Seindah KalamNya

Sunday, May 2, 2010

KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?

Share


Saudara-saudara sesama Muslim..

Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka. Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir.

 Padahal seorang kafir juga adalah dari keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan,.kaki, mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka, kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?

APAKAH PERBEZAANNYA HANYA SOAL NAMA SAHAJA?

Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorangkafir, tidak mungkin disebabkan yang seorang benama Abdullah dan Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan Robertson; atau kerana yang seorang dikhatan dan yang lain tidak; atau kerana yang seorang tidak memakan daging babi dan yang lain memakannya.

Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak mungkin bertindak sedemikian kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya, hanya kerana soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hambaNya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.

PERBEZAAN ISLAM DAN KUFUR YANG SEBENARNYA

Apabila, memang, perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khatan dan daging babi. Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya? Jawapannya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur. Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur bererti ketidakpatuhan kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah. Tetapi yang satu, berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintahNya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikanNya bila ia tidak mematuhi perintah-perintahNya.

Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang tinggi itu kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya. Inilah sebabnya mengapa Allah senang kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurnia syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

0 comments: