Hari yang dinanti akhirnya tiba jua,ketika dalam kenaifan kepimpinan yang saya rasakan terlalu lemah. Namun saya dibarisi oleh committee2 yang sangat tinggi semangat juangnya, dan merekalah segala kaki dan tangan saya sewaktu hari-hari yang dihadapi. Hari pertama, seperti biasa pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru. Kesempatan untuk saya berkenalan dan bertemu bual dengan kebanyakan ibu bapa yang hadir.
Malah tanpa sedar, ada di antara mereka yang cukup saya segani yang sempat saya bertemu, Maklumlah, ada di antara mereka merupakan Dato` dan Tan Sri…yang tidak ingin saya sebutkan di sini. Juga kehadiran sepasukan pegawai Polis Diraja Malaysia, yang menyambung di bahagian undang-undang yang turut membuat saya agak cuak.
Seperti biasa, majlis pertama selepas pendaftaran adalah pengenalan diri. Namun malang sekali, kerana waktu itu PM harus menghandle sendiri program tersebut tanpa MC disediakan, yang turut dihadiri oleh pegawai dari pihak atasan UIA. Berterabur English saya ketika itu, walaupun dalam cool ada juga perasaan gementar berhadapan dengan beribu-ribu bijik2 mata yang sedang memerhatikan saya.
Dengan 2 bahasa ibunda, English dan arab saya berjaya membuat kebanyakan mereka ternganga. Hehe.. Apalagi saya hanya dari kuliah architecture sahaja, bukan bidang arab atau agama untuk petah berucap dalam arabic. English adalah bahasa yang sememangnya rasmi dalam kampus, manakala arab adalah bahasa pilihan. Kerana di hadapan saya, ada beratus-ratus foreigners dari pelbagai negara.
Hari-hari yang dilalui terlalu meletihkan, tempoh 4 hari tersebut terlalu penuh dengan slot speech dan talk semata-mata. Dan setiap malam, saya menerima lebih 300 sms dari pelajar2 baru. Sampaikan tidak larat untuk saya membaca segala macam mesej yang panjang lebar setiap satu. Ada yang merungut, ada yang mengkritik, ada yang memuji..dan yang paling dashyat,ada yang ingin berkenalan. Penyalahgunaan kemudahan no. para committee yang tidak dapat diterima..
Tidak semua sms yang diterima saya reply, kalau saya reply sekadar balasan pendek..’ok’ atau ‘baiklah’..penat untuk melayan sms yang memenuhkan inbox saya, ada sms yang saya forwardkan kepada headcom untuk tindakan yang selanjutnya.
Begitulah hari-hari yang terpaksa saya lalui waktu itu, selain terpaksa memantau teman-teman committee agar menepati tentative dan juga flow program. Ibarat semua benda perlu dihafal di dalam kepala, dari mula sampai hujungnya. Kadang-kadang terpaksa untuk tegas dalam membuat keputusan, banyak benda yang kita tidak dapat jangkakan akan berlaku saat-saat akhir. Kerana kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan.
"Allah!
None has the right to be worshipped but He, the Ever Living, the One Who
sustains and protecs all the exists. It is Who has sent down the Book (Al
Quran) to you with the truth, confirming what came before it, and He sent
down the Taurat (Torah) & the Injil (Gospel)."(Surah Ali
Imran: 2-3) "And We have
sent down to you the Book (Al Quran)as an exposition of everything,
have submitted themselves (to Allah as Muslims)." (Surah
an-Nahl: 89)
.:Sekadar Renungan:.
"Sewajarnya bagi seorang Hamilul (penghafaz) Quran mengetahui malamnya (memeliharanya) di masa manusia sedang tidur, siangnya di masa manusia sedang berbuka, kedukaannya di kala manusia sedang bersukaria, tangisnya di kala manusia sedang bergelak ketawa, diamnya di kala manusia sedang berbual dan khusyu`nya di kala manusia sedang bermegah-megah"
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas`ud daripada Nabi Muhammad S.A.W
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh
Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته
محصورة؛ هو راع في ...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
0 comments:
Post a Comment