Seindah KalamNya

Saturday, May 28, 2011

Kuatkan Hati

Share

Bismillahirahmani Rahim..menulis di waktu senja, menanti gelap melabuhkan tirai alam..nyata membuat hati tenang buat kesekian kali.. mengintai kehidupan yang menyesakkan hanya dari ruang jendela, oh Tuhanku betapa sibuknya manusia..alpakah juga aku seperti mereka.
 
Kesibukan dunia, untuk menyambung sisa nafas di hari esok membuat kita merasakan perlunya usaha untuk hari ini. Sedang esok belum tentu pasti, tetapi itulah kehidupan. Di antara ketakutan dan harapan, kita di tengah-tengah. Menyambung abdi pada Yang Esa.

Sudah masa untuk bersiap-siap, dunia telah kukejar. Ruang untuk ilmu akhirat juga mendambakan pengisian, walau sekadar menghadiri tazkirah selepas maghrib sudah cukup melapangkan dada. Antara usaha untuk menyuburkan hati dari kelalaian dunia, dan mengelakkan matinya jiwa di saat jasad masih bernyawa.
Di saat aku memburu cinta Tuhanku, aku melihat cinta-cinta hambaNya turut mengekori langkahku. Teguhkan hatiku wahai Tuhan.. bukan inginku mengelak, cuma belum tiba masanya..padamkan rasa di jiwa ini buat seketika. i_i

0 comments: