Seindah KalamNya

Saturday, August 17, 2013

Salam Kemenangan Eid Fitri Mubarak.

Share



Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar.
Walillahil Hamd..

Selamat hari raya [harap belum terlambat] buat semua tetamu senyap di ruang maya ini, memohon maaf jika pernah ada sebarang kesilapan mahupun kekhilafan secara sengaja ataupun tidak. Dan di saat ini, saya memaafkan kesemua kesilapan yang pernah dilakukan oleh sesiapapun, membuka lembaran baru kehidupan dengan warna yang lebih cemerlang. ;) 

Masih ada baki dua minggu sebelum kembali menjadi seorang pelajar [rindu nk masuk kelas galas beg sekolah], hakikatnya masa terlalu cepat berlalu. Menjadi pelajar kedoktoran phD bukan tugasan mudah, tetapi bukan juga tugasan yang membebankan. Hakikatnya tiada lagi kuliah yang menjemukan [duduk termangu mengadap slide],tiada lagi exam yang menyenakkan kepala [menghafal nota last minit], tidak perlu lagi assignment yang bertimbun [hooorrraayy!!].. namun kesukaran paling besar adalah kesungguhan dan disiplin di kala tiada lagi pensyarah yang akan mengawasi seperti selalu [Tersangatlah berat].

Lebih dari 3 bulan saya menutup buku dan betul-betul bercuti dari sebarang bahan akademik, menumpukan kepada persediaan kuliah dan program masjid termasuk kuliah Ramadhan dan mengimami terawih. Kesibukan barangkali, atau kegagalan pengurusan masa [pengakuan jujur..hehe].

Menjadi pelajar kedoktoran di peringkat tinggi di kala usia masih lagi hingusan, ketika orang sedang sibuk mendirikan rumahtangga dan mencari pasangan adalah sesuatu yang cukup mencabar. Namun dalam perjuangan kehidupan seperti ini, pengorbanan ini amat mahal bayarannya. Di kala anak-anak buah bercuti beraya, mendengar mereka galak bercerita melihat gambar bapa saudaranya ini di sebuah majalah GenQ edisi 23[dengan gaya perasan..keh keh keh]. 

GenQ edisi 23 [Julai 2013]

Namun ada kejujuran yang lebih mengharukan, ada anak buah bercerita mereka ingin menjadi Hafiz macam Ayah we dia..Bila ditanya kenapa, katanya Ayah We mati tidak akan dimakan ulat. Mok dan Tokwan [merujuk kepada nenek dan arwah atuk mereka] pun sama sebab Ayah we Hafiz katanya. Allah..[terdiam saya dibuatnya]. Bila ditanya macammana tahu ni, katanya ummi yang bagitau semua. [Dialog kecil ini adalah benar-benar membuat hati tua saya dijentik rasa terharu yang amat]. Allah.

Serasa pengorbanan sudah ada bayarannya walau destinasi masih jauh, langkah kehidupan yang dijuangkan ini bukanlah untuk kepuasan mahupun nama. Tetapi ia lebih kepada teladan dan contoh yang perlu ditunjukkan , menjadi penanda aras buat generasi warisan hadapan. Memang niat di hati untuk menjadikan diri sendiri kepada anak-anak sebagai contoh, setidaknya kita memodelkan diri sendiri sebagai target dan penanda aras untuk mereka. Rupanya belum pun sampai masa untuk anak-anak sendiri, anak buah sudah mula berlumba untuk menjadi seperti Ayah We nye [Hamdan Lillah].

Apa yang kita cari dan mahu dalam kehidupan untuk masyarakat dan ummah, perlu terlebih dahulu kita terjemahkan pada diri kita. Pikul dahulu tanggungjawab, laksanakan apa yang sepatutnya. Pesankan teladan melalui perbuatan. 

Selamat Hari Raya. ^_^

# Salam Solidariti Buat Mesir dan Syria. Ayuh teruskan Qunut Nazilah untuk kemenangan.

Saturday, August 3, 2013

Alhamdulilla Ya Rabb.

Share



Bismillahirrahmani Rahim.

Lamanya tidak mengemaskini sebarang post di sini, sejak dari Mac sehingga merapati Ogos yang sudah mula menjengah. Pagi ini adalah malam ke-25 Ramadhan, seusai iktikaf, solat dan tadarus Alhamdulillah ditiup angin kerinduan untuk menziarahi blog kuning emas ini. Istimewa.
Sejak dari awal terawih mala mini, sehingga la ketengah malam dan pagi ini [masih belum sahur] terasa sangat sedih. Sedih bukan kerana kesusahan dan kesempitan, tetapi sedih kerana betapa banyaknya nikmat yang tidak disyukuri.

Rasa hebat dan agung dengan kehebatan Allah Yang Maha Esa, rasa betapa benar DIA tidak pernah menolak doa-doa kita walau hakikatnya belum tertunai waktu ini. Namun kejayaan dan apa yang kita miliki hari ini adalah hakikat sebenar doa-doa yang pernah kita pinta semalam. Allah. [Agungnya Tuhanku].

Dan terawih tadi, berehat dari mengimami solat kerana diganti oleh pengkuliah jemputan utk malam tadi setelah hampir sebulan menjadi imam terawih tetap. Kesempatan mendengar imam membaca ayat membuat butir air mata menitis. Allah, terlalu banyak kenikmatan yang terlupa dan terlalai untuk disyukuri.

Serasa hari ini, tidak ingin berdoa untuk meminta sebarang hajat. Melainkan di tadah tangan mengucap syukur dan tahmid berkali-kali, rasa ingin waktu ini untuk berterima kasih di atas kenikmatan yang terlalu banyak ini. Allah [Ampuni aku yang sering lupa berterima kasih].
Alhamdulillah Ya Allah, untuk setiap nafas kesihatan dan kudrat yang masih diberi untuk bersujud dan menyembahMu.

Alhamdulillah Ya Allah, untuk saat ini yang memberi ruang untuk aku kembali ke daerah sedar kehambaan di saat lain yang aku sering lalai dan terleka.

Alhamdulillah Ya Allah, untuk setiap kejayaan dan kenikmatan yang dianugerahkan. Terlalu banyak untukku berterima kasih, tiada hitungan untuk membalas kasih dan sayangMu.

Alhamdulillah Ya Allah, untuk saat ini yang menyedarkan aku bahawa apa sahaja yang aku miliki sebenarnya adalah pinjaman dan pemberian dariMu semata-mata. Tanpa sandaran kepada usaha dan ikhtiar pada diriku, melainkan ia berjalan di atas kehendak dan qada’ takdirMu.

Alhamdulillah Ya Allah.