Bismillahirahmanir Rahim..akhirnya saya menulis buat kali pertama dalam lembaran baru menyambut kehadiran 15 Mei yang ke-23..dihampir ke suku abad kehidupan di dalam dunia yang fana ini, Alhamdulillah untuk sekian kali..dan hari ini saya masih lagi diberi peluang untuk menjalani kehidupan sebagai hambaNya.
15 Mei kali ini sangat berbeza, terlalu jauh senarionya berbanding sambutan-sambutan yang dulu..mandian tepung + bom air + ledakan telor + curahan air sabun + dan pastinya kek sudah tiada lagi..SURPRISE?! Kadang-kadang ia perkataan yang amat menakutkan, kerana ia ternyata unexpected! Apa pun terima kasih buat keluarga tersayang,teman-teman, sahabat dan taulan dengan ucapan dan doa-doa yang tidak putus. Terima kasih berkali-kali.
Peralihan usia hanyalah bilangan angka, samada ia bakal mematangkan kita atau sebaliknya. Malah kitalah yang menentukan sebenarnya, dan angka bagi seorang pemuda adalah ukiran usia yang dinukilkan di atas kanvas kehidupan dalam lukisan wajah perjuangan. Setiap mereka di antara kita memiliki masa yang sama, tetapi setiap kita mempunyai hasil yang berbeza.
Kata abang saya, kita tidak mampu mengubah orang lain tetapi kita mampu mengubah diri sendiri. Dan perkataan itu seakan terngiang-ngiang di telinga dalam setiap langkahan yang diaturkan. Kita yang perlu memperbaiki diri sendiri, berhenti menunding jari dan belajar untuk bermuhasabah dalam setiap langkahan kaki.
Dan akhirnya inilah masa untuk berubah, berhenti dari menanti..berhenti untuk mengharap pada benda yang tidak pasti..berhenti untuk berfikir pada sesuatu yang bukan dimiliki..dan berhenti untuk risau dengan apa yang bakal lari. Dan ia masa untuk menjadi seorang lelaki, yang menggantung harapan pada Rabbul Izzati.
Untuk menjadi seorang Ibad Ar Rahman, ia perlukan satu HIJRAH. Hijrah seorang pemuda seperti saya adalah mempersiapkan diri. Kerana 15 Mei juga adalah Hari An Nakbah, hari di mana saudara seagama kita disingkirkan dari bumi mereka sendiri sejak 63 tahun lalu. Dari Al Aqsa yang dinafikan hak dan keadilannya, sehinggalah ke hujung tebing Gaza..Insya Allah kita akan kembali, bersujud di dalam Al Quds.
Oleh kerana kita tidak mampu mengubah orang lain, maka kerana itulah saya perlu mengubah diri sendiri. HIJRAH adalah jawapan terbaik..menjadi muslim hafiz professional adalah tanggungjawab sukar dan ia satu amanah besar yang wajib diperjuangkan. Mempersiapkan diri sendiri dalam perang mujahadah, menanti hadirnya Al Muntazar.
Tiada lagi wajah saya di FB, tempat di mana hampir 90% muslim terleka. Sayangnya untuk kehilangan contact kenalan dan kerabat, juga tempat di mana fitnah dunia membenih di sana. Dan ia juga SURPRISE birthday dari saya, SURPRISE untuk menghilangkan diri dari public untuk seketika.Sehingga saya dilupakan.
~La takhaf wala tahzan~
0 comments:
Post a Comment