Bismillahirahmani Rahim..penat tapi mata tidak mahu lelap, Alhamdulillah
hari ini draft thesis sudah berjaya dihantar sebaik sahaja presentation utk
progress thesis. Kepenatan membuat thesis seakan hilang, bila supervisor
mengatakan, “ Safwan, ur progress is really impressive. Well done”. Dan saya macam
biasa tersengih-sengih seperti kerang separuh masak.Hehe. [Senyum manis-manis].
Buat dua lagi sahabat saya yang sedang bertungkus lumus mencari data dan
menyudahkan analysis research mereka, doa akan terus dipanjatkan moga kejayaan
bersama mampu dirai.
Maka hilanglah segala keserabutan di meja tulis saya, dan
tamatlah kesibukan marathon master utk research. Selepas ini boleh tidur dengan
aman, boleh main game puas-puas, pasti yang paling best boleh sambung bercinta
dengan Quran lama-lama. [Seronok]. Insya Allah, akan cbe menghasilkan jurnal
paling kurang satu sehingga habis sem.
Masih ingat di awal larian dulu, supervisor saya kata “U can
find any easy topic, then focused on it. It’s ok because u only doing two
semesters here”. Ketika itu saya sedang consult topic research, dan saya pilih
topic yang agak sukar berkaitan dengan isu sekarang. Data yang saya perlukan
juga agak susah untuk diperoleh, dan memerlukan banyak tangan dan kaki untuk
membantu.Dan saya reply, “Dr,it’s ok if it`s hard and difficult. Everything I do,
I hope it can give return benefits to my profession, or to the society. Atleast.”
[Inspired]
Then he replied: “ I like this kind of spirit. So u can
proceed if u want”. Dia senyum dan saya senyum. [Puas]. Dan saya bertungkus
lumus memastikan saya di track yang betul, dan setiap kali presentation utk progress
dia sangat berpuas hati. Pujian demi pujian membuat saya puas. [Senyum
sorang-sorang]. Alhamdulillah saya sudah pun menyudahkan bahagian plg sukar
dalam larian master, iaitu research. Malam ini sangat letih, tetapi mata tidak
mahu lelap. Lalu tangan menaip.
Esok seawal subuh sudah mahu
bergerak ke KL, dalam perjalanan balik ke Kelantan. Destinasi adalah UIA, untuk
membuat surat pengesahan English exemption. Sebab Uni luar sudah meminta IELTS,
tapi masih lambat lagi jadual exam. Jadi saya cuba untuk ke UIA, atas nasihat
orang berpengalaman. Dan terus pulang ke kampong halaman, masih ada tugasan
belum selesai. Termasuk Korban Perdana di masjid selian saya di waktu ramadhan lepas,
dan Alhamdulillah sehingga kini momentumnya terus meningkat. Dulu di situ
pernah jadi markaz hebat, kemudian hilang momentum dan mati perlahan-lahan. Namun
sekarang rezeki pembangunan sudah mula mencurah-curah, aktiviti sudah sentiasa ada. Orang kampong sudah mula
aktif, roh perjuangan sudah kembali subur. [Masya Allah]
Jemaah kini melimpah.. |
Dari urusan membuat pengiktiran dan
turun naik di Majlis Agama, kemudian membuka akaun bank nama Masjid. Membuat
program yang sangat mengejutkan masyarakat setempat, dan kewujudannya kini
sudah kembali dikenali. Semangat perjuangan kembali bergema. Hakikatnya, anak
seorang pejuang tetap akan menyambung perjuangan yang ditinggalkan. Dari urusan penjagaan, imam solat sampailah
ke urusan-urusan rasmi saya genggam kemas. Sehingga rutin saya lakukan sudah
boleh diikut dan sudah boleh berganti bila saya kadang tiada.
[Wallahi] Dalam hati saya puas melihat
perkembangan itu, saya tahu bila mana disebut-sebut nama saya di atas roh
perjuangan yang kembali subur. Hakikat, permulaan awal sangat sukar. Namun bila
kita memulakannya, seluruh jiwa, tenaga dan duit yang sedikit sebanyak yang ada
saya curahkan. Dan melihat kesungguhan saya, kami adik beradik memula mencatu
dana. Kutipan segera berlaku dalam perbincangan kurang dari seminggu, dan penggeraknya
hanya tinggal saya kerana saya bercuti dua bulan. Sehingga orang-orang besar
dalam tarbiah mula turun menjejak kaki, dan masyarakat mula membuka mata.
Alhamdulillah, di kala saya
menolong DIA menyuburkan perjuangan di atas rumahNya. DIA menghadiahkan saya
keputusan yang sangat cemerlang dalam semester lalu. [JanjiNya ditunaikan]. Dan
saya lihat bonda kembali bersedih ketika saya mula berangkat pulang menyambung
pengajian, katanya mati lagilah rumah itu. Saya pesan padanya, saya sudah
tinggalkan system untuk disambung. Terpulang kepada mereka untuk melaksanakan
yang seterusnya. Hakikatnya dari jauh kami sentiasa bermusyawarah walau hanya
dalam facebook dan whatsapp. Dan momentum masih berterusan, muda dan tua sama
berganding bahu. [Tidak sabar untuk melihat perkembangan selepas peninggalan
saya Aidilfitri lalu].
Jika ayahanda masih ada, pasti
dia tersenyum. Tempat yang pernah dia, TGNA, TG Abdul Hadi dan beberapa lagi
pejuang lama kini kembali ‘hidup’. Selagi saya hidup, selagi itu saya akan
pastikan momentumnya akan terus melonjak. Seperti mana ia telah menggegarkan
masyarakat berdekatan, bahawa anak-anak pejuang sudah pulang ke gelanggang.
Hebatnya perjuangan menyebarkan daulah, terasa keletihan tetapi di hati
tersenyum puas. Dan kini masyarakat sudah mula menumpang tuah. [Alhamdulillah]
Langkah saya masih jauh,
mukadimah sudah saya mulakan itu. Insya Allah akan disambung oleh abang-abang
yang kelihatan bersemangat untuk terus berkorban demi kepentingan agama. Insya
Allah tiba masa, saya juga akan pulang bila bekal ilmu di dada sudah penuh
terisi. Fasa mempersiapkan diri akan memasuki fasa terakhir, menunggu waktu
takdir berjalan. [Doakan.]
Biar apa orang kata, hidup jangan
sekali menyerah kalah. Bangkitlah lagi walau jatuh berkali-kali, ia mengajar
kita agar lebih matang. Adakala kita perlu membutakan mata dan memekakkan
telinga, di saat awal perjuangan diragui dan dicemuh orang. Percayalah, apabila
sudah ada hasilnya mereka akan mula datang untuk bersama-sama. Hidup ini, amat
sukar untuk diumpamakan dengan perkataan. Dan kita perlu berjalan terlebih
dahulu dan meninggalkan jejak teladan. [Biiznillah]
Masih ada misi panjang untuk
disudahkan, madrasah tarbiyah itu hakikatnya latihan. Untuk sebuah perjuangan
yang lebih besar. [Impian]. October kali ini sangat manis, episod demi episod mbuat
saya menangis dan tersenyum. [Senyum manis-manis]. Ya Allah, permudahkanlah
urusan itu.
Selamat Hari Raya Aidiladha,sama-sama
kita memaknakan pengorbanan meraikan perjuangan.
0 comments:
Post a Comment