Saat sibuk mengira jejakRupanya tanpa sedar Masanya kian hakis dimamah waktu..
Dan di meja itu Dia duduk membilang waktuSeparuh dekad sudah dia di situ..
Corak yang terukirDari lorekan warna di atas kertas putih zamanMengabadikan ingatan dalam lipatan kenangan..
Rupanya bukan senangMenjadi seseorangAwalnya sunyi, hujungnya sepi..
Dalam sedarPerjalanan yang bakal berakhirSebenarnya hanyalah satu permulaan..
Meniti hari yang berbakiIngin sekali dia menabur baktiSesekali menjadi penghuni yang berbudi..
Dan di situ kanvas kehambaanYang dianyam dari kehidupanUntuk dipamer di hadapan Tuhan.
5 Kesalahan biasa Ibu Bapa yang meninggalkan kesan buruk
-
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka…”(Surah At-Tahrim, 66:6) Ayat ini mengingatkan kita bahawa
tanggungjaw...
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment