Seindah KalamNya

Tuesday, September 13, 2011

Insyirah.

Share


Bismillahi Allahu akbar..

Salam ziarah, sekadar mengemaskini sedikit maklumat dan file-file project. Dan melihat project yang datang bertimbun..sambil garu kepala yang tak gatal. Sabar la, 2 tahun untuk lesen. Then will open my own company. ^_-

Pagi tadi ada sedikit kepelikan berlaku, saya dengar ada orang bacakan Surah Insyirah di telinga saya waktu saya tido. Kebetulan, saya jenis suka merenung makna ayat bila dibacakan surah. Sebab tu saya bangun, dan masih teringat surah apa yang dibaca.

Saya ingat suara tu bacaan Quran dari speaker PC yang saya pasang semalam, yang biasa menemani lena saya. Rupanya bila saya tersedar waktu subuh, barulah saya ingat saya pasang juzu` 5. Mana pulak datang suara yang membacakan Al Insyirah berkali-kali tu. Memang saya dengar, sehingga waktu saya terjaga pun saya masih mendengar. Ingatkan suara dari speaker PC. Rasa hairan dan pelik.

Sepagi ini saya duduk merenung, apakah yang sebenarnya terjadi. Namun masih belum terbuka sebarang jawapan. 
Surah ke-94 (Al Insyirah)

Terjemahan:
1) Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2) Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu.
3) Yang memberatkan punggungmu?
4) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
5) Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6) Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8) Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Satu lagi yang pelik..kadang bila saya balik kerja, tidak pernah saya tutup tingkap cermin bilik. Tetapi kadang bila balik, tingkap ditutup seolah ada yang menutupnya. Sedangkan kesemua penghuni kami keluar ke ofis masing-masing, dan saya keluar paling lewat. Kadang saya balik awal pun, ia tetap berlaku. Bilik semacam kemas walau zahirnya tidak lah kemas sangat. 

Sekadar Hiasan.

Dan dalam banyak-banyak ruang di rumah, bilik saya paling tenang berbanding bilik-bilik kawan lain. Ia diakui oleh kawan-kawan dan turut dirasai oleh saya. Sejuk dan tenang. Entah mengapa. Ia masih menjadi misteri. ­­­





0 comments: