Seindah KalamNya

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan: Suka Duka

Share


Subhanallah..sedar tak sedar rupanya sudah lama saya tidak mengupdate blog. Saban hari menghadap pelan dan lukisan arkitek dan engineer membuat saya benar-benar muak  yang teramat mengejar submission sebelum cuti Hari Raya, namun kehadiran Ramadhan benar-benar mengubat keluhan dan sesak di dada.

Maaf la andai msj mahupun kol sukar dijawab, memandangkan siang saya sibuk di ofis. Malam semestinya saya tidur seketika sebelum bangun menghadapNYA,waktu itu handset pun saya bukak baterinya. Bukan kerana gangguan msj mahupun kol, tetapi gangguan alarm memang membingitkan telinga. 

Suka duka Ramadhan, banyak yang boleh ditulis jika mahu. Namun suka duka eloknya disimpan dan diluahkan pada Tuhan, benar DIA Maha Mendengar. Ketika saya menghadapi satu masalah yang memyebabkan sukar untuk diperkatakan, saya mengadu kerisauan dan kebimbangan padaNYA. Namun selang beberapa ketika dalam hari-hari Ramadhan, rupanya DIA menguatkan saya dan yang berkenaan untuk menerimanya dengan hati tabah.

Sungguh ujian sebenarnya menduga kita, saat keimanan kita ucapkan CINTA padanNYA. DIA hadirkan ujian agar kita sedar di mana tahap kita sebenarnya. Dan saya mengalami beberapa proses ujian demi ujian yang menimpa, dan hikmah ujian menerbitkan keajaiban demi keajaiban dalam kehidupan.

Keajaiban yang berlaku membawa saya senang untuk bangun menunaikan hak sebagai hamba di malam hari, di kala siang hari saya agak sibuk dengan dunia yang sementara. Mengingatkan hari-hari yang berbaki hanya beberapa ketika cuma, Ramadhan kali ini memang membawa makna.

Dan kesedihan untuk berpisah dengannya makin terasa, bagaimana hari-hari yang bakal dilalui tanpanya nanti..dugaan dan cabaran yang membadai, moga Allah kuatkan langkah hamba yang menuju kepadaNya. Ujian hanya seketika, sakita hanya sementara, namun sabar yang sebentar dibalas redha selamanya. Dan tiada sebab untuk bersedih dengan dunia.

0 comments: