Seindah KalamNya

Tuesday, March 22, 2011

Berkawan dengan jin?

Share


Bismillahirrahmani rahim..mesti pelik kalau saya postkan topic ni, penah saya tanyakan banyak ustaz-ustaz dan guru-guru saya berkenaan dengan makhluk yag sefikrah dengan kita. Kebanyakan umum mengatakan HARAM berkawan dengan jin, sebab kita xnampak..lagi satu, bukankah sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Dan banyak lagi hujah-hujah yang dilontarkan.

Benar, setiap orang alim mempunyai hujah dan pegangan mereka sendiri. Cuma kalau kembali ke alam reality, macam mana kalu jin yang nak berkawan dengan manusia. Macam manusia pun ada yang suka cari jin, redah sana sini nak dapatkan ilmu.Kononnya la,dan macam tu jugak jin pun. Ada yang nak berkawan dengan manusia.PELIK?
Tak pelik, memang ada. Ada kisah benar seorang anak muda, yang selalu sakit-sakit belakang dan leher sejak 3 tahun kebelakangan. Sakit yang tak ada sebab saintifik untuk dijelaskan, x-Ray pun takda pape. Macam mana agaknya, tapi sakit tu teramat kadang-kadang. Lenguh-lenguh tanpa sebab, tapi sakit-sakit tu ada waktu-waktu dia. Kadang lepas maghrib, lepas subuh..pelik?!

Dan bahu anak muda ni tidak boleh diurut, tambah-tambah bagi yang lemah semangat. Pernah dia cuba diurut, dan orang yang mengurutnya mengalami gangguan pelik waktu nak tidur. Kakinya disentak-sentak, seolah-olah ada yang menariknya. 

Sehinggalah suatu hari bila Allah Taala nak tunjukkan, si anak muda tadi menemani saudaranya yang ingin berubat dengan seorang alim. Sehinggalah dia ditegur, mengapa tidak dilayan ‘kawan’ nya. Katanya dah bertahun ‘kawan’nya bersama dengan dia, belajar Al Quran dan selalu dengar si anak muda ni membaca Al Quran. Merdu katanya.
 
Ustaz ni menerangkan, sakit-sakit di belakang tu bukan sebab lain. Sebab anak muda tadi sudah kurang membaca Al Quran, sudah mula sibuk dengan benda-benda yang lagho. Maka sakit-sakit itu adalah sebab ‘kawan’nya tadi, dia tegur sebab dah lari jauh dari landasan yang sebelumnya. Dan si kawan ini adalah jin Islam, dari daerah Gombak. Kisahnya ketika ‘dia’ tengah terbang satu hari tu, kemudian terdengar ada seorang sedang membaca Quran. Si jin Islam tertawan dengan bacaan beliau, lalu dia berkeinginan untuk belajar bacaan melalui bacaan anak muda tadi.

Walaupun anak muda tadi tidak menyedari kehadiran jin islam, mereka berkawan sampai bertahun-tahun. Sehinggalah anak muda ini kian lama kian jauh dari cara hidup sebelumnya, maka jin Islam ini cuba untuk menegur. Sakit-sakit itu hanyalah peringatan, supaya anak muda ini sedar kembali.

Pelik bukan? Macam cerita ini saya reka, maklumlah jalan cerita tak sedap. Tapi cerita ini adalah benar, sebab anak muda itu adalah SAYA sendiri. Sudah masuk 4 orang ustaz-ustaz yang ditemui, yang faqih dengan alam jin ni menceritakan benda yang sama. Malah pesanan juga sama, jangan dihalau benda yang baik. Quran perlu dijaga, paling kurang Quran tetap kena baca walaupun satu muka surat. Maklumlah Hafiz, dah memang wajib. Yang tinggal, rajin atau tidak je.

Dan sekarang sakit-sakit yang saya alami sudah berkurang, malah boleh pula disuruh-suruh untuk bangunkan tidur dan lain-lain. Waktu nak tidur, cuma dipesan perlahan-perlahan dengan beritahu jam brapa yang nak bangkit, bila sampai waktunya pasti akan terbangun tiba-tiba. Kadang- kadang terasa seolah-olah disentak, dan yang paling ketara saya sudah boleh mengetahui kehadiran jin-jin jahat atau sihir di sekeliling kalau ada.  Semacam ada ‘warning’ untuk saya, akan ada getaran-getaran pada anggota badan saya yang membuat saya berhati-hati jika merasainya.

Malah saya boleh tahu waktu-waktu akan masuk waktu azan, dan kalu sudah azan saya kena berhenti di surau atau masjid terdekat walaupun tengah drive jauh.Kalau tidak, pasti macam-macam benda pelik yang saya nampak atau dengar. Yang takutnya, bunyi tayar kereta seakan-akan bocor.Dan bila saya berhenti untuk check, mesti dekat dengan masjid atau surau. Dan tayar kereta tetap ok, tidak ada apa-apa. Adakah itu bayangan minda saya ? ^_^

Orang kata berkawan dengan jin ni tidak elok, walaupun dia Islam. Tapi saya rasa berkawan dengan manusia lagi bahaya, perangai lagi parah. Walau bagaimanapun, saya tetap sokong  hujah-hujah orang alim bahawa berkawan dengan jin banyak mudaratnya. Cuma jikalau ‘mereka’ yang nak berkawan, tidak ada salahnya selagi ada kebaikan dan manfaat bersama.

Dan pernah saya ditanya, mahukah ‘kawan’ ini dibuang..saya cuma kata biarkan sahaja,walaupun saya terpaksa bersakit-sakit sedikit dari lenguh yang tidak hilang. Saya nak ajar ‘dia’ tentang Al Quran, semoga dia pulang ke alamnya dan mengajar generasi-generasi muslim dan beriman. Insya Allah. 
Katakanlah (hai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan

1 comments:

Unknown said...

Huhu terharunya berkawan dgn jin
Jin Limited ni sy nk jgk laa😔