Seindah KalamNya

Saturday, August 17, 2013

Salam Kemenangan Eid Fitri Mubarak.

Share



Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar.
Walillahil Hamd..

Selamat hari raya [harap belum terlambat] buat semua tetamu senyap di ruang maya ini, memohon maaf jika pernah ada sebarang kesilapan mahupun kekhilafan secara sengaja ataupun tidak. Dan di saat ini, saya memaafkan kesemua kesilapan yang pernah dilakukan oleh sesiapapun, membuka lembaran baru kehidupan dengan warna yang lebih cemerlang. ;) 

Masih ada baki dua minggu sebelum kembali menjadi seorang pelajar [rindu nk masuk kelas galas beg sekolah], hakikatnya masa terlalu cepat berlalu. Menjadi pelajar kedoktoran phD bukan tugasan mudah, tetapi bukan juga tugasan yang membebankan. Hakikatnya tiada lagi kuliah yang menjemukan [duduk termangu mengadap slide],tiada lagi exam yang menyenakkan kepala [menghafal nota last minit], tidak perlu lagi assignment yang bertimbun [hooorrraayy!!].. namun kesukaran paling besar adalah kesungguhan dan disiplin di kala tiada lagi pensyarah yang akan mengawasi seperti selalu [Tersangatlah berat].

Lebih dari 3 bulan saya menutup buku dan betul-betul bercuti dari sebarang bahan akademik, menumpukan kepada persediaan kuliah dan program masjid termasuk kuliah Ramadhan dan mengimami terawih. Kesibukan barangkali, atau kegagalan pengurusan masa [pengakuan jujur..hehe].

Menjadi pelajar kedoktoran di peringkat tinggi di kala usia masih lagi hingusan, ketika orang sedang sibuk mendirikan rumahtangga dan mencari pasangan adalah sesuatu yang cukup mencabar. Namun dalam perjuangan kehidupan seperti ini, pengorbanan ini amat mahal bayarannya. Di kala anak-anak buah bercuti beraya, mendengar mereka galak bercerita melihat gambar bapa saudaranya ini di sebuah majalah GenQ edisi 23[dengan gaya perasan..keh keh keh]. 

GenQ edisi 23 [Julai 2013]

Namun ada kejujuran yang lebih mengharukan, ada anak buah bercerita mereka ingin menjadi Hafiz macam Ayah we dia..Bila ditanya kenapa, katanya Ayah We mati tidak akan dimakan ulat. Mok dan Tokwan [merujuk kepada nenek dan arwah atuk mereka] pun sama sebab Ayah we Hafiz katanya. Allah..[terdiam saya dibuatnya]. Bila ditanya macammana tahu ni, katanya ummi yang bagitau semua. [Dialog kecil ini adalah benar-benar membuat hati tua saya dijentik rasa terharu yang amat]. Allah.

Serasa pengorbanan sudah ada bayarannya walau destinasi masih jauh, langkah kehidupan yang dijuangkan ini bukanlah untuk kepuasan mahupun nama. Tetapi ia lebih kepada teladan dan contoh yang perlu ditunjukkan , menjadi penanda aras buat generasi warisan hadapan. Memang niat di hati untuk menjadikan diri sendiri kepada anak-anak sebagai contoh, setidaknya kita memodelkan diri sendiri sebagai target dan penanda aras untuk mereka. Rupanya belum pun sampai masa untuk anak-anak sendiri, anak buah sudah mula berlumba untuk menjadi seperti Ayah We nye [Hamdan Lillah].

Apa yang kita cari dan mahu dalam kehidupan untuk masyarakat dan ummah, perlu terlebih dahulu kita terjemahkan pada diri kita. Pikul dahulu tanggungjawab, laksanakan apa yang sepatutnya. Pesankan teladan melalui perbuatan. 

Selamat Hari Raya. ^_^

# Salam Solidariti Buat Mesir dan Syria. Ayuh teruskan Qunut Nazilah untuk kemenangan.

0 comments: