Bismillahi rahmani Rahim..lama saya menahan diri dari
menulis di sini, sehinggalah saya mengotakan janji sebelumnya. Sekeping gambar
di bawah, rasanya belum cukup untuk mengambarkan betapa hebatnya perasaan
syukur yang melanda jiwa.
Doctorate Al hafiz before 25. ;) |
Akhirnya langkahan baru dimulakan, walau masih awal sudah
terasa denyutan kepayahan mula terbit di hujung dahi dan kening. Dan tidur yang
kian sukar dilelapkan, dek kerana banyak nya perkara yang perlu dibereskan. Itu
mahar yang perlu dibayar untuk sebuah kehidupan.
Belum terasa untuk menulis panjang, namun cukuplah buat
seketika perkhabaran dari hamba ini. Bahawa sebuah janji dan cita-cita akhirnya
ditunaikan, dengan keizinan dan rahmat Ar Rahman. Cukuplah dulu buat mukadimah
cerita, insya Allah akan ada lagi yang menyusul nanti.
Wsalam. =)
#Kehidupan adalah petanda cinta maha hebat, darinya mengalir sumur teladan mengairi lembah kontang fitrah kemanusiaan.
0 comments:
Post a Comment