terus cemerlang dan diberkatiNya selama masa kehidupan.