Seindah KalamNya

Tuesday, March 29, 2011

Menung di hujung senja..

Share


Bismillahirrahmanir Rahim..segala puji Tuhan sekalian alam..rasanya perjalanan sudah di penghujung, sudah habis masa utk duduk di kerusi kuliah, mengejar waktu-waktu untuk menghantar assignment dan sebagainya..yang tinggal hanya 3 lagi papers untuk final examination..3? alahai, banyaknyeee.. ^_^

Takde apa untuk saya coretkan di sini, sekadar mengisi kekosongan blog..kepada pengunjung yang sentiasa setia melawat blog yang kusam dan suram ini, TERIMA KASIH..anda pemangkin semangat saya untuk terus menulis walau hanya untuk sebaris ayat biasa. 

Sebenarnya..sebenarnya…sebenarnya..jika anda datang ke blog saya melalui link di facebook, ketahuilah anda sebenarnya antara mereka yang terpilih..yang saya percaya, dan yang saya rasa anda mempunyai kredibiliti seorang kawan dan kenalan..sebab link itu hanya ‘muncul’ untuk mereka yang terpilih..

Bagi pengunjung dari laman ILuvIslam..terima kasih juga kerana kunjungan antum semua..

Selepas waktu ini, saya akan pulang bercuti buat seminggu dua..sebelum melangkah masuk ke ofis sebagai seorang Property Valuer & Real Estate Consultant sepenuh masa..tawaran yang diberi 3 bulan lepas akhirnya saya terima, menimba sebanyak mungkin pengalaman di sebuah firma..belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta, dan bakal suami kepada seorang isteri dan bakal bapa kepada zuriat penyambung warisan bangsa..

 Dan waktu ini, saya sedang mencari sebuah apartment di area Kinrara sebagai tempat untuk berteduh, kawasan yang saya kira tidaklah begitu sibuk berbanding dengan kawasan ofis saya berdekatan dengan IOI Puchong..dan walang hati untuk berpisah dari bumi IIUM yang tercinta, kenangan dan ingatan yang mekar di sini insya Allah akan terus subur di hati..buat sahabat2, teman2, rakan2..dan semua yang mengenali..terima kasih kerana hadir mewarnai kehidupan saya di sini..tidak ada satu nama mahupun rupa anda yang akan luput dimamah usia..Insya Allah..terima kasih semua.

Doa-doakan saya yea teman-teman..masih ada selangkah untuk mengembara ke episod yang seterusnya.. >_-

0 comments: