Seindah KalamNya

Monday, March 14, 2011

Nescafe Kurang Manis

Share


Di hujung perjalanan sering membuatku termenung..KALUT. PENING. RIBUT. 

Thesis yang masih berbaki dua bab, terpaksa menjadi penjaga untuk anak2 buah, presentation dan juga banyak lagi tugasan yang lain.Semuanya menanti dengan penuh harap. Dan akhirnya, sekujur tubuh yang kering ini saya bahagikan, pecah2kan menjadi seribu.PELIK? Bukan, saya ambil semua tanggungjawab. 

Alhamdulillah, kelas saya hanya 3 kali seminggu. Lebihannya adalah untuk thesis, maklumlah super duper senior orang kata. Kelas memang sikit, tapi kerjanya banyak. Dan kini saya di kuantan, menjaga 6 beradik yang ditinggalkan oleh ibubapa. Opss, mereka menziarahi Baitullah(UMRAH). Di samping menjaga, thesis yang berbaki tetap saya sudahkan.

Kadang-kadang pening, lalu saya mengambil ‘semangat’ di IIUM kuantan. Seketika melarikan diri, meninggalkan kanak-kanak pd adik saya yang sedang bercuti. Lepak di awal malam di café Talahah, melihat dan memerhati mereka yang seperti saya juga. Melihat mereka study, berdiskusi, dan ber..tettt..terlalu banyak ber, itu semua menaikkan semangat saya.

Lalu pulang kembali ke rumah, thesis yang tidak sudah itu kuhadap jua.MUAK. LUAK. MUAL. Itu perasaan yang ada. Kelas? Insya Allah, saya kembali ke Gombak. BERULANG ALIK. Memahami tanggungjawab, tanpa melaksanakan separuh dan meninggalkan separuh. Semuanya saya sanggup, dengan tubuh yang satu. Kerana mungkin, mungkin akan tiba satu hari saya akan melalui saat2 saya perlukan pertolongan orang lain pula.

Rasanya cukup sekadar ini, mengkhabarkan cerita pada blog yang sudah mulai bisu. 10 hari saya di kuantan, setiap petang akan mengambil semangat dari secawan ‘Nescafe kurang manis’ di café Talahah selepas maghrib sehingga Isya.

10 hari? Owh lamanya lagi sehingga 26 Mac. Dan terasa terlalu singkat apabila memikirkan thesis yang bakal di hantar pada 28 Mac dan VIVA pada 11 April. Dan?

Dan saya akan graduate. Aminnn. Owh,tolonglah aminkan… please3  >_<

0 comments: