Seindah KalamNya

Wednesday, May 4, 2011

Masam manis kehidupan.

Share

Bismillahirrahmani Rahim..semalam duka, hari ini suka..mungkin itu lebih baik, siapa tahu takdir Tuhan adalah apa yang kita perlukan. Kerana DIA penulis terbaik perjalanan kehidupan insan, setiap plot perjalanan diisi dengan pelbagai sisipan perasaan, Untuk mengajar kita hamba agar lebih cekal dan bersyukur dengan apa yang diberikan.

Semalam kes hari pertama bekerja, dan hari yang sama meletakkan jawatan menjadikan saya berita hangat di kalangan mereka. Saya? Macam biasa, saya hanya memberi senyum tawar. Heboh betul kalau pasal orang, ekeke..sabar je la. Allah lebih Tahu apa yang terbaik buat hambanya.


Balik semalam bukan balik kosong, bukan balik berlenggang macam penganggur. Walaupun meletak jawatan, saya balik dengan 2 projects ‘mee segera’. Tahu mee segera? Project yang dibuat terus dibayar duit. Masing2 dibayar dengan RM 1500 dan RM 500. Alhamdulillah. Project susah? Project 1.5k tu hanya untuk tulis Report Cadangan Pembangunan, sebijik macam buat assignment dulu2..kalau dah assignment, mst la ada copy paste. Paste format je la, hehe..tapi takda la susah, senang je dapat seribu lebih. Buat tak sampai dua hari, campur tidur bangun..hehe. Satu lagi just color map. Color map dpt RM 500? Tuah ayam pun nampak di kaki, inikan pula tuah manusia.

Esok perlu bertemu client, ada project 15k sedang menunggu. RM 15 000? Alhamdulillah, project ni saya share dua orang. Saya yang buat keje, kawan saya yang carikan project. Still, project tu tak adalah susah sangat. Dari saya bekerja makan gaji, buat project bertimbun-timbun pun bayaran tetap bayaran gaji. Paling bertuah pun, gaji planner RM 3 500++..untuk fresh graduate la. Dapat project ni dalam bulan ni, siapkan cepat-cepat untuk amik project lain plak. Next target, bulan depan mesti establish sebijik ofis. Biar kecik pun, buat permulaan tak ada masalah rasanya. Yang penting project mesti masuk selalu, insya Allah terlunas la impian kerinduan pada Al Multazam di tanah suci.
Labaik ya Haramain.

Ingat teman-teman, kalau kita meletakkan harapan rezeki pada tangan manusia, DIA akan memberikan kita seribu langkah yang sukar dan payah. Kalau kita meletakkan harapan pada DIA yang selayaknya diharapkan, DIA Yang Maha Penyayang takkan sekali melihat kita terbiar dalam keperitan. Yakin?! Terlalu mudah untuk diucapkan, tetapi payah untuk diterapkan ke dalam kehidupan.

Kesakitan. Kesukaran. Kepedihan. Ketakutan. Semua itu adalah ibu kepada pengalaman, yang akan menjadi guru paling cemerlang dalam kehidupan. Kita boleh bercakap, kita cekal dan tabah. Tetapi kita bukanlah seperti itu melainkan kita diuji. Pelajaran paling mantap pernah saya pelajari dalam hidup ialah apabila sudah tiada rezeki untuk kita itu tandanya hayat kita sudah pun tamat. Tetapi selagi masih ada hembusan nafas di rongga nyawa, maka teruslah bangkit berjuang mencari kehidupan. Yang paling penting dalam hidup kita adalah keberkatan. Tanpa keberkatan, hidup sudah tidak bermakna. Dan kunci keberkatan ada di dua tempat, pada Tuhanmu dan Tuanmu (ibubapa) andai masih ada.

Berjuanglah selagi mampu, moga Allah bersama kamu! Hidup mesti sepantas kuda berlari, atau lebih laju darinya. Jangan sia-siakan umurmu! =)

Alhamdulillah.

0 comments: