Bismillahir Rahmani Rahim..tarikh 7 Rejab 1432 bersamaan 14 june 2011 adalah hari paling bersejarah dalam hidup saya. Sebagai seorang biasa, yang hidup biasa-biasa dan beramalan biasa.Seseorang yang sentiasa saya nanti-nantikan, yang setiap kali sujud terakhir akan ada airmata mengalir di pipi mengadu kelemahan sebagai seorang hamba dan kerinduan seorang ummat.
Mimpi ini saya alami sewaktu saya baring sementara menanti masuk dhuha sebelum ke pejabat, merebahkan badan di pembaringan seketika sambil tangan bermain butiran tasbih dan mulut mengamit selawat. Itu kebiasaan yang saya sebatikan dalam diri saya sejak beberapa ketika, dalam apa jua keadaan saya akan sentiasa memastikan selawat terus menjadi peneman. Sungguh, saya merindukan Baginda.
Entah waktu mana saya terlelap.Saya bermimpi saya dibawa oleh sesorang,di dalam satu tempat yang sekelilingnya putih bercahaya dan dibawa ke suatu tempat orang sedang berhalaqah (ada seseorang sedang memberi tazkirah). Sampai di sana, ada tiga orang di situ. Dua orang bercakap sesuatu, tapi saya tidak faham. Kemudian orang yang bawa saya cakap, " Masuk2, Rasulullah sudah lama menunggu." Saya terkedu. Rasulullah s.a.w?Muhammad Bin Abdullah Habibullah?
Saya tengok yang paling tengah senyum,dia pelawa masuk seolah-olah sudah kenal lama.Muka dia bercahaya, wajahnya tampan dari mana-mana lelaki yang pernah saya lihat. Yang paling saya ingat,di antara keningnya semacam agak keputihan (tak tahu sebab uban atau benda lain), tp rambut dia hitam tanpa ada sebarang alas (kopiah atau serban). Senyumnya amat manis, dan wajahnya sentiasa dihiasi senyuman. Mukanya bukan seperti arab biasa, bukan melayu, bukan juga western tetapi lebih kpd mixed(campuran).
Saya bersalam, cium tangannya. Kemudian tiba-tiba diburu rasa sangat terharu,saya sebak. Kesempatan yang ada saya merebahkan badan ke ribaan Baginda, saya menangis terharu sebab terlalu gembira. Dua sahabat di sebelahnya mengusap dahi saya sewaktu saya menangis. Dan mereka mengatakan sesuatu yang bukan dalam Arab biasa. Nyata saya tidak dapat memahami.Kemudian Rasululullah mengambil sebiji kurma, Baginda kunyah dalam mulut Baginda. Dan diluah dan disuap dalam mulut saya. Subhannallah..
Waktu itu suara saya seakan teresak, sebak di dada, kegembiraan yang tak terhingga membuatkan suara seakan tidak terkeluar melainkan sendu kedengaran.Dan saya bertanya berulangkali untuk mendapatkan kepastian " Anta Rasulallah?" (Adakah dirimu Rasulullah?)..walaupun suara tersekat-sekat, tapi Baginda seakan memahami. Rasulullah menganggukkan kepalanya dan tersenyum..tapi saya belum berpuas hati, saya tanya lagi..sehinggalah terjaga dari tidur..Dengan mulut masih tersebut berulang kali "Anta Rasulallah?"

Dan saya tersedar, meraba pipi saya yang ternyata basah dgn dilimpahi airmata sebab menangis dalam mimpi, tetapi kurma tiada di dalam mulut..Cuma saya merasakan mulut saya tidak sepahit biasa, seolah-olah baru sudah memakan sesuatu. Subhannallah, jauh saya termenung. Beristighfar dan bertahmid berkali-kali. Lantas tangan menaip mesej untuk kakak saya, saya tahu dia kemungkinan sedang berada di dalam kelas kerana mengajar. Sekadar mesej untuk mendapat kepastian.
Kemudian saya bangun, sambil termenung. Adakah lelaki tadi benar-benar Rasulullah s.a.w yang dirindui selama ini. Saya rasa seolah-olah mimpi tadi bukan mimpi, seolah-olah saya di alam sedar. Cuma sedikit keliru, dan saya benar-benar menangis. Walaupun saya diperkenalkan di dalam mimpi itulah Rasulullah, tetapi hati masih inginkan pengakuan darinya. Tidak cukup sekadar melihat senyuman dan anggukan kepalanya. Tidak puas rasanya melihat wajahnya.
Saya catitkan di sini bukan untuk berbangga, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi saya ingin patrikan pada sejarah hidup saya, orang yang saya rindui telah menampakkan wajahnya. Suapan kurma darinya membuat saya terharu, pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Dan tidak ada guna juga untuk saya menipu atau mereka-reka cerita dengan nama Baginda Muhammad Bin Abdullah s.a.w.
Mimpi itu berlaku sekitar jam 8.00 a.m ke 8.15 a.m tadi, kerana saya terbangun sewaktu jam di angka 8.15. Bangun sahaja dari mimpi, saya mengambil wuduk. Menyambung dhuha yang belum terlunas, dan melakukan lagi sujud syukur. Walaupun dalam mimpi tadi saya sudah melakukan sujud syukur, namun apa salahnya saya terus menjadi hamba bersyukur.
Saya lelaki biasa, pemuda yang sederhana.. Tiada apa yang istimewa tentang saya, sering difitnah dan diuji dalam pelbagai bentuk.Dibenci dan dihina, itu lumrah dunia. Saya lelaki yang amalnya masih terasa sangat kurang berbanding mereka di luar sana, dan saya lelaki yang tidak pandai untuk bermuka-muka. Dan saya hanya ummat biasa dalam berjuta, sering merintih adakah saya dikenali oleh Baginda. Dan saya pemuda yang bersumpah dengan umur saya, akan saya wakafkan untuk agamaNya. Dan saya pemuda yang sentiasa rasa tidak sempurna, berjalan dalam musafir hidup untuk meneruskan perjalanan kehambaan. Dan saya yakin kemurahan Yang Maha Esa, doa hamba tidak sekali dibiarkan sepi.
Dan saya, masih lagi merindukan Baginda. Kerinduan berganda-ganda sejak melihat wajahnya..Ya Allah, pertemukanlah lagi aku dengan kekasihMU..Saya yakin kehadiran Baginda kerana memberi alamat terhadap satu janji saya, janji yang sering saya ucapkan di setiap kali rintihan solat..Insya Allah Ya Rasulullah, akan kukotakan janjiku. Dan suapan kurma dari mulutmu ke bibirku, pasti ada makna yang bakal berlaku..aku menantikan saatnya!