Seindah KalamNya

Wednesday, July 27, 2011

U-turn

Share

Bismillahi Rahmanirrahim..agak berhabuk blog kuning emas ini setelah beberapa ketika saya menyepikan diri. Kesibukan adalah alasan biasa..tetapi kesibukan hanyalah 30% penyumbang kepada terhentinya saya di sini, sebab besarnya adalah angin dalam hati serasa terlalu lemah bertiup. Maka semangat untuk mengupdate blog pun hilang..
Not future, already being a Town Planner =)

Perjalanan beberapa ketika ini, masih tegak mengemudi ke destinasi impian dan visi kehidupan..Bergelar perancang Bandar dan benar-benar beramal sebagai perancang Bandar di sebuah konsultan, benar-benar menggandakan masa dan pengorbanan yang perlu saya lakukan.

Pengembaraan mencari diri sendiri kian terang, menjawab persoalan siapa sebenarnya saya dan apakah yang seterusnya. Di antara kesibukan dunia memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhannya. Laluan yang terpampang sebenarnya bukan menjangka perjalanan yang seterusnya, tetapi ia adalah U-turn kepada laluan sebelum ini yang menjadikan siapa saya sehingga hari ini. Laluan itulah yang sebenarnya memberi makna dan erti sebuah kehidupan.

Al Quran lusuh di meja itu saya kucupi kembali, di dalamnya terselit surat-surat cinta. Di atasnya juga pelan lakar kehidupan yang sebenar, kini ia sudah menjadi peneman ke mana sahaja saya bergerak seperti mana ia pernah menemani sewaktu ketika itu. Saya sebaris di meja Tan sri dan dato`-dato` di dalam sebuah kumpulan, sekalipun mereka berlainan agama dan bangsa.

Pertama kali mereka melihat saya, ada sedikit pandangan yang kurang enak saya terima. Mungkin wajah dan penampilan yang saya pamerkan, saya lebih layak duduk mengajar kitab di sekolah pondok. Namun saya buktikan kepada mereka, saya mampu memberi saingan yang lebih hebat dalam pertukaran idea dan  memberi hujahan yang konstruktif. Masa yang berjalan membuktikan saya berjaya membawa mereka ke sudut perspektif yang berbeza dalam melihat seorang Muslim yang bekerjaya.

Memasuki alam berkarier merupakan satu fasa perjuangan sebenar, samada kita gagal atau tidak dalam menterjemahkan ilmu dan pengetahuan yang kita timba ke dalam ruang lingkup kehidupan sebenar. Tiada lagi bimbingan dan latihan yang diberikan, ia adalah ruang untuk mempersembahkan yang terbaik. Namun mengimbangi kejayaan dunia dan akhirat, istiqamah dan mujahadah yang tinggi amat didahagakan. Selain ia menelan pengorbanan besar, dalam melupakan dan menghilangkan halangan yang mengganggu perjalanan sewaktu kaki menapak ke hadapan.

Perkataan Hafiz Professional, itulah perkataan yang membuat sesiapa sahaja yang tahu bangga untuk merebutnya. Namun sesudah dipakaikan pada diri sendiri, ia sebenarnya adalah tanggungjawab sukar untuk dilaksanakan. Memahami kehidupan bukan sekadar tempat untuk mengumpul dan menghimpun kemewahan, ia adalah tempat untuk dilabakan maaruf pada perjuangan mengila`kan deen pada tempatnya.

Setiap muslim yang mengetahui misi kehidupan, akan terus gagah berjuang untuk hidup di waktu mentari menambahkan bahangnya. Dan akan tunduk merunduk  kelemahan di ruang sujudnya di waktu kelam malam menyakitkan sendi tulang dengan sejuk yang menikam.


Untuk mengetahui apa yang seterusnya dalam kehidupan, renungilah siapa sebenarnya diri yang wujud ketika ini, kerana di setiap sangkar persoalan akan ada kunci jawapannya.




0 comments: