Seindah KalamNya

Monday, September 5, 2011

Salam Aidilfitri

Share


Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar..Wa lillahil hamd

Selamat Hari Raya buat semua kawan dan teman, yang jauh mahupun dekat..dan yang lupa mahupun ingat..Semoga Allah panjangkan umur kalian semua dalam naungan mahabbah dan mawaddah.

Pohon sanah sudah pun meluruhkan daun-daun Ramadhannya, bergantian dengan putik-putik muda Syawal yang sudah kian mekar. Yang pasti redup ramadhan sudah pun hilang, kedinginan dan sejuk bayu yang menepis kalbu jelas terasa kehilangan.

Sekalipun waktu berganti, yang dilalui pasti sukar untuk dilupai. Awal dan pertengahan Ramadhan sememangnya tersangat mengasyikkan, dari teguk segar terawih dan manisan tahajud yang mendamaikan. Biarpun hujungnya sedikit kecacatan, mungkin cuaca jiwa berubah tempat. Namun tahun ini tersangat manis berbanding sebelumnya, meskipun tanggungjawab dan amanah mula memberat.

Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar..Wa lillahil hamd

Sepuluh jari kususun rapi, melafaz suci kalimah erti.. Dari istighfar renjisan imani, bersama susun bait lafaz ‘ Mohon maaf dari telapak jari sehingga ke pelupuk nurani’.

Salam Aidilfitri

0 comments: