Seindah KalamNya

Monday, May 14, 2012

Detik-detik 15 Mei ke 24

Share

Bismillahirahmani Rahim.. :) (tak perlu kata apa-apa)..

Hampir 5 bulan saya tidak menulis di sini..kesibukan? Hanya alasan..sebenarnya saya menimbang-menimbang untuk mendelete sahaja blog ini..sekian.

Namun bila difikir-fikirkan, di sini terkandung mutiara-mutiara yg terkutip melalui lorong dan denai perjalan..di sini ada parut-parut luka dek gurisan ujian..di sini sebenarnya cerita tentang saya, tanpa sebarang tapisan. Di sini, rahsia di antara kita. 
Surprise Hari Ibu..bonda (kanan)
Hari ini 14 Mei, esok menyambut hari ulang tahun ke-24 kelahiran. Meskipun sambutan telah dibuat awal kelmarin (12 Mei) bersama kejutan hari Ibu..surprise! Itu mood kehidupan yang saya suka berikan kepada insan-insan yang tersayang di sekeliling. Apapun, Allah..rupanya sudah 24 tahun saya di sini. Di atas bumi gersang iman dan Islam.

Terima kasih buat ibu yang melahirkan,dan ayahanda yg baru sahaja berangkat pulang ke rahmatullah sebulan yang lalu..damailah dikau di sana. Juga buat kakak2 dan abang2,terima kasih di atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan..guru-guru,teman dan kenalan, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupan yang kutempuhi. Baik yang menghulur tangan, atau yang menjadi sebahagian dari ujian Tuhan. Terima kasih, di atas luahan masa dan ruang kalian.

Insya Allah,akan saya kembali menulis di sini. Seperti masa-masa lalu, terima kasih kepada pengunjung-pengunjung misteri..yang sentiasa setia membelek blog usam ini, sekalipun berhabuk dan bersawang. Statistic untuk tempoh diam ini masih tetap membuat saya tersenyum,masih tabah kalian menanti kehadiran tulisan saya di sini. 

Sebenarnya saya memang sedikit ketidak cukupan masa, di samping merawat hati yang kehilangan insan tersayang. Baru sahaja menghantar thesis untuk sem ini, dan sedang menyiapkan baki silibus dan chapter untuk sem depan. Kerana sem dpn adalah sem terakhir saya, sebelum menamatkan ijazah sarjana saya di UTM ini. Doakan saya, untuk melangkah ke seterusnya.

Insya Allah, awal tahun depan saya merangka untuk menyambung terus PhD..di UTM ini juga, jika tertulis takdir membawa saya ke situ. Mungkin saya originally local brand, maklumlah dr degree sehingga PhD semuanya dalam negara sahaja. Tapi memenuhi permintaan bonda untuk tidak pergi jauh, mengorbankan sebahagian hasrat untuk merantau keluar adalah satu tanda manis kehidupan. Insya Allah ada hikmahnya.

 Itu bench mark yang bakal saya setkan untuk adik-adik yang mengikuti saya di belakang. Juga buat anak-anak yang bakal melihat dunia sewaktu hari nanti, menunjukan contoh melalui diri sendiri lebih mudah menjadi kalam teladan. “Ini bapamu, sewaktu berusia 24 tahun sudah memulakan pHdnya.. Jadilah sepertiku atau lebih hebat dariku.” (skrip drama). Ntah bila pula masa untuk berkahwin..ada calon tak? ;)
Kenangan..28 April.

0 comments: