Seindah KalamNya

Monday, January 24, 2011

A step BACK

Share

Kebosanan dan kejemuan+ kemalasan untuk menyudahkan baki-baki thesis mengembalikan semangat untuk menaip sepatah dua cerita ke dalam blog ini. Sudah enam hari cuti termasuk hari ini, di mana kelas pagi tadi dibatalkan di atas masalah kesihatan lecturer. Sangatlah membosankan tentunya..

Cerita di tengah hari, saya baru sahaja pulang dari lunch di sebuah café..makan berseorangan itu sudah menjadi kebiasaan* saja buat ayat sedih* hehe..ketika sedang enak saya menikmati rezeki Allah yang Maha Agung, tetiba ada seorang brother mengambil tempat di sebelah. Mula-mula, ingatkan kawan, rupanya langsung tak pernah kenal. Selamba dia duduk, buat muka tak bersalah seolah-olah tak ada orang di sebelah dia.

Pelik. Kemudian saya pandang kiri kanan, aik...banyak lagi tempat kosong, apsal tetiba duk di sebelah ni..Biar betul dia ni, sambil mata jeling-jeling. Kemudian suapan demi suapan, hati tak sedap la. Orang di sebelah, takkan saya nak wat dunno je..kecik2 dulu mak ajar hidup ni kena bertegur sapa, nak tak nak saya pandang brother kat sebelah.

“Already finished ur class, brother?” speaking plak. Terpaksa, sebab dia foreigner. Hehe..

“Oh, no..i just came back from library..” dia terkejut kot. Sebab saya dengan macho memulakan perbualan. Lelaki melayu memang la macho..he he.

Kemudian sesi perbualan pun bermula di meja makan tu, ceritanya dia budak engineering. Tapi belum amik majoring lagi, sebab dia kena amik bahasa English selama dua sem. Pahtu dia kata, “ur face is really familiar for me..maybe I see U somewhere, but I dun remember where..”
Memang la, saya pun duk sini jugak. Saya tanya dia, masuk intake mana..dia kata la intake july, owh..saya bgtaw la, saya pernah jadi committee taaruf masa dia masuk. Pastu dia pandang saya lama-lama, “Masya Allah, are u Programme Coordinator?”..dia pandang saya, konon la tu terkejut..hehe.Saya senyum, tak jawab soalan tu..Bkn PC la, PM..saya jawab dalam hati.Paham?! Kecik hati, haha..

Dia cakap la, nama dia Riyadh..sama dengan capital city of Arab Saudi, dia asal dari Yaman. Tanya lagi dia, Riyadh tu maknanya apa..dia kata, Riyadh banyak makna.. ada bermaksud syurga, tp most yang orang guna Riyadh tu adalah satu kebun yang subur, penuh dengan buah-buahan..ada sungai mengalir dalamnya…Ooo, respon spontan saya.

Dia tanya saya, asal negeri mana..owh lupa, pak Arab ni mudah paham bahasa Melayu. So jangan nak cuba-cuba kelentong diorang lpas ni, he3..saya kata Kelantan. Dia kata la dia pernah travel ke Terengganu, dia teringin nak gi Kelantan. Sebab dia kata dia dengar kat Kelantan ada MARKAZ of memorizing Quran..saya ternganga jap, dekat mana plak ada markaz ni. Tak pernah dengar pun.

“Are u a hafiz?”saya tanya dia..”I used to be a hafiz.”sambil dia wat muka sedih.

“Used to be?”..pelik dgr jawapan dia, ada plak used to be..orang yang jadi hafiz, hafaz Quran memang sampai bila-bila dia akan jadi hafiz dan kena jadi hafiz. Mana boleh used to be plak. Dia pun cerita dia pernah hafaz Quran sampai juzu` 21, tapi dia kata dia tak tahu dah banyak mana yang lekat dalam dada dia sekarang..

Dia kata dia sibuk sangat sekarang, tak sempat nak murajaah. Dia sedih, Quran yang dia hafaz dulu hilang macam tu je. Dia kata, rasa macam sia-sia hidup bila baroqah Quran dah hilang. Panjang lagi cerita dia, sedih pun ada saya dengar.

Cerita dia buat saya betul-betul termenung panjang, masya Allah..mungkin Allah nak tegur saya, yang dah makin lalai dengan kesibukan dunia yang terlalu tak bermakna. Murajaah pun macam ala kadar, sekadar memenuhkan syarat. Tak ada kesungguhan untuk risau kalau Quran dalam dada hilang selama-lamanya.. Memang jauh saya berfikir, Allah kalau nak tegur kita..DIA akan tegur dengan macam-macam cara, cuma terpulang pada kita nak ambil ibrah atau pun tidak..

Orang yang berkasih dengan Al Quran, benda lain akan jadi isteri atau kekasih no 2 dan seterusnya..sebab Quran kalu  merajuk, bukan sehari dua dia hilang..kadang-kadang berbulan-bulan, yang lagi parah ambil masa bertahun-tahun untuk lekatkan balik. Begitu juga orang yang ‘menceraikan’ Al Quran dari dirinya, maka ‘kebencian’ Al Quran adalah laknat untuk dunia dan akhirat.

Sesungguhnya aturan Allah itu sangatlah indah, hikmahNYA ada terselit di mana-mana bagi yang berfikir. Sebelum balik, I said: “Thanx Brother..”.Dia macam pelik, saya plak yang berterima kasih. Sambil senyum penuh makna, saya ajak dia datang Kelantan..I know someplace where the sounds of people memorizing the Quran like a group of bees buzzing on the air. 

Jumpa lagi, he said. Insya Allah.

Monday, January 17, 2011

The Invisible Continent

Share


Topik perbincangan usrah minggu ini adalah sangat menarik, apabila ramai yang kelihatan begitu teruja menanyakan soalan dengan topik yang saya bentangkan. Rupanya baru saya tahu, tidak ramai yang sedar mahupun tahu tentang perkara tersebut, sekalipun ia jelas terbentang di depan mata.

The Invisible Continent atau Benua Yang Tidak Dapat Dilihat sebenarnya topik yang masih baru diperbincangkan dan sangat hangat diperkatakan oleh intelektual masa kini. Benua ini merentasi masa, sempadan mahupun jarak yang sangat luas sehingga meliputi hampir 80% dari keluasan dunia.
Google, salah satu dari benua yang dikatakan bukan sekadar laman search engine. Benua yang dimaksudkan bukan terletak pada keluasan geography tetapi lebih kepada control power of the borderless country. Maknanya ia bukan sekadar sebuah company, dengan kelengkapan logistic dan juga pekerja mereka is all over the world.
The coverage of this continent is actually beyond the imagination, where the safety and security issues of the country is the vital point to be concerned.  Benua ini sememangnya above the laws, pergerakan dan juga tindakan mereka sebenarnya jauh lebih merbahaya jika dibandingkan dengan any kind of military units in the world. Dan ke mana sahaja Negara yang mereka takluki, mereka akan memanipulasikan sebanyak mungkin system sesebuah Negara.
Bangkok, sebagai contoh terbaik yang pernah cuba untuk menapis sebanyak mungkin website pornography yang diakses melalui Thailand. Dan google pernah mnolak untuk menyediakan khidmat mereka di Thailand sekiranya website-website ini disekat. Bayangkan betapa besar pengaruh mereka kepada sesebuah Negara.
Sehingga kita sangat tidak menyedari kita diserang, kesannya sangat halus untuk dilihat tapi effects begitu mengancam tamadun ummat masa kini. Terutama yang bergelar Muslim, yang diserang bertalu-talu minda dan akidah mereka.  Di antara serangan yang jelas terlihat kesannya adalah sumber media tanpa batasan, either in still image mahupun movies di mana ummat bertarung antara iman dan hawa nafsu.
Hari ini mungkin kita belum jelas kesannya, tetapi bagaimana kalau esok atau lusa this invisible continent will shut down their services in such a country. Bagaimana havoc dan chaos boleh tercetus, kuasa mereka tidak meluputkan terus sesebuah Negara. Tetapi mereka perlahan-lahan memamah sumber kekuatan dalaman yang menjadi ketamadunan sesebuah bangsa, iaitu muda mudi yang menjadi tunggak Negara when moral of the people in the country eventually decrease and diminish..that`s where the security is questionable..
 Satu lagi benua, microsoft juga menjadi tanda tanya..semua maklumat sudah di digitize kan untuk memudahkan segala kerja, tp jangan lupa semua maklumat even in an individual computer is vulnerable to be attack..bila-bila masa maklumat anda boleh dicuri, dipadamkan mahupun dimanipulasi.
Jangan lupa, most of the virus bukan dicipta oleh hacker luar tetapi juga daripada pihak Microsoft sendiri demi kepentingan tertentu. Most of the computer menggunakan windows sebagai Operating system, tidak kira Windows XP, Vista mahupun Seven.Dan bayangkan, jika Microsoft shut down their services just even for one night for a targeted country. Even your computer can be set as a timing bomb.
Still believe that is not possible?
Buka mata anda, persamaan antara benua-benua ini adalah SATU sahaja. Mereka hidup di atas business, ingat lagi sekali. Business adalah dunia di mana duit menjadi FOKUS! Di mana kepercayaan menjadi tanda tanya. Dan ke semua mereka dimonopoli oleh YAHUDI.
See Baqarah 120:
 
120. Never will the Jews nor the Christians be pleased with You (O Muhammad p.b.u.h ) till You follow their religion. Say: "Verily, the guidance of Allah (Islam) that is the (only) Guidance. And if You (O Muhammad p.b.u.h) were to follow their (Jews and Christians) desires after what You have received of knowledge (the Quran), Then You would have against Allah neither any Wali (protector or guardian) nor any helper.
Malay:
120: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan memperolehi dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Friday, January 14, 2011

ETP: Adakah indah khabar dari rupa

Share


Pada hari ini, ETP (Economic Transformation Programme)sudah menjengah hari ke-102 sejak pelancarannya oleh Perdana Menteri yang dimonitorkan oleh PEMANDU.. singkatan bagi Performance Management & Delivery Unit..directly under Prime Minister Department.
Sebenarnya, ramai mungkin terkeliru dan mungkin tidak tahu bahawa ETP hanyalah penjenamaan semula DEB yang dirasakan kurang memberi kesan positif terhadap pembangunan masa kini.  Kos sebenar dianggarkan melebihi RM 1.3 trilion. Dan pastinya ia bukan jumlah yang kecil, economic transformation programme ini diketuai sendiri oleh Senator Datuk Seri Idris Jala, antara penyelamat utama MAS(Malaysian Airlines) di satu waktu dahulu.
Penggunaan jentera swasta sebagai penggerak utama kepada ETP ini dilihat sebagai satu tindakan bijak, namun di satu sudut ia sebenarnya bakal membawa kesan buruk pada Negara. Anda boleh merujuk kesan penswastaan terhadap ekonomi ataupun the impact of the privatization on the economy(sekiranya tidak faham bahasa ibunda). Anda boleh cari sendiri kesan tersebut,saya tidak ingin menyuapkan informasi kepada orang malas.
 Keinginan dan ambition of government untuk meningkatkan GNI atau Gross National Income kepada US$15,000 per capita income bukan satu matlamat yang mudah untuk dicapai. Maknanya, kita perlu melipatkan gandakan pendapatan per capita income bg setiap household atau isi rumah dengan dua kali lebih tinggi berbanding sekarang. Dan akan banyak bond mahupun provide guarantees bakal dikeluarkan oleh bank-bank kepada kita untuk ‘memungut’ dana bagi menjayakan ETP ini.
ETP ini juga dilihat merupakan salah satu government plan untuk menjadikan KL sebagai satu Bandar 1st World Class yang dinamakan sebagai The Greater KL. Bajet untuk merealisasikan impian ini dianggarkan mencecah hampir RM 172 billions di kala KL sedang sarat dengan masalah social dan juga keruntuhan akhlak. Tidak lupa juga jurang ekonomi di antara isi rumah dianggap terlalu jauh, dan ia dianggap sebagai salah satu sebab mengapa ETP merupakan salah satu dari Utopian plan.
Utopian membawa maksud plan atau perancangan sesuatu city yang dianggap terlalu tinggi ke langit tanpa menjejak ke bumi yang dipijak (cantikan ayat bahasa melayu..hehe). Banyak lagi projek mega dari program ETP ini yang seolah-olah terlalu ‘wowww’ bila mendengarnya.
Pada saya, ETP ini hanyalah satu dari retorik politic untuk sesetengah pihak memancing undi bagi menyakinkan rakyat bahawa kerajaan sedang melakukan sesuatu kepada ekonomi. Dan juga menutup lubang di kala graf GDP Negara kian menurun, yang tidak memustahilkan satu hari nanti kita bakal dibawah Indonesia.  Lihat port-port sudah kian lengang, menunjukkan import export sudah tidak begitu memberansangkan. Tidak cukup sekadar menyedut harta rakyat melalui cukai-cukai dan sebagainya untuk menaikkan ekonomi.
Kedua, kerajaan harus sedar kerajaan bukan satu badan korporat entity, malah ia adalah satu badan yang boleh ‘diaudit’ oleh rakyat dan tidak boleh digunakan untuk merealisasikan impian ke arah mencapai ‘keuntungan’. Negara bukan satu bidang niaga, dan kerajaan bukan satu komoditi yang digunakan untuk meraih keuntungan. Kelak yang bakal mati dan sengsara adalah rakyat. Tidak semua benda boleh diniagakan kepada rakyat.
Bagaimana kalau suatu ketika nanti hospital,sekolah, bas, train,  dan segala keperluan asas diswastakan..Apakah akan terjadi satu ketika nanti ekonomi Negara bakal menjadikan yang kaya terus kaya, dan yang miskin bakal diperhambakan? Jangan pula kerajaan terlalu syok bermimpi..

Monday, January 10, 2011

5 atau 6 ?

Share


Teringin saya nak kongsi perbualan ilmiah saya dengan seorang ahli korporat..dan beliau bukan calang-calang orangnya, malah pernah memegang jawatan hebat dalam Federal Government.. Ceritanya terjadi sewaktu saya membawa beliau ke satu meeting, di kala saya menjadi driver secara tidak rasmi:
T: “Saya tak faham kenapa orang sekarang suka sangat menyokong pembangkang, sedangkan pembangkang tak mampu memberi apa-apa.. duit pun mereka tidak ada, apa lagi untuk memberi sumbangan projek kepada mereka”. Kata-kata beliau teramat menarik perhatian saya.
S: “Maksud tuan, di bawah pembangkang Negara takkan maju? Rakyat akan miskin?” sambil mengerut kening..Cuba untuk faham.
T:“ Awak orang muda, sepatutnya lebih berfikiran jauh”..beliau menambah.
T: “ Cuba awak tengok, wakil rakyat pembangkang. Berapa sangat yang dapat mereka berikan kepada rakyat, berbanding wakil rakyat Kerajaan. Macam mana nak maju Negara kalu macam ni?!”.
S: “ Hmm..saya ni natural, tidak menyokong mana-mana pihak..hanya yang benar dan betul sahaja pilihan saya. Undi pun rahsiakan.”..sambil tersenyum, saya cuba berdiplomasi. Bimbang plak melenting beliau nanti kalau saya direct membangkang.
T: “ Takpe, kita bercakap soal arah tuju Negara dan rencah politik hari ini. Saya rasa, orang muda patut melihat jasa dan sumbangan kerajaan dalam membina bangsa. Patutnya orang muda boleh faham, benda simple sangat.”. dia menyambung.
T: “ Katakan kerajaan ada RM 10 ringgit di tangan, dan mampu bagi pada rakyat sebanyak 6 or 7 ringgit. Tapi pembangkang hanya ada RM 5 untuk projek, dan terpaksa bagi semua RM 5 pada rakyat. Mana lebih besar 6 atau 5 ringgit?!” soalan beliau simple, tapi memeningkan kepala. Itu soalan physo, untuk membezakan sapa lagi banyak memberi manfaat.
S: “ Tuan, saya rasa soal 5 atau 6 tidak timbul. Pertama, bank Negara tidak pernah mengeluarkan duit mengikut kadar permintaan pasaran. Nanti inflasi jadinya. ”. Beliau terdiam. Saya senyum, berhenti untuk menyusun ayat.
S: “ Kedua, saya rasa kalau dbenarkan untuk memilih 5 atau 6 ringgit. Saya amik 5. Sebab, saya dapat 5/5. Maknanya saya dapat semua hak saya dari pembangkang. Tapi saya dapat hanya 6/10 kalau saya berada di kerajaan. Maknanya saya hilang 4/10, banyak tu tuan..katakan 4/10 dari RM 1 billion. Tuan boleh bayangkan berapa banyak duit dan hak rakyat yang hilang.” Sambil buat-buat terkejut, supaya beliau berfikir.
T: “ Yela saya taw, tapi awak dapat hanya 5. Berapa sangat awak dapat dengan 5, mana la rakyat nak maju kalu macamni memerintah. Tengok macam Kelantan, berapa sangat yang kerajaan boleh bagi?” sempat dia kutuk negeri saya. Cess..
S: “ Tuan, saya rasa biar saya dapat 5 dari saya dapat 6 tapi saya ditipu. Katakan saya bank, nama bank saya Hasil Dalam Negeri. Tiap-tiap bulan tuan menabung dalam bank saya, kemudian bank saya bagi balik duit tuan dalam bentuk projek. Dan tuan hanya dapat 6/10 dari total duit tuan. Lagi 4, saya masuk poket saya la.Dan total kos projek tetap 10 tuan, bukan jadi 6 atau 4.Apa tuan rasa kalu saya buat macam tu.” Senyum lagi, pura-pura nak taw jawapan. Simple je contoh saya.
T: “Hmm, tapi awak tetap dapat RM 5 je.” Tak habis-habis dengan RM 5 beliau. Tak faham asas lagi rupanya.
S: “ Yea saya memang taw, saya dapat lebih sedikit dari tuan. Tapi saya dapat total hak saya, sedangkan tuan dapat separuh sahaja dari sepatut yang tuan dapat. Sedangkan itu hak tuan, segala macam cukai yang tuan bayar itulah duit simpanan tuan. Yang patut kerajaan gunakan untuk bagi projek, bangunkan Negara. Bukan dengan bagi separuh, masuk poket sendiri separuh.”.
S: “ Sebab tu yang kaya makin kaya, manakala rakyat marhaen hanya telan pasir dari lori-lori yang larikan khazanah Negara. Pemimpin sekarang bukan dipilih sebab miskin atau kaya, tapi sebab integrity yang dinilai. keboleh percayaan, amanah dan sikap tanggungjawab itu sendi utama. Bagaimana kita nak harap orang jaga rumah kita mahupun Negara kita kalau hari-hari dirompaknya harta rakyat sedikit demi sedikit.” Saya menyambung sambil tersenyum, kena paku buah keras sekali.
S: “ Saya rasa tuan lebih pakar dari saya dalam bidang ni, lebih tahu selok belok ekonomi. Sebab tuan dah lama dalam bidang ni, cuma yang saya nampak kerajaan sekarang kalau masih mahu menangkan hati orang muda sekarang adalah dengan mengubah dasar mereka. Kalau kerajaan mampu bagi 10/10 macam kerajaan pembangkang, saya rasa tidak ada masalah untuk memberi peluang kerajaan sekarang terus membangunkan Negara. Rakyat sekarang lebih cerdik, tuan. Ramai golongan cendekiawan yang lahir sekarang, sekarang bukan zaman menyuap minda rakyat dengan benda-benda mengarut. Mereka lebih pandai untuk menilai sekarang”.
S: “ Dan saya rasa, selagi dasar kerajaan tidak ditukar, selagi kronisme dan juga rasuah masih wujud saya rasa gelombang tsunami politik kali kedua pasti lebih besar nanti. Masih ada masa untuk kerajaan mengambil langkah drastic.” Seolah-olah memberi harapan kepada beliau.
Dan beliau tersenyum, mungkin percaya masih ada masa untuk kerajaan membuat anjakan paradigma agar beliau terus mendapat projek-projek dari kabel-kabelnya. Manakala saya? Saya natural, no politic`s color. Bercakap dengan fakta dan rasional, bukan dengan emosi.

Anda pula bagaimana? 5 atau 6? Hehe..

Wednesday, January 5, 2011

Difficult

Share



Often people attempt to live their lives backwards; they try to have more things or more money, in order to do more of what they want, so they will be happier. The way it actually works is the reverse. You must first be who you really are, then do what you need to do in order to have what you want.
 

Sunday, January 2, 2011

Video Terbaik..

Share



Ingin sekali saya kongsikan video ini, yang saya download dari Facebook. Maaf saya terlupa siapa sebenarnya pencipta video ini, apapun setinggi-tinggi perhargaan kerana berjaya menghasilakan video yang tersangat bermakna.
Entah kali ke berapa airmataku merembes jua setiap kali menghayati video ini, gabungan hadis dan nyanyian latar nasyid begitu menyentuh perasaan. Maafkan aku Ya Rasulullah, terleka dan terpedaya dengan nikmat dunia yang sementara.
Sehingga terlupa perjuangan sebenar kehidupan yang masih panjang.. Moga masih ada peluang untuk memperbaiki langkah-langkah yang pincang.

Bagaimana layanan kita terhadap Al Quran

Share


Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini kerana mereka memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur-tangan manusia. Setiap kata-kata yang ada di dalamnya masih persis sama dengan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah saw.

 Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini, kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu. Al- Qur'an diturunkan Allah kepada mereka agar mereka membacanya, memahami isinya dan berbuat menurut petunjuknya.
 
 Dan dengan pertolongan Kitab ini, mereka disuruh untuk menegakkan pemerintahan di muka bumi Allah ini yang berfungsi sesuai dengan hukum Allah. Al-Qur'an datang untuk memberikan kepada mereka kebesaran dan kekuasaan. Ia datang untuk menjadikan mereka Wakil Allah yang sejati di bumi ini. Dan sejarah telah membuktikan bahawa bila mana mereka (umat Islam) berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam Kitab ini, maka Kitab ini akan memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka imam dan pemimpin dunia.

Tetapi sekarang, kegunaan al- Qur'an bagi mereka hanyalah untuk disimpan di rumah untuk mengusir jin-jin dan hantu-hantu. Mereka menuliskan ayat-ayat al-Qur'an pada lembaran-lembaran kertas lalu menggantungkannya pada leher mereka, atau mencelupkannya ke dalam air dan kemudian meminum airnya, dan mereka membaca ayat-ayat al-Qur'an tersebut tanpa memahami ertinya, namun mereka mengharapkan untuk dapat memperoleh sesuatu berkat daripadanya.
 
Mereka tidak lagi mencari petunjuk daripadanya untuk mengatur masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka tidak lagi menjadikan al-Qur'an sebagai pertimbangan untuk mengetahui apa yang harus mereka percayai, apa sahaja, yang harus mereka kerjakan, dan bagaimana mereka harus melakukan transaksi-transaksi.

Mereka menjauhi al-Qur'an dalam menentukan hukum-hukum apa yang harus mereka ikuti dalam mengikat tali persahabatan dan membuat permusuhan, hak-hak apa yang dimiliki sesama manusia atas diri mereka dan juga hak-hak mereka sendiri atas sesama manusia. 

Mereka menjauhi al-Our'an dalam menentukan apa yang benar dan apa yang salah, siapa yang harus dipatuhi perintahnya dan siapa pula yang harus ditentang perintahnya, dengan siapa mereka harus memelihara hubungan dan dengan siapa tidak, siapa teman mereka dan siapa musuh mereka, di mana letak kehormatan, kesejahteraan dan keberuntungan mereka, dan di mana letak kehinaan, kegagalan dan kerugian mereka?

Kaum Muslimin tidak lagi memeriksa masalah-masalah ini dengan al-Qur'an. Mereka sekarang meminta petunjuk tentang masalah-masalah tersebut kepada orang-orang kafir, orang-orang musyrik, oring-orang yang sesat dan hanya mementingkan diri sendiri, kepada suara-suara iblis yang ada dalam diri mereka sendiri, dan mereka mengikuti apa sahaja yang dikatakan oleh unsur-unsur tersebut.

Kerana itu mereka ditimpa bencana yang pasti akan datang, menimpa sesiapa sahaja yang melupakan Allah dan yang mengikuti petunjuk selain dari petunjukNya. Bencana itu menimpa mereka sekarang di India, Cina, Palestin, Syria, Algeria, Maghribi dan di negeri-negeri lainnya. Akan halnya, al-Qur’an sendiri, ia adalah sumber kebaikan yang paling besar. Al-Qur'an mampu memberikan kepada anda manfaat apa pun yang anda inginkan dan sebanyak apa pun yang anda mahu.

Kalau dari al-Qur'an, yang anda cari hanya manfaat yang kecil dan remeh, seperti untuk mengusir jin dan hantu-hantu, ubat untuk orang sakit batuk dan demam, kemenangan dalam pengadilan dan kejayaan dalam mencari kerja, maka yang anda peroleh, memang, hanya hal-hal kecil itu sahaja. Bila yang anda cari hanya kekuasaan di atas dunia dan penguasaan terhadap alam semesta, maka anda juga akan memperolehnya.
 
Dan kalau anda menginginkan untuk mencapai puncak kebesaran rohani, al-Qur'an juga akan membawa anda ke sana. Ini hanyalah soal kemampuan anda untuk mengambil manfaat daripadanya. Al-Qur'an adalah bagaikan lautan anda hanya mengambil dua titis air daripadanya, padahal, sebenarnya ia mampu memberikan air sebanyak lautan itu sendiri.

Saudara-saudara!

Apa yang diperbuat saudara-saudara kita sesama Muslim terhadap Kitab-Suci Allah adalah sangat bodoh dan patut ditertawakan. Seandainya mereka (saudara-saudara kita sesama Muslim) melihat orang lain berbuat seperti itu terhadap sesuatu yang lain, pasti mereka akan mentertawakannya dan menganggapnya sebagai orang gila. Sekiranya ada orang yang menerima preskripsi dari seorang doktor, lalu preskripsi itu dibungkusnya dengan kain dan digantungkannya di lehernya, atau dicelupkannya ke dalam air dan air itu diminumnya, apa yang akan anda katakan? Tidakkah anda akan mentertawakan dan mengatakan orang itu sebagai orang yang bodoh?
Lihatlah, sekarang ini di depan mata anda semua perbuatan seperti ini sedang dilakukan terhadap preskripsi yang paling berkesan dan tidak ternilai harganya, yang ditulis oleh doktor yang paling besar dari semua doktor, yang dimaksudkan untuk menyembuhkan semua penyakit anda. Namun tidak seorang pun yang tertawa melihat perbuatan ini!

Tidak seorang pun mencuba mengerti bahawa sebuah preskripsi bukanlah untuk digantungkan di leher atau dicelupkan ke dalam air lalu diminum, tetapi untuk menggunakan ubat dengan cara seperti yang-ditunjukkan dalam preskripsi itu.
  Artikel asal: ABU A’LA AL-MAUDUDI

ERTI MENERIMA ISLAM

Share

 

Apa ertinya menerima Islam ? Apakah ini bererti bahawa sesiapapun yang mengucapkan "saya adalah seorang Muslim atau saya telah menerima Islam" automatik menjadi seorang Muslim?

Apakah ini bererti seperti seorang penganut Brahmana yang mengucapkan mentera berbahasa Sanskrit, atau seperti seseorang yang mengucapkan ungkapan-ungkapan berbahasa Arab, walaupun tidak memahami makna yang terkandung dalam ucapan mereka, pantas disebut seorang Muslim? Sekarang tentu anda dapat menjawab pertanyaan di atas. Pasti anda menjawab: "Tidak".

Anda pasti akan mengatakan bahawa erti menerima Islam adalah bahawa seseorang harus dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Muhammad saw, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka ia adalah seorang Muslim, dan barangsiapa yang tidak berbuat demikian, ia bukanlah seorang Muslim.

SYARAT PERTAMA: PENGETAHUAN

Dari jawapan di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa pertama sekali, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut.  Seseorang tidak dapat menjadi seorang Muslim tanpa memiliki pengetahuan, kerana Islam tidak diperolehi kerana faktor keturunan, tetapi kerana pengetahuan. Kalau orang yang bersangkutan tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw, bagaimana ia boleh menyatakan keimanannya kepada ajaran tersebut dan mempraktikkannya?

Dan bila ia menyatakan keimanannya tanpa kesedaran dan tanpa pengertian mengenai ajaran tersebut, bagaimana ia dapat menjadi seorang Muslim? Adalah tidak mungkin untuk menjadi seorang Muslim dan hidup sebagai seorang Muslim tanpa mengetahui apa-apa. Seseorang yang dilahirkan di tengah-tengah keluarga Muslim, mempunyai nama seperti seorang Muslim, berpakaian seperti seorang Muslim, dan menyatakan dirinya sebagai seorang Muslim, sebenarnya dia bukanlah seorang Muslim.

Kerana, seorang Muslim yang sebenarnya hanyalah seorang yang tahu, apa makna Islam yang sebenarnya dan menyatakan keimanannya,.kepada Islam dengan penuh kesedaran. Perbezaan yang sebenarnya antara seorang kafir dengan seorang Muslim bukanlah perbezaan dalam nama. Nama Joni tidaklah bererti bahawa pemiliknya adalah seorang kafir dan nama Abdullah pemiliknya adalah seorang Muslim.

Demikian pula orang yang memakai seluar jeans tidak bererti dia seorang kafir, dan yang memakai sarung seorang Muslim. Tidak, tidak demikian. Perbezaan yang sebenarnya antara seorang kafir dan seorang muslim adalah dalam hal pengetahuan. Seseorang adalah kafir kerana ia tidak tahu bagaimana hubungan dirinya dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan dirinya, dan tidak tahu cara hidup yang mana yang harus dijalaninya di dunia ini, yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Apabila seorang anak dari orang tua yang Muslim tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ini, maka apa alasannya bagi kita untuk menganggap dirinya sebagai seorang Muslim?
Saudara-saudara!

Saya minta anda semua mendengarkan baik-baik apa yang sedang saya huraikan dengan penuh tekanan ini, dan memikirkannya dengan tenang tanpa emosi. Anda semua harus mengerti benar-benar bahawa memperoleh atau kehilangan kurniaan Allah yang terbesar yang anda syukuri itu, adalah tergantung seluruhnya pada pengetahuan.

Bila anda tidak mempunyai pengetahuan untuk itu, anda sama-sekali tidak akan dapat memperoleh kurnia itu. Bahkan kalau anda mempunyai sebahagian kecil sahaja dari anugerah itu, maka kerana ketidaktahuan anda, anda akan selalu terancam bahaya kehilangan milik anda itu. Orang yang mestinya boleh memiliki anugerah yang besar itu, kerana kebodohannya, mungkin akan menganggap bahawa dirinya adalah seorang Muslim, padahal sebenarnya ia bukanlah seorang Muslim.
  

Perumpamaan orang yang sama-sekali tidak tahu perbezaan antara Islam dan kufr serta perbezaan antara Islam dan syirik adalah ibarat seseorang yang sedang berjalan pada sebuah lorong yang gelap. Mungkin sekali, ketika ia sedang mengikuti sebuah lorong yang lurus, langkahnya menyeleweng ke arah yang lain dan ia tidak sedar bahawa ia telah menyeleweng dari arah yang lurus yang harus ditempuhnya. Dan mungkin sekali, di tengah jalan ia akan bertemu dengan seorang dajjal yang akan mengatakan kepadanya: "Hai Nak! Kamu telah tersesat dalam kegelapan. Mari, kupimpin engkau kepada tujuanmu".

 Pejalan yang malang itu, kerana gelap tidak mampu melihat dengan matanya sendiri mana arah yang lurus. Kerana itu, tanpa curiga apa-apa, ia akan segera menyambar tangan si dajjal dan terus berpegang kepadanya, dan si dajjal akan membawanya ke jalan yang sesat. Bahaya ini mungkin sekali akan menimpa pejalan tersebut, kerana ia sendiri tidak memiliki obor apa pun dan kerananya ia tidak biasa melihat tanda-tanda di sepanjang jalan yang ditempuhinya.

Apabila ia mempunyai obor, tentulah ia tidak akan tersesat atau disesatkan oleh orang lain. Dari contoh ini anda boleh memahami bahawa, bahaya terbesar bagi seorang Muslim adalah ketidaktahuannya sendiri akan ajaran Islam, dan ketidaktahuannya akan apa yang diajarkan oleh al-Qur'an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

 Kerana tidak mempunyai pengetahuan, ia pasti akan meraba-raba sahaja sepanjang jalan, dan akan disesatkan oleh dajjal. Tetapi bila ia mempunyai obor pengetahuan, maka ia akan mampu melihat jalan Islam yang lurus pada setiap langkah dalam hidupnya, melihat dan menghindari jalan-jalan kufr, syirk, bid'ah dan tidak bermoral yang menghalang jalannya, dan bila seorang penyesat ditemuiya di tengah jalan, maka setelah bertukar kata sejenak dengannya, ia pasti akan segera sedar, bahawa orang yang ditemuinya itu adalah seorang yang jahat dan tidak boleh diikuti.

 Artikel asal: ABU A’LA AL-MAUDUDI