Seindah KalamNya

Tuesday, November 5, 2013

27 [Hijri atau Masihi]

Share



Salam 1 Muharam..rupanya kita sudah memasuki tahun 1435 Hijri. Guess what? Today on this year I’m 27 already.. [He He].Born in 1408 and now reaching in year 1435. But still in Masihi, I’m just passed few months of 25. 2 years difference from Hijri-Masihi. Yet as muslim,we do look upon Hijri calendar.
Orang duk panggil adik lagi..tp upenye dh 27..:P


Eh, manglish. [Sori]. Alhamdulillah, sudah di ambang 27 tahun. Mengapa 27 tahun itu penting.. sebenarnya ada cerita, 4/5 tahun lepas saya diingatkan oleh 3orang ustaz yang berbeza..yang tidak mengenali satu sama lain, tetapi mempunyai kelebihan naluri yang tajam.. Waktu itu saya sebenarnya mendapatkan rawatan kerana sedang sakit, mereka mengingatkan supaya saya usah risau pasal jodoh. Kerana saya tidak akan berkahwin melainkan apabila umur mencecah 27.

Mulanya saya enggan menerima, dan masih enggan menerima kenyataan.  Tetapi 4/5 tahun saya cuba merapati pintu perkahwinan, nyata saya gagal. Samada saya menolak atau saya ditolak. Itu biasa. Sehingga semalam, apabila lewat pulang dari masjid usai solat maghrib utk doa akhir tahun dan awal tahun barulah peringatan dari ustaz-ustaz ini menerjah ke kotak ingatan saya.

Cuma masih menjadi teka teki, samada ia 27 dalam Masihi atau Hijri. Cuma melihat pada keadaan dan suasana saya sekarang, besar kemungkinan saya akan menutup era bujang pada usia Hijri ini. Kalu sudah jodoh, calon akan datang memberi salam. Itu  tidak merisaukan, yang penting keadaan saya sudah mengizinkan untuk saya menamatkan zaman bujang. Samada dari segi financial, sedikit ilmu dan juga persediaan kehidupan sudah memberi ruang.

Tarbiah kehidupan sudah menyediakan saya untuk menjadi seorang suami dan seorang ayah yang cuba untuk memberikan yang terbaik. Cuma tunggu masa, saya akan umum siapa calon yang di hujung sana berjaya mengetuk pintu hati buat saat-saat terakhir. Dan waktu itu, insya Allah undangan beserta kad akan tiba.[jeng..jeng]

Tuesday, October 29, 2013

Kedoktoran: Tribute untuk Anakku.

Share



Bismillahirahmani Rahim. Sudah hampir 3 bulan tidak menyinggahi dan mengemaskini blog ini, meskipun saya sudah mempunyai blog baru yang lebih ke arah akademik dan berinfo. Tidak lagi merapu seperti di blog ini, meskipun begitu saya masih rindu untuk merapu di sini. Kalu bercerita tanpa seloka, pasti itu bukan saya. [hee]

http://thewalkingquran.blogspot.com/       [boleh singgah melawat, masih dalam pembikinan].

Merapati di penghujung October ini, terlalu banyak cerita duka yang menyebabkan saya kepenatan. [Penat dari dalam jiwa]. Barangkali hampir patah semangat, namun digagahkan juga untuk bergerak walaupun terpaksa mengheret badan dari satu tapak ke tapak yang baru. Study, financial, personal matters, dan kerjaya sebagai pensyarah membuat jiwa saya kelelahan.

Beberapa kali terpaksa membuat talian hayat, menagih motivasi dari bonda dan sahabat2 yang masih wujud memberi semangat untuk menongkah perjalanan sukar ini. Perjalanan kedoktoran ini bukan satu laluan mudah, liku demi liku dan jatuh demi jatuh diterima dengan penuh redha.

Sehingga satu waktu, hati kecil ini sudah terlalu rasi untuk menelan kepahitan. Sehingga bisa-bisa perjuangan menjadi biasa, sudah lali barangkali. Saat seperti itu, jiwa ini bagai mengalukan sahaja ujian dan dugaan yang bertali arus. Tamrin dan tarbiah kehidupan yang tidak mungkin dijumpai di ceruk-ceruk kuliah, yang benar-benar mengajar erti pasrah dan tawakal pada Yang Maha Esa.

Terasa segenap rongga hati sudah berlubang dan tebal, ditikam onak-onak dan duri-duri masalah dan ujian kehidupan. Sudah mati segala deria, untuk menangis dan mengeluh terhadap apa yang berlaku. Satu persatu ujian bertandang, setiap itu airmata merembes dalam senyuman. Kukuh di mata manusia, kalah di saat sujud di hadapan Yang Esa. [Allah..Allah]

Jika tidak niat ini kerana untuk kepentingan agama dan bangsa, pasti sudah lama mengalah dan berhenti menyoroti liku-liku kedoktoran. Jika tidak kerana memikul amanah dan harapan mereka yang sentiasa memberi semangat, pasti sudah tersungkur sejak di permulaan.

“ Ini dunia wahai anakku..ruang lelah dan payah, tempat berjuang dan terbuang..kembara ini adalah hadiah untukmu, memodelkan aku sebagai petanda aras untuk kau ikuti bersama bangsamu..perjalanan yang sukar ini aku tulis satu persatu, untukmu mengambil iktibar dan pedoman di masa akan datang.

Sebelum aku menjadi seorang bapa, aku adalah seorang anak pada ibu dan ayahku..yang pernah menyimpan hasrat seperti hasratku kepadamu, cuma bezanya aku melalui dulu perjalanan ini untuk kau ikuti..agar mendaki lebih tinggi atau mencipta yang lebih baik.

Aku mengorbankan sebahagian hayatku untuk memastikan engkau mendapat yang terbaik, meninggalkan sebahagian besar cita-citaku demi sebuah generasi. Aku menulis ketika engkau masih belum wujud, malah sebelum aku masih belum mengenal siapa ibumu. Tapi aku sedar, untuk sebuah generasi ia bermula dengan seorang individu seperti aku.

Lalu aku berubah, memikul setiap amanah-amanah generasi yang sepatutnya dilunaskan oleh generasi sebelumku. Sehingga satu waktu, akan kuserahkan baton perjuangan ini padamu nanti untuk kau teruskan. Melalui perjalanan yang serba fakir, aku menapak satu persatu sehingga seluruh debu-debu perjuangan menyapaku. Melalui daerah demi daerah mengutip butir-butir tarbiyyah, untuk memastikan aku memenuhi segala syarat untuk sebuah matlamat. Sehingga aku terasa kelelahan kerana peritnya perjalanan seperti ini.

Aku berjuang kerana cintanya aku pada agama dan bangsaku, yang menagih perubahan dalam sebuah system. Kerana cinta ini aku memerlukan kamu dan bangsamu, menjadi yang lebih baik. Dan aku sedar ia sebenarnya bermula dengan diriku.”

Sebuah janji dan hasrat untuk dilunasi, sebelum memegang tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada seseorang  [yang entah siapa orangnya]. Pencarian demi pencarian bagi memastikan ia selari dengan matlamat perjuangan dan langkah kehidupan. Mengharuskan untuk lebih memilih dan berhati-hati dalam mencari teman perjalanan.

Kedoktoran. Sebuah daerah sakit dan perit, daerah untuk memutuskan segala saraf otak di benak minda..memecahkan segala kemungkinan dan membenamkan segala ketakutan dan igauan. Perlu untuk bangkit dan melupakan segala kesakitan seolah-olah ia tidak pernah berlaku. Walaupun sedar ia hanyalah lakonan.

In life, there's a price for everything u want. Things that you should let it go, things that you should forget, and things that you should give to others and keep none for you. 

There's time you must close your eyes, and learn to forget even in hard way. Time that you must said "i'm okay" when you are not, and learn how to smile. Time you should tell yourself to move on while your still want to stick with it.

This is LIFE. And i'm walking on its path. 
 
M.S Wan
Doctor of Philosophy, 2013
Malaysia.





Saturday, August 17, 2013

Salam Kemenangan Eid Fitri Mubarak.

Share



Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar.
Walillahil Hamd..

Selamat hari raya [harap belum terlambat] buat semua tetamu senyap di ruang maya ini, memohon maaf jika pernah ada sebarang kesilapan mahupun kekhilafan secara sengaja ataupun tidak. Dan di saat ini, saya memaafkan kesemua kesilapan yang pernah dilakukan oleh sesiapapun, membuka lembaran baru kehidupan dengan warna yang lebih cemerlang. ;) 

Masih ada baki dua minggu sebelum kembali menjadi seorang pelajar [rindu nk masuk kelas galas beg sekolah], hakikatnya masa terlalu cepat berlalu. Menjadi pelajar kedoktoran phD bukan tugasan mudah, tetapi bukan juga tugasan yang membebankan. Hakikatnya tiada lagi kuliah yang menjemukan [duduk termangu mengadap slide],tiada lagi exam yang menyenakkan kepala [menghafal nota last minit], tidak perlu lagi assignment yang bertimbun [hooorrraayy!!].. namun kesukaran paling besar adalah kesungguhan dan disiplin di kala tiada lagi pensyarah yang akan mengawasi seperti selalu [Tersangatlah berat].

Lebih dari 3 bulan saya menutup buku dan betul-betul bercuti dari sebarang bahan akademik, menumpukan kepada persediaan kuliah dan program masjid termasuk kuliah Ramadhan dan mengimami terawih. Kesibukan barangkali, atau kegagalan pengurusan masa [pengakuan jujur..hehe].

Menjadi pelajar kedoktoran di peringkat tinggi di kala usia masih lagi hingusan, ketika orang sedang sibuk mendirikan rumahtangga dan mencari pasangan adalah sesuatu yang cukup mencabar. Namun dalam perjuangan kehidupan seperti ini, pengorbanan ini amat mahal bayarannya. Di kala anak-anak buah bercuti beraya, mendengar mereka galak bercerita melihat gambar bapa saudaranya ini di sebuah majalah GenQ edisi 23[dengan gaya perasan..keh keh keh]. 

GenQ edisi 23 [Julai 2013]

Namun ada kejujuran yang lebih mengharukan, ada anak buah bercerita mereka ingin menjadi Hafiz macam Ayah we dia..Bila ditanya kenapa, katanya Ayah We mati tidak akan dimakan ulat. Mok dan Tokwan [merujuk kepada nenek dan arwah atuk mereka] pun sama sebab Ayah we Hafiz katanya. Allah..[terdiam saya dibuatnya]. Bila ditanya macammana tahu ni, katanya ummi yang bagitau semua. [Dialog kecil ini adalah benar-benar membuat hati tua saya dijentik rasa terharu yang amat]. Allah.

Serasa pengorbanan sudah ada bayarannya walau destinasi masih jauh, langkah kehidupan yang dijuangkan ini bukanlah untuk kepuasan mahupun nama. Tetapi ia lebih kepada teladan dan contoh yang perlu ditunjukkan , menjadi penanda aras buat generasi warisan hadapan. Memang niat di hati untuk menjadikan diri sendiri kepada anak-anak sebagai contoh, setidaknya kita memodelkan diri sendiri sebagai target dan penanda aras untuk mereka. Rupanya belum pun sampai masa untuk anak-anak sendiri, anak buah sudah mula berlumba untuk menjadi seperti Ayah We nye [Hamdan Lillah].

Apa yang kita cari dan mahu dalam kehidupan untuk masyarakat dan ummah, perlu terlebih dahulu kita terjemahkan pada diri kita. Pikul dahulu tanggungjawab, laksanakan apa yang sepatutnya. Pesankan teladan melalui perbuatan. 

Selamat Hari Raya. ^_^

# Salam Solidariti Buat Mesir dan Syria. Ayuh teruskan Qunut Nazilah untuk kemenangan.

Saturday, August 3, 2013

Alhamdulilla Ya Rabb.

Share



Bismillahirrahmani Rahim.

Lamanya tidak mengemaskini sebarang post di sini, sejak dari Mac sehingga merapati Ogos yang sudah mula menjengah. Pagi ini adalah malam ke-25 Ramadhan, seusai iktikaf, solat dan tadarus Alhamdulillah ditiup angin kerinduan untuk menziarahi blog kuning emas ini. Istimewa.
Sejak dari awal terawih mala mini, sehingga la ketengah malam dan pagi ini [masih belum sahur] terasa sangat sedih. Sedih bukan kerana kesusahan dan kesempitan, tetapi sedih kerana betapa banyaknya nikmat yang tidak disyukuri.

Rasa hebat dan agung dengan kehebatan Allah Yang Maha Esa, rasa betapa benar DIA tidak pernah menolak doa-doa kita walau hakikatnya belum tertunai waktu ini. Namun kejayaan dan apa yang kita miliki hari ini adalah hakikat sebenar doa-doa yang pernah kita pinta semalam. Allah. [Agungnya Tuhanku].

Dan terawih tadi, berehat dari mengimami solat kerana diganti oleh pengkuliah jemputan utk malam tadi setelah hampir sebulan menjadi imam terawih tetap. Kesempatan mendengar imam membaca ayat membuat butir air mata menitis. Allah, terlalu banyak kenikmatan yang terlupa dan terlalai untuk disyukuri.

Serasa hari ini, tidak ingin berdoa untuk meminta sebarang hajat. Melainkan di tadah tangan mengucap syukur dan tahmid berkali-kali, rasa ingin waktu ini untuk berterima kasih di atas kenikmatan yang terlalu banyak ini. Allah [Ampuni aku yang sering lupa berterima kasih].
Alhamdulillah Ya Allah, untuk setiap nafas kesihatan dan kudrat yang masih diberi untuk bersujud dan menyembahMu.

Alhamdulillah Ya Allah, untuk saat ini yang memberi ruang untuk aku kembali ke daerah sedar kehambaan di saat lain yang aku sering lalai dan terleka.

Alhamdulillah Ya Allah, untuk setiap kejayaan dan kenikmatan yang dianugerahkan. Terlalu banyak untukku berterima kasih, tiada hitungan untuk membalas kasih dan sayangMu.

Alhamdulillah Ya Allah, untuk saat ini yang menyedarkan aku bahawa apa sahaja yang aku miliki sebenarnya adalah pinjaman dan pemberian dariMu semata-mata. Tanpa sandaran kepada usaha dan ikhtiar pada diriku, melainkan ia berjalan di atas kehendak dan qada’ takdirMu.

Alhamdulillah Ya Allah.

Thursday, March 21, 2013

Finally..Doctorate before 25

Share



Bismillahi rahmani Rahim..lama saya menahan diri dari menulis di sini, sehinggalah saya mengotakan janji sebelumnya. Sekeping gambar di bawah, rasanya belum cukup untuk mengambarkan betapa hebatnya perasaan syukur yang melanda jiwa.

Doctorate Al hafiz before 25. ;)

Akhirnya langkahan baru dimulakan, walau masih awal sudah terasa denyutan kepayahan mula terbit di hujung dahi dan kening. Dan tidur yang kian sukar dilelapkan, dek kerana banyak nya perkara yang perlu dibereskan. Itu mahar yang perlu dibayar untuk sebuah kehidupan.

Belum terasa untuk menulis panjang, namun cukuplah buat seketika perkhabaran dari hamba ini. Bahawa sebuah janji dan cita-cita akhirnya ditunaikan, dengan keizinan dan rahmat Ar Rahman. Cukuplah dulu buat mukadimah cerita, insya Allah akan ada lagi yang menyusul nanti.
Wsalam. =)

#Kehidupan adalah petanda cinta maha hebat, darinya mengalir sumur teladan mengairi lembah kontang fitrah kemanusiaan.