Seindah KalamNya

Tuesday, July 20, 2010

Di puncak 1

Share


“Tiada jalan mudah untuk ke atas, kcuali adanya iltizam untuk berjuang dari bawah.”
Sekadar  mengisi ruang kenangan dan permintaan adik-adik(mcm saya tua sangat..keh3) yang banyak kali bertanya. Kisah ini saya coretkan sewaktu saya sempat memimpin barisan committee yang lebih dari 250 orang untuk program UIA. Saya menyertai program Taaruf UIA tidaklah sekerap mereka yang lain, memandangkan saya bukanlah di antara mereka yang aktif. Dan ini hanya kali ke-empat dalam tempoh 4 tahun saya di UIA, dan ianya kali terakhir sebelum saya bersara.
Justifikasi Program
Program kali ini adalah yang paling mencabar, dengan jumlah batch junior yang terbesar pernah diterima di kampus Gombak iaitu seramai lebih 3000 pelajar baru. Dan saya hanya dimaklumkan jawatan Program Manager pada hari Kursus Induksi dijalankan. Bayangkan, di waktu itu saya sedang praktikal di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Kelantan, bertempat di SUK Negeri.
Dalam terkejut, saya menolak jawatan tersebut memandangkan saya bukan di antara mereka yang layak. Ditambah pula saya masih ada hari-hari praktikal yang masih panjang berbaki, namun rayuan itu ditolak mentah-mentah. Haru saya dibuatnya. Alhamdulillah saya diberi pembantu2 yang sangat gigih, semuanya dari akhawat yang berlainan kuliah. Mereka banyak berjasa dalam menguruskan program ini di sepanjang ketiadaan saya.
Dan saya sampai di bumi tercinta UIA pada hari pertama preparation dilakukan, iaitu sehari selepas saya habis praktikal. Kepenatan memandu 5 jam dari bumi Kelantan diabaikan, memandangkan komitmen besar sedang menunggu. Sampai sahaja saya di sana, saya terus ke bilik operasi program. 
Briefing
Sign
Bertemu mata dengan anak-anak buah, yang lebih 250 orang yang kebanyakkannya tidak saya kenali. Kami berbeza kuliah, malah majority di antara mereka adalah muka-muka baru dan pelapis bagi kami yang sudah sampai masa untuk di’out’kan dari bumi UIA. Masa yang berbaki tidak memungkin saya untuk berkenalan dengan semua orang, tetapi saya mengambil pendekatan untuk bersama mereka setiap kali ada kesempatan.
Pelbagai kerenah, bermacam ragam harus saya tempuhi. Bukan senang untuk memastikan setiap arahan di terima oleh semua committee di semua peringkat. Saya menolak sebarang kerenah birokrasi, yang perlu merujuk kepada ketua mereka sekiranya ada masalah. Saya lebih suka mengambil pendekatan agar mereka terus kepada saya untuk apa sahaja masalah yang berlaku.
Biro tag
Discussion

Teamwork

Hardwork

Production day

Saat-saat sukar yang saya lalui adalah apabila melihat banyak muka-muka baru, kadang-kadang saya sendiri tertukar mereka dengan pelajar yang tidak terlibat dengan program ini. Fikirkan, bagaimana harus saya menghafal setiap pattern muka dan nama mereka yang lebih 250 orang dalam tempoh yang terlalu singkat yang kurang dari seminggu. Sekalipun untuk mereka yang menghafaz Quran macam saya, ia benar-benar menguji diri saya waktu itu.
 Namun, saya sebaik mungkin cuba memaniskan wajah agar setiap ahli yang melihat saya rasa bersemangat untuk meneruskan kerja dan tugas yang masih berbaki. Saya sedar dan saya tahu, mereka ini tersangat kepenatan. Kerana mereka juga manusia seperti saya, dan sebagai ucapan penghargaan, saya sering mengucapkan terima kasih kepada mereka yang di bawah saya.
Stage decoration
Signage
Emergency Training
Yang paling banyak mengukir kenangan..Mr cameraman
Kalau anda tahu, bukan senang menjadi ketua yang disayangi. Anda harus dan PERLU menghormati dan mengasihi mereka, agar mereka boleh melakukan kerja seikhlas hati dan yang lebih penting mereka enjoy dengan tugasan yang diberi. Mereka tidak ditekan, dan saya tidak tertekan ^_-

Kesian
  
backstage_Multimedia
Special Task
Check bajet..aduhh, xcukup nie.. :P

0 comments: