Salam 1 Muharam..rupanya kita sudah memasuki tahun 1435
Hijri. Guess what? Today on this year I’m 27 already.. [He He].Born in 1408 and
now reaching in year 1435. But still in Masihi, I’m just passed few months of
25. 2 years difference from Hijri-Masihi. Yet as muslim,we do look upon Hijri
calendar.
Orang duk panggil adik lagi..tp upenye dh 27..:P |
Eh, manglish. [Sori]. Alhamdulillah, sudah di ambang 27
tahun. Mengapa 27 tahun itu penting.. sebenarnya ada cerita, 4/5 tahun lepas
saya diingatkan oleh 3orang ustaz yang berbeza..yang tidak mengenali satu sama
lain, tetapi mempunyai kelebihan naluri yang tajam.. Waktu itu saya sebenarnya
mendapatkan rawatan kerana sedang sakit, mereka mengingatkan supaya saya usah
risau pasal jodoh. Kerana saya tidak akan berkahwin melainkan apabila umur
mencecah 27.
Mulanya saya enggan menerima, dan masih enggan menerima
kenyataan. Tetapi 4/5 tahun saya cuba
merapati pintu perkahwinan, nyata saya gagal. Samada saya menolak atau saya
ditolak. Itu biasa. Sehingga semalam, apabila lewat pulang dari masjid usai solat
maghrib utk doa akhir tahun dan awal tahun barulah peringatan dari ustaz-ustaz
ini menerjah ke kotak ingatan saya.
Cuma masih menjadi teka teki, samada ia 27 dalam Masihi atau
Hijri. Cuma melihat pada keadaan dan suasana saya sekarang, besar kemungkinan
saya akan menutup era bujang pada usia Hijri ini. Kalu sudah jodoh, calon akan
datang memberi salam. Itu tidak
merisaukan, yang penting keadaan saya sudah mengizinkan untuk saya menamatkan
zaman bujang. Samada dari segi financial, sedikit ilmu dan juga persediaan kehidupan
sudah memberi ruang.
Tarbiah kehidupan sudah menyediakan saya untuk menjadi
seorang suami dan seorang ayah yang cuba untuk memberikan yang terbaik. Cuma
tunggu masa, saya akan umum siapa calon yang di hujung sana berjaya mengetuk
pintu hati buat saat-saat terakhir. Dan waktu itu, insya Allah undangan beserta
kad akan tiba.[jeng..jeng]
0 comments:
Post a Comment