Sengaja ingin saya kongsikan kegembiraan yang diterima lewat petang tadi melihat graf pasaran trading yang daripada deficit meningkat naik menjadi profit. Walaupun keuntungan tersebut adalah milik kawan saya, yang baru cuba untuk bermain forex.
Sebenarnya kawan saya ini masih tersangat baru dalam dunia Forex, masih teraba-raba bagaimana untuk melabur dan mengambil risiko dalam dunia Forex. Maka oleh kerana saya sudah menjadi pemerhati Forex dalam tempoh yang agak lama, maka tidaklah menjadi masalah untuk melihat trend pasaran dan menjangkakan pasaran masa akan datang.
Lihat jumlah profits |
Cuba lihat angka keuntungan yang beliau perolehi, 2000 dollars ?! Tukarkan kepada RM dengan mendarab RM3.60=1 dollar, maka pasti anda tahu berapa jumlahnya. Itu cuma pelaburan selama 3 hari sahaja, saya memasuki pasaran setelah melihat perkembangan matawang semasa. Dan saya menutup sebelum hari trading off..
Dalam dunia Forex, tidak boleh ada perkataan TUNGGU DULU! Orang tamak biasanya selalu rugi, ingat risiko melabur dalam dunia pasaran yang di luar batasan anda. Anda harus menjangkakan segala kemungkinan, dan bersedia menerima keuntungan yang sedikit.
Namun, sebagai sifu terhadap kawan saya ini, maka keuntungan yang dilaburkan hasil tunjuk ajar saya turut melimpah ke poket saya.Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan..hehe ^_-
Sekadar sedikit perkongsian, dan maafkan saya kerana tidak boleh membocorkan teknik Forex. Sebab tak semua orang berani menerima risiko..teknik ini hanya untuk mereka yang benar-benar berani dan sabar.. =)
0 comments:
Post a Comment