Seindah KalamNya

Tuesday, December 28, 2010

Daun Yang Gugur Takkan Membenci Angin

Share


Terkejut..terkesima..ter..ter..
Terlalu banyak ‘ter’ untuk ditulis di sini, yang paling tak disangka..adalah apabila ia membuat saya terkelu bahasa..hebat sangatkah artikel itu? Melawati kembali artikel yang sekian lama ditinggalkan, sungguh membuatku tidak menyangka..

Daun yang gugur takkan membenci angin..cuba anda search tajuk artikel ini di google, tengok berapa banyak senarai laman yang menyiarkannya. Malah, ada yang mengatakan ia sama sekali tidak dapat diedit.. rasa-rasanya artikel itu hanya sekadar ayat-ayat biasa, tak kusangka pula ia menarik minat banyak pihak. Apapun, Alhamdulillah..segala puji Tuhan yang Mencipta Sekalian Alam.
Artikel Daun yang gugur takkan membenci angin sebenarnya hanyalah analogi sebuah perjuangan. Ia mengisahkan ukhuwwah dua insan, dalam kembara perjalanan menongkah arus kehidupan. Namun, di pertengahan perjalanan salah seorang sahabat itu terpaksa mengundurkan dirinya. Setelah menyedari hadirnya hanya dianggap menghalang khusyu`  perjuangan sahabatnya, dia dengan rela hati berkorban dengan memberi ruang dan laluan untuk sahabatnya.

Biarpun terluka, dia masih mampu menghadiahkan senyuman..kebahagiaan untuk sahabatnya lebih utama. Dan hanya pada Tuhan yang Mengatur Pertemuan,dia mengadu kelemahan.. selebihnya, anda boleh menghayati sendiri artikel yang ditulis tersebut.
 Dalam perjuangan seorang dai`e akan hadir banyak dugaan dan rintangan..fitnah, mehnah dan tribulasi adalah ramuan kehidupan insan. Samada bersama atau sendirian, perjuangan tetap harus diteruskan..
Artikel asal ditulis di iluvislam.com, boleh lawati di sini. Sebelum ia disalin dan di copy paste oleh ramai pembaca. Anda juga diizinkan untuk share, kalau anda berminat. Kerana penulis asalnya adalah saya.. =) 
Pena: Fahim Mumtaz

0 comments: