Sebenarnya saya dilanda kemalasan untuk mengupdate blog, memandangkan ada dua tiga projek sedang disiapkan. Dan pagi tadi ada satu emel saya terima dari hamba Allah, yang katanya junior saya. Maaf la yea, ramai sangat junior saya ni. Tapi dari emel address beliau, saya buat search di facebook. Jumpalah tuannya..he he.
Sebahagian yang saya hitamkan adalah untuk menutup identiti penulis dan diri saya sendiri bagi mengelakkan spam. Mana la tahukan. Saya print screen, tujuan untuk mbalas isi emel secara umum memandangkan saya tahu blog buruk saya ini selalu ada pgunjung setia. Walaupun tanpa sepatah komen ditinggalkan, dan saya rasa lebih eloklah begitu. Kang komen ntah pape, susah juga saya. =D
Buat penulis emel dan pengunjung, saya bukanlah orang hebat seperti yang dikata. Orang bukak blog untuk menulis, saya pun bukak tapi sekadar untuk melampiaskan keghairahan untuk menulis. Memang saya suka menulis, membaca, merenung a.k.a bkhayal dan sebagainya. Macam kebanyakan orang yang lain, cuma orang lain menulis tentang ilmu, kisah orang lain, tentang barang, tentang pujaan mereka dan sebagainya.
Tapi saya menulis tentang diri saya, saya jarang menulis tentang artikel agama yang berbentuk fakta dan teori. Saya akui saya masih kurang ilmu di dada, namun bila saya menulis tentang diri saya dan tentang apa yang berlaku di sekeliling..di situlah saya merenung hikmah perjalanan kehidupan dan ibrah yang telah Allah berikan untuk kita. Kerana kitalah ‘buku’ yang sedang bergerak, menjadi tempat rujukan dan mentafsirkan segala teori di atas pentas bernama kehidupan.
Dan saya tahu itulah fitrah kita sebenarnya, kita suka mendengar cerita perjalanan kehidupan berbanding mengadap satu artikel yang sarat dengan teori tetapi kurang pengolahan bahasa. Dari penulisan kita mampu mengenal dan memahami seseorang, jadi untuk belajar memahami maka menulislah.
Terima kasih buat penulis emel, cerita dan gossip yang kalian dengar itu semuanya tidak ada asasnya dengan saya. Ada peminat pun tidak ada gunanya, kalau Allah tidak minat kita. Usah risau pandangan manusia, ia tidak pernah membawa mudarat atau menguntungkan kita baik di dunia mahupun akhirat. Cuma apa yang elok untuk diambil ibrah, buatlah bekal untuk perjalanan seterusnya. Mana yang buruk, tinggalkan buat sempadan.
Terima kasih di atas ucapan tahniah jika anda membaca reply post ini, maaf tidak di reply direct. Saya reply di sini. Semua boleh baca dan buat iktibar. Setiap di antara kita walaupun asasnya dilihat semakin menjauh meninggalkan tempat di mana kita pernah bermula. Kita sebenarnya sedang membuat satu pusingan perjalanan untuk kembali ke tempat pertama kita melangkah. =)
Kita cuma hamba, harus berjalan menuju ke arahNya. Jadilah hamba yang terbaik, insya Allah kita akan jadi insan yang terbaik utk keluarga, masyarakat dan agama.
0 comments:
Post a Comment