Seindah KalamNya

Monday, October 10, 2011

Sebuah perjalanan..

Share

Alhamdulillah..a`la kulli haalin wa nikmah..

9.10.11..inilah hari yang paling bertuah dan sangat bermakna bagi seorang graduan.

Setelah 4 tahun berhempas pulas dan bertungkus lumus, jatuh dan bangun tanpa henti. Akhirnya 5 minit di atas pentas menerima segulung Ijazah mentunaskan kepuasan bermakna. Alhamdulillah,nikmatnya perasaan itu.

Di sebalik 9.10.1, terlekat di dalam jammed selama hampir sejam untuk masuk ke gate UIA sangat mencemaskan. Apa tidaknya, saya perlu berada di dalam dewan sebelum pukul 2 petang. Dan pukul 1.45p.m saya masih terlekat di dalam jammed di hadapan tol.

Alhamdulillah, kehadiran sahabat untuk membantu dengan memberikan motornya sambil dia merelakan diri untuk memandu kereta saya. Dari kereta bertukar moto, selit menyelit di celahan kenderaan memang mencabar. Akhirnya…….pukul 2p.m tepat saya sampai ke dewan.

Alhamdulillah, itu sedikit pengalaman mencemaskan. Peluh di sebalik kemeja dan tuxedo berderai-derai, namun kepuasan dan keterujaan lebih terasa. Ucapan tahniah dan doa tanpa putus menyebabkan handset kehabisan bateri semasa di dalam dewan, sekali lagi menguji kesabaran apabila terpaksa mencari ahli keluarga dan kawan-kawan di celahan ribuan manusia.

Antara mesej yang paling bermakna saya terima adalah satu mesej paling ringkas, tetapi cukup padat dan bermakna. ‘Tahniah di atas penerimaan Ijazah. Selamat Berjihad’. Itu mesej yang saya terima dari bapa saudara saya, ringkas tetapi cukup bermesej. Insya Allah, jalan jihad saya baru sudah pun bermula.

Gambar-gambar masih belum ada di tangan saya..Insya Allah will be posted soon.
Apapun, terima kasih buat semua ahli keluarga, rakan2, junior2, dan semua yang hadir dengan bunga2, bear dan kek. Saya terima apa sahaja, sekalipun sekuntum senyum. Kerana nilai kehadiran lebih bermakna berbanding barangan yang diterima. =)

Sebuah perjalanan yang rasminya sedang bermula.

0 comments: