Seindah KalamNya

Friday, August 20, 2010

Pelaburan dalam keberkatan Ramadhan

Share


Sengaja ingin saya kongsikan kegembiraan yang diterima lewat petang tadi melihat graf pasaran trading yang daripada deficit meningkat naik menjadi profit. Walaupun keuntungan tersebut adalah milik kawan saya, yang baru cuba untuk bermain forex.
Sebenarnya kawan saya ini masih tersangat baru dalam dunia Forex, masih teraba-raba bagaimana untuk melabur dan mengambil risiko dalam dunia Forex. Maka oleh kerana saya sudah menjadi pemerhati Forex dalam tempoh yang agak lama, maka tidaklah menjadi masalah untuk melihat trend pasaran dan menjangkakan pasaran masa akan datang.
Lihat jumlah profits
Cuba lihat angka keuntungan yang beliau perolehi, 2000 dollars ?! Tukarkan kepada RM dengan mendarab RM3.60=1 dollar, maka pasti anda tahu berapa jumlahnya. Itu cuma pelaburan selama 3 hari sahaja, saya memasuki pasaran setelah melihat perkembangan matawang semasa. Dan saya menutup sebelum hari trading off..
Dalam dunia Forex, tidak boleh ada perkataan TUNGGU DULU!  Orang tamak biasanya selalu rugi, ingat risiko melabur dalam dunia pasaran yang di luar batasan anda. Anda harus menjangkakan segala kemungkinan, dan bersedia menerima keuntungan yang sedikit.
Namun, sebagai sifu terhadap kawan saya ini, maka keuntungan yang dilaburkan hasil tunjuk ajar saya turut melimpah ke poket saya.Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan..hehe ^_- 
Sekadar sedikit perkongsian, dan maafkan saya kerana tidak boleh membocorkan teknik Forex.  Sebab tak semua orang berani menerima risiko..teknik ini hanya untuk mereka yang benar-benar berani dan sabar.. =)


Thursday, August 12, 2010

Teknik Bottom Up Vs Top Down

Share


Pertama sekali anda perlu faham apakah bentuk pelaburan menggunakan teknik Bottom Up dan Top Down ni. Macam management konsep la lebih kurang, kerana pelaburan juga memerlukan perancangan dan pengurusan yang sangat teliti untuk mengurangkan kerugian dan memaksimumkan sebanyak mungkin keuntungan.
Top Down konsep sebenarnya lebih kepada pelaburan untuk jangka masa panjang, apabila anda mengambil kira segala factor pelaburan yang lebih global. Faktor tersebut merangkumi trend semasa pelaburan, keadaan pasaran, kestabilan politik negara yang kita melabur dan banyak lagi. Selalunya pelabur cuba meramal keadaan pasaran akan datang dan biasanya pelabur menghadapi risiko perubahan trend yang sangat tinggi.
Manakala bagi teknik Bottom Up, pelabur hanya melihat keadaan pasaran semasa dalam tempoh jangka masa yang lebih pendek. Biasanya pelabur akan melabur mengikut trend semasa dan mengunakan melabur untuk spot-spot yang tertentu sahaja. Pelabur jenis ini biasanya selalu terperangkap dengan perubahan pasaran kerana ketidakstabilan pasaran.
Dan hasil kajian, saya mendapati bahawa kekurangan bagi dua teknik ini boleh diperbaiki dan dimantapkan dengan cara anda mengabungkan keduanya sebelum memasuki pasaran. Masa yang terbaik untuk melabur adalah apabila kedua-dua teknik ini memberi isyarat trend pasaran yang sama arah, anda boleh meneliti pergerakan graf bagi jangka masa singkat dan juga untuk tempoh masa yang lama.
Hasilnya, saya berjaya memperbaiki kegagalan saya sebelum ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. =)

Wednesday, August 4, 2010

Slider

Share