Pertama sekali anda perlu faham apakah bentuk pelaburan menggunakan teknik Bottom Up dan Top Down ni. Macam management konsep la lebih kurang, kerana pelaburan juga memerlukan perancangan dan pengurusan yang sangat teliti untuk mengurangkan kerugian dan memaksimumkan sebanyak mungkin keuntungan.
Top Down konsep sebenarnya lebih kepada pelaburan untuk jangka masa panjang, apabila anda mengambil kira segala factor pelaburan yang lebih global. Faktor tersebut merangkumi trend semasa pelaburan, keadaan pasaran, kestabilan politik negara yang kita melabur dan banyak lagi. Selalunya pelabur cuba meramal keadaan pasaran akan datang dan biasanya pelabur menghadapi risiko perubahan trend yang sangat tinggi.
Manakala bagi teknik Bottom Up, pelabur hanya melihat keadaan pasaran semasa dalam tempoh jangka masa yang lebih pendek. Biasanya pelabur akan melabur mengikut trend semasa dan mengunakan melabur untuk spot-spot yang tertentu sahaja. Pelabur jenis ini biasanya selalu terperangkap dengan perubahan pasaran kerana ketidakstabilan pasaran.
Dan hasil kajian, saya mendapati bahawa kekurangan bagi dua teknik ini boleh diperbaiki dan dimantapkan dengan cara anda mengabungkan keduanya sebelum memasuki pasaran. Masa yang terbaik untuk melabur adalah apabila kedua-dua teknik ini memberi isyarat trend pasaran yang sama arah, anda boleh meneliti pergerakan graf bagi jangka masa singkat dan juga untuk tempoh masa yang lama.
Hasilnya, saya berjaya memperbaiki kegagalan saya sebelum ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. =)
0 comments:
Post a Comment