Kami mengadakan beberapa program kecil
sepanjang persediaan itu, termasuk slot bertemu muka dengan ketua-ketua biro
dan bacaan Yaa sin & solat hajat. Bagi saya, memimpin sebuah program ibarat
memimpin solat berjemaah, setiap inci perbuatan dan tindakan harus diteliti
dalam memastikan setiap rukun dan wajib jemaah dipenuhi. Anda tahu apa yang
paling sukar dalam solat?
Ia adalah melawan bisikan syaitan dari
dalam hati dan minda, begitu juga dalam kepimpinan. Ia tidak ubah seperti anda
bersolat, dugaan kepimpinan dari dalam itu lebih mencabar, perbalahan dan silap
faham yang kecil di antara barisan pejuang boleh sahaja menyebabkan kepimpinan
anda lemah bila-bila masa. Kemantapan rohani dan penyerahan terhadap yang Maha
Esa adalah kunci kejayaan sebenar.
Begitulah setiap kali saya berpeluang
bertemu mata dalam slot-slot kecil, benda yang paling saya tegaskan adalah
kekuatan dan ukhuwwah dari dalam. Banyak di antara mereka yang memimpin
program, tidak sedar terhadap perkara seperti ini. Atau mereka menganggap remeh
terhadap ukhuwwah dan persefahaman di antara setiap ahli yang menggerakkkan
sesebuah program. Lebih mudahnya, mereka lebih suka berada di puncak kuasa dan
mengarahkan sahaja setiap benda yang mereka rasakan betul. Sebab itu, program
kecil pun boleh gagal tanpa kefahaman dan ukhuwwah dari setiap ahli.
Dan saya rasakan, setiap ahli committee
saya banyak yang sedar dalam hal ini. Peringatan demi peringatan yang saya
berikan, Alhamdulillah mencurahkan hasil. Saya bukan kategori mereka yang suka
memegang jawatan, kerana itu walaupun saya menjadi PM saya lebih suka membuat
kerja2 yang pernah saya lakukan sewaktu saya menjadi ahli biasa.
Bermacam masalah yang saya tempuhi, namun
sedaya mungkin saya atasi dengan penuh rasional dan bijaksana. Emosi dan
perasaan harus diketepikan, sekalipun saya sendiri kadang2 tertekan. Namun inilah
hasil latihan yang saya terima di bidang perancangan Bandar, saya lebih matang
dalam menguruskan perasaan sendiri di waktu-waktu getir . Kami diuji dan di
torture minda, anda tahu apa yang paling penat?
Yang paling penat adalah apabila minda anda
di torture, dan hasil kerja anda dikutuk dan diperlekehkan. Di situ anda akan
rasa give up, ada yang terus collapse.Anda masih boleh membuat kerja kalau
hanya physical anda penat, tetapi anda akan tewas sekiranya minda anda sudah pun
lemah. Namun alah bisa tegal biasa.
Dalam program atau apapun event yang anda handle, sikap professional adalah
kunci diplomasi. Hanya mereka yang bijak memahami jiwa orang bawahan sahaja
yang mampu menjadi pihak atasan yang berjaya.
Di sepanjang tempoh persediaan untuk hari
kejadian, banyak juga benda yang membuat kepala saya haru biru. Jumlah
kemasukan sebenar pelajar yang asyik berubah, bajet yang tidak mencukupi,
alatan hilang di saat-saat akhir, perselisihan dengan antara department dan
jabtan malah banyak lagi. Kadang-kadang, kasihan juga saya melihat ketua dan
penolong setiap biro di bawah saya, kelam kabut dan ketensionan jelas
terpancar. Terpaksa pula saya redakan ketegangan mereka, memberi kembali
semangat yang hilang dan cuba sedaya mungkin membantu yang termampu.
0 comments:
Post a Comment