Seindah KalamNya

Tuesday, May 3, 2011

Berkat dhuha

Share


Bismillahirrahmani Rahim..kalau difikirkan kepelikan dunia, nescaya kita tidak akan berhenti dari ketaksubannya. Tetatpi fikirkanlah kehebatan Allah yang Maha Besar, pada setiap kejadian yang diaturkan pasti akan ada selitan hikmahnya.
Hari ini hari pertama saya melangkah ke ofis, dari walang hati yang berkira-kira tentang mesej yang diterima semalam. Dan hari ini juga hari saya meletakkan jawatan. Hari pertama bekerja dan hari pertama meletakkan jawatan? Gila ke saya?
Sebenarnya saya berasa tertipu, dari janji yang disemai tidak seperti yang dituai. Saya ditawarkan satu position yang dikatakan memang telah direserve untuk saya, berdasarkan hasil kerja dan performance saya yang mungkin sedikit cemerlang berbanding yang lain. Diantara 10 pekerja part time, dan saya antara dalam 3 orang yang ditawarkan position permanent. Dan saya satu-satunya lelaki di antara ke3 tersebut.
Basic gaji yang ditawarkan juga agak lumayan, sebagaimana yang telah dijanjikan. Namun lewat malam semalam, saya menerima satu sms dari ofis, calling for duty. Saya ingatkan sms itu tersalah hantar, mungkin untuk orang lain yang baru menemuduga. Debaran sepanjang malam membuat saya tidak keruan, Alhamdulillah sekudus hati berjaya ditenangkan dengan zikir dan selawat sepanjang di pembaringan.
Pagi tadi, sebelum melangkah ke ofis. Solat dhuha saya tunaikan, kini hati memohon petunjuk pada Yang Esa. Percaturan apakah sebenarnya yang dirancang olehNya. Hati pasrah. Saya hidup bukan bergantung kepada pekerjaan yang pasti tak kekal lama, bukan pada gaji yang pasti akan habis jua. Pergantungan sedayanya dipasrahkan pada Yang Esa, DIA yang tahu mencipta rezeki dan kehidupan. Itu sifir asas untuk menjadi pemuda beriman.
Sampai sahaja di ofis, saya dimaklumkan bahawa apa yang termaktub di dalam sms adalah antara perjanjian saya dengan company. Memandangkan hati sudah pun redha, maka ia tidaklah menaikkan sebarang emosi atau ketidak puas hatian dalam diri. Dengan senyum saya mendengar syarat-syaratnya,di antara syaratnya adalah:
                -Boleh determinate dalam tempoh 24 jam.
                -Akan dinilai dalam masa sebulan.
                -Gaji se’tinggi’ RM 1200. (Jauh sakan merosot dr apa yang pernah dijanjikan)
                -Dan banyak lagi. (Malas untuk saya menaipnya)

Tempoh sebulan tanpa jaminan pekerjaan tetap, dengan satu task yang cukup banyak dan gaji yang sangatlah rendah. Dan untuk apa saya dinilai seperti budak baru, kalau saya pernah dinilai dan mereka sendiri yang memuji hasil kerja dan kualiti yang saya berikan.
Maka tahulah saya, sebenarnya kebolehan saya bakal dieksploitasi. Mereka tahu kebolehan saya dan kepakaran saya, dan ‘task’ sebulan itu sebenarnya boleh menjana hampir ratusan ribu. Betapa jimat kos mereka yang bakal keluarkan. Dengan ucapan terima kasih, saya berundur.
Dan di ofis yang sama, hari yang sama, waktu yang sama..saya menerima pekerjaan baru, yang lebih bebas dan flexible. Malah pendapatan yang lebih lumayan, tawaran sebagai freelance sebagai perancang Bandar amat dialu-alukan.  Kebetulan salah seorang staff di company tersebut baru sahaja menubuhkan sebuah company sendiri berdasarkan pengalaman belasan tahun. Banyak projek, tetapi kekurangan kakitangan.
Allahu Akbar..siapa tahu, apa yang Allah aturkan sebenarnya adalah yang terbaik. Benarlah rezeki bukan di tangan manusia, tetapi di tangan DIA Yang Maha Esa. Berkat sujud di waktu dhuha memberi satu kelapangan. Alhamdulillah. Besarnya ruang rahmat dan keredhaan.

0 comments: