Seindah KalamNya

Tuesday, October 29, 2013

Kedoktoran: Tribute untuk Anakku.

Share



Bismillahirahmani Rahim. Sudah hampir 3 bulan tidak menyinggahi dan mengemaskini blog ini, meskipun saya sudah mempunyai blog baru yang lebih ke arah akademik dan berinfo. Tidak lagi merapu seperti di blog ini, meskipun begitu saya masih rindu untuk merapu di sini. Kalu bercerita tanpa seloka, pasti itu bukan saya. [hee]

http://thewalkingquran.blogspot.com/       [boleh singgah melawat, masih dalam pembikinan].

Merapati di penghujung October ini, terlalu banyak cerita duka yang menyebabkan saya kepenatan. [Penat dari dalam jiwa]. Barangkali hampir patah semangat, namun digagahkan juga untuk bergerak walaupun terpaksa mengheret badan dari satu tapak ke tapak yang baru. Study, financial, personal matters, dan kerjaya sebagai pensyarah membuat jiwa saya kelelahan.

Beberapa kali terpaksa membuat talian hayat, menagih motivasi dari bonda dan sahabat2 yang masih wujud memberi semangat untuk menongkah perjalanan sukar ini. Perjalanan kedoktoran ini bukan satu laluan mudah, liku demi liku dan jatuh demi jatuh diterima dengan penuh redha.

Sehingga satu waktu, hati kecil ini sudah terlalu rasi untuk menelan kepahitan. Sehingga bisa-bisa perjuangan menjadi biasa, sudah lali barangkali. Saat seperti itu, jiwa ini bagai mengalukan sahaja ujian dan dugaan yang bertali arus. Tamrin dan tarbiah kehidupan yang tidak mungkin dijumpai di ceruk-ceruk kuliah, yang benar-benar mengajar erti pasrah dan tawakal pada Yang Maha Esa.

Terasa segenap rongga hati sudah berlubang dan tebal, ditikam onak-onak dan duri-duri masalah dan ujian kehidupan. Sudah mati segala deria, untuk menangis dan mengeluh terhadap apa yang berlaku. Satu persatu ujian bertandang, setiap itu airmata merembes dalam senyuman. Kukuh di mata manusia, kalah di saat sujud di hadapan Yang Esa. [Allah..Allah]

Jika tidak niat ini kerana untuk kepentingan agama dan bangsa, pasti sudah lama mengalah dan berhenti menyoroti liku-liku kedoktoran. Jika tidak kerana memikul amanah dan harapan mereka yang sentiasa memberi semangat, pasti sudah tersungkur sejak di permulaan.

“ Ini dunia wahai anakku..ruang lelah dan payah, tempat berjuang dan terbuang..kembara ini adalah hadiah untukmu, memodelkan aku sebagai petanda aras untuk kau ikuti bersama bangsamu..perjalanan yang sukar ini aku tulis satu persatu, untukmu mengambil iktibar dan pedoman di masa akan datang.

Sebelum aku menjadi seorang bapa, aku adalah seorang anak pada ibu dan ayahku..yang pernah menyimpan hasrat seperti hasratku kepadamu, cuma bezanya aku melalui dulu perjalanan ini untuk kau ikuti..agar mendaki lebih tinggi atau mencipta yang lebih baik.

Aku mengorbankan sebahagian hayatku untuk memastikan engkau mendapat yang terbaik, meninggalkan sebahagian besar cita-citaku demi sebuah generasi. Aku menulis ketika engkau masih belum wujud, malah sebelum aku masih belum mengenal siapa ibumu. Tapi aku sedar, untuk sebuah generasi ia bermula dengan seorang individu seperti aku.

Lalu aku berubah, memikul setiap amanah-amanah generasi yang sepatutnya dilunaskan oleh generasi sebelumku. Sehingga satu waktu, akan kuserahkan baton perjuangan ini padamu nanti untuk kau teruskan. Melalui perjalanan yang serba fakir, aku menapak satu persatu sehingga seluruh debu-debu perjuangan menyapaku. Melalui daerah demi daerah mengutip butir-butir tarbiyyah, untuk memastikan aku memenuhi segala syarat untuk sebuah matlamat. Sehingga aku terasa kelelahan kerana peritnya perjalanan seperti ini.

Aku berjuang kerana cintanya aku pada agama dan bangsaku, yang menagih perubahan dalam sebuah system. Kerana cinta ini aku memerlukan kamu dan bangsamu, menjadi yang lebih baik. Dan aku sedar ia sebenarnya bermula dengan diriku.”

Sebuah janji dan hasrat untuk dilunasi, sebelum memegang tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada seseorang  [yang entah siapa orangnya]. Pencarian demi pencarian bagi memastikan ia selari dengan matlamat perjuangan dan langkah kehidupan. Mengharuskan untuk lebih memilih dan berhati-hati dalam mencari teman perjalanan.

Kedoktoran. Sebuah daerah sakit dan perit, daerah untuk memutuskan segala saraf otak di benak minda..memecahkan segala kemungkinan dan membenamkan segala ketakutan dan igauan. Perlu untuk bangkit dan melupakan segala kesakitan seolah-olah ia tidak pernah berlaku. Walaupun sedar ia hanyalah lakonan.

In life, there's a price for everything u want. Things that you should let it go, things that you should forget, and things that you should give to others and keep none for you. 

There's time you must close your eyes, and learn to forget even in hard way. Time that you must said "i'm okay" when you are not, and learn how to smile. Time you should tell yourself to move on while your still want to stick with it.

This is LIFE. And i'm walking on its path. 
 
M.S Wan
Doctor of Philosophy, 2013
Malaysia.