Seindah KalamNya

Monday, September 26, 2011

Rindu: Inginku bertemu

Share

Bismillahirrahmani Rahim..sekadar mengemaskini post-post dan ceritera lama dengan aktiviti dan perkembangan masa kini.

Semalam buat pertama kalinya saya hadir ke kuliah maghrib ustaz Azhar Idrus yang sangat famous di kalangan orang muda dan remaja masa kini. Memang betul, Masjid As Salam Puchong Perdana semalam dibanjiri oleh ribuan jemaah sehingga melimpah ke padang dan tempat letak kereta sekitar. Siap dipasang skrin besar untuk jemaah yang terpaksa bersolat di luar. 
Kredit: Fan page FB Ust. Azhar Idrus (Original)

Alhamdulillah, saya dapat masuk ke ruang solat kerana saya sampai lebih awal memandangkan jarak rumah dan masjid tidaklah jauh. Saya melihat sendiri bagaimana sesetengah jemaah agak fanatic, yang menimbulkan sedikit perasaan tidak enak di dalam dada. Masya Allah,ustaz Azhar sememangnya tidak bersalah. Namun jemaah dan ajk masjid yang seakan overacting. Kesian Ustaz, dia juga hamba Tuhan biasa. Yang tidak maksum dari dosa.

Apapun, kuliah dan penyampaian ustaz Azhar sangat menarik dan tidak pernah membuat jemaah kering gusi. Ada sahaja telatah atau lawak yang menggelikan hati, dan perkataan yang diguna sangat direct. Memang begitu cara berdakwah sebenar, menggunakan bahasa pendengar, yang lebih cepat sampai ke hati.

Kuliah berakhir sekitar jam 9.30 mlm, dan diteruskan dengan solat Isya`. Kebetulan diimami oleh Imam kedua-Ust. Din (lupa nama sebenar). Bacaan beliau yang sangat merdu dan menusuk jiwa sering membuat butir-butir jernih air mata luruh ke pipi setiap kali saya bersolat di situ. Dan semalam beliau membaca Surah Al Hujraat, dari mula ayat sehingga ayat ke 8. Jiwa seakan bergetar-getar mendengar arahan Allah kepada orang-orang beriman agar merendahkan suara apabila bersama Rasululullah dalam berbicara.

Betapa Rasulullah s.a.w malu dan terlalu menyayangi para sahabatnya, betapa Baginda takut untuk melukan hati untuk menegur kerana kepentingan peribadi. Tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang bermain di dada Baginda s.a.w. Waktu mendengar seruan untuk orang-orang beriman, titik manik air terus gugur ke pipi satu persatu. Hati kecilku ini Ya Allah, kembali merindui untuk bertemu dengan KekasihMu sekali lagi.

Kerinduan yang tidak pernah habis dan tidak akan pernah surut, biar berjuta kali pun bertemu. Kenangan pertemuan indah tempoh hari masih kemas kuingati, dan hikmah suapan kurma dari mulut sucinya walau dalam mimpi sudah mula kuhadamkan. Masa yang mengubah diriku atau akukah yang sedang berubah?

Jalan dakwah yang memanggil, sudah mula kusahuti satu persatu. Untuk terus berubah itu tidak akan berlaku, kerana tarbiyah memerlukan iltizam dan mujahadah yang tinggi. Usah terlalu laju berlari, kelak sungkur sakit tak terperi. Ini hanya permulaan. 

Hidup ini hanya menyahut SATU cinta. Cinta yang tidak ada dua dan akhirnya.

0 comments: